Satu kesalahan tak boleh ditebus dengan satu kesalahan yang lain.
Macam kalau orang bunuh anak kau, kau pun bunuh anak dia juga sebab nak bagi dia rasa macam mana hilang anak. Tak boleh.
Macam kalau laki/bini kau curang, kau pun nak buat curang juga demi untuk bagi dia rasa apa yang kau rasa. Tak boleh.
Macam kalau orang langgar kereta kau, kau pun nak langgar kereta dia bagi fair dia punya kemek. Oh tak boleh.
Satu kesalahan tak boleh ditebus dengan satu kesalahan yang lain.
08 November 2010
03 November 2010
My Unintended
Pertama kali seorang lelaki menyanyikan lagu untuk aku diiringi dengan petikan gitarnya adalah melalui lagu ini. Subuh subuh buta aku tadah telinga. Namun kali ini aku nak tujukan lagu ini kepada orang lain pula. Walaupun sekadar dengan video yang di ambil dari Youtube. Aku mana reti main gitar. How i wish i can.
02 November 2010
01 November 2010
Weng
Setelah melantak yang bermacam macam seperti nasi kerabu dan laksa, maka terpaksa melonggarkan sedikit zip kain.
Eh. Ni macam lebih sesuai buat status FB je.
Eh. Ni macam lebih sesuai buat status FB je.
29 October 2010
Acting makes perfect
Semua orang boleh berlakon baik. Senang je tu. Lagi senang berlakon baik melalui penulisan. Orang takkan nampak expresi muka kita. Orang takkan tau perangai sebenar kita. Kalau orang yang tak kenal lagi lah mudah terpedaya. Melalui tulisan yang sempurna sahaja orang boleh memberi ukuran tentang tahap kebaikan seseorang.
Lebih lebih lagi pada zaman moden sekarang. Semua boleh disampaikan melalui tulisan. Blogger, Facebook. Twitter etc. Sesiapa yang mudah percaya memang senang masuk perangkap.
Aku fikir manusia memang makhluk hebat, sebab boleh berlakon sepanjang hidup (kalau nak).
Yang tahu hanya Tuhan saja.
Semua orang sedang berlakon. Termasuk aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)