Showing posts with label Monolog. Show all posts
Showing posts with label Monolog. Show all posts

14 October 2011

Di satu sudut lain.

Oh. Lamanya aku tidak menulis di sini, kerana aku berada di satu sudut lain. Aku fikir aku mahu mengasingkan di antara dua sudut, tapi nampaknya salah satu telah terabai.

Pada sesiapa yang sudi menjenguk aku di sini, aku jemput untuk bersama-sama aku ke sudut yang lain itu. Walaupun aku sendiri tidak pasti sama ada memang wujudkah kemunculan manusia yang singgah di sini. But hey,  if you ever read this, please come to A Woman's World.

Kalau kau tak jumpa aku di sini, makanya aku di sana. Bercerita sesuatu yang lain, di satu sudut yang lain.

Terima kasih, pengunjung.

27 August 2011

Orang lelaki memang begitu.

 
Satu Malaya memang dah tau kisah pertunangan penjaga gol Malaysia yang hangat dan kononnya jejaka idaman Malaya tu dah pun putus. Aku tak sebut nama pun kau semua dah boleh agak siapa kan?


Bagi aku tak bolehlah nak letakkan kesalahan tu atas nama 'dugaan bertunang'. Adakah bila kau mula buat onar dengan perempuan lain, cipta skandal, buat perangai yang bukan-bukan, maka semua tu sebab kau sedang lalui alam pertunangan dan sedang berdarah manis? Adakah dugaan bertunang itu meng'halal'kan kau buat semua tu dan secara automatiknya meletakkan otak kau di tempurung lutut tanpa boleh berfikir mana baik dan mana salah?


Aku lagi tak faham bila ada orang yang cuba comfort hati yang gundah gelana tu dengan ayat 'Sabarlah. Dugaan bertunang memang macam tu. Darah manis. Lepas semua ni, ok lah dia'. Kau tahu tak secara tidak langsung kau telah menyokong perbuatan salah yang dilakukan?


Lelaki ni ada tiga kelemahan terbesar. Duit, kuasa dan perempuan. Kalau tak kuat pegangan diri, memang hancurlah. Berapa banyak lelaki yang hebat dalam dunia ni yang tumbang sebab tiga perkara tadi? Tak payah fikir jauh lah. Tengok Napoleon Bonaparte sudah. Tak pun Tiger Woods. (Tak nak bagi contoh kat Malaysia, nanti kontroversi). Dan kau juga mesti pernah baca kisah seorang yang sangat alim tapi tewas imannya ditangan seorang perempuan akibat godaan iblis?

Bila dah bertunang, memang tak semestinya dia pasti akan jadi milik kau. Alam pertunangan ni satu tempoh untuk kita kenal diri masing-masing. Sesi suai-kenal untuk mencari titik persefahaman dan keserasian. Kalau ok, teruskan. Kalau tak ok, tiada salah untuk melepaskan. Aku pasti hukum Islam ada terangkan pasal hal pertunangan ni, tapi aku tak arif nak jelaskan bagaimana.


Yang jadi masalah dengan masyarakat Malaysia ni, bila satu pasangan tu putus tunang je, mulalah kecoh satu kampung macamlah putus tunang tu satu bencana besar. Bagaimana pun seperti yang aku cakap tadi, kau bertunang dengan dia tak bermaksud dia confirm kau punya. Hubungan itu masih belum pasti selagi tiada ijab dan kabul. Sebab tu, tak boleh terlalu dihebohkan.


Tapi kalau sesebuah hubungan tu tak menjadi, tak boleh salahkan lelaki saja. Dua-dua pihak kena post mortem. Dan lelaki/perempuan lain pulak, tak payahlah menggatal nak cucuk jarum kalau orang tu dah bertunang atau bernikah. Apa kau ingat 'the best woman/man win'?



 Takde maknanya kalau kau cakap cinta mati, padahal sebenarnya lebih kepada cemburu, dengki dan iri hati. 'Kalau dia boleh dapat, kenapa aku tak boleh? Padahal dia bukan hebat sangat pun. Aku lagi bagus dari dia'. Betul tak? Atau pun 'Kenapa dia je yang selalu rasa bahagia? Aku tak' . Punya banyak orang lain yang ada dalam dunia ni, kenapa yang satu tu juga kau kejar?


Satu yang boleh aku cakap, kau takkan dapat kebahagiaan yang kau kejar dengan cara menghancurkan kebahagiaan orang lain. Aku percaya karma.  Oh tak payah cakap karma lah. Aku percaya balasan Tuhan. Kau buat orang, ada orang lain pula yang akan buat kau. Mungkin lebih teruk daripada apa yang kau buat. Kalau tak kena kat kau pun, mungkin akan jadi pada anak cucu keturunan kau. Dan aku pasti kau akan terus diselubungi rasa bersalah seumur hidup terhadap pihak yang satu lagi tu. Buat lah pertimbangan guna akal.


Bagi aku, mereka yang sedang berada dalam satu perhubungan serius pula haruslah jaga hubungan tu dengan sebaiknya. Bersyukur sebab kau dah jumpa orang yang buat kau gembira dan sanggup susah senang bersama.

Kau takkan dapat jumpa orang yang sama sebijik macam tu dalam diri orang lain. Jangan tamak. Kalau dia dah tawar hati dan mula melangkah pergi, kau menangis air mata darah pun belum tentu dia datang lagi.


Tolonglah jujur dan menghargai apa yang kau ada. Berterima kasih sebab dia sanggup berada di sebelah kau waktu kau susah. Ini tidak. Bila dah senang, hidup dah mula nampak cahaya, otak kau pun mula cakap 'Aku berhak pilih yang terbaik untuk masa depan aku'. Mulalah kau ligat survey sana sini. Sedangkan waktu kau di bawah dan tiada apa-apa untuk dibanggakan, dia sikit pun tak terlintas dalam otak sama ada kau yang terbaik untuk dia atau tidak.

Jujurlah. Paling tak pun bagitau yang kau dah tak berminat dan dah ada calon lain. Senang dia nak move on dan cari yang lain.


Oh, kalau kekasih dicaras kawan sendiri, memang tiada maaf.

Ah aku dah mula melalut ni. Niat hati nak bercerita pasal lain. Bedal lah. Sekali harung.





19 August 2011

Orang perempuan memang begitu

Orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan rupa paras dan bentuk fizikal mereka. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.

Isu ini akan sentiasa membelenggu (betul ke ejaan ni) kehidupan seorang perempuan. Menakutkan. Untuk lelaki, kau harus faham dan redha, jika kau terpaksa mendengar segala keluh kesah kami berkenaan hal ini. Kalau kau tak mampu buat apa-apa untuk membantu, mendengar dengan penuh perhatian pun sudah cukup. Dan lagi, cuba faham perasaan kami berhadapan dengan isu ini setiap masa. Itu sahaja.

Kadang-kadang, apa yang diperlukan oleh seorang perempuan hanyalah keyakinan. Keyakinan yang datangnya dari mulut orang yang disayangi. Kata-kata seperti, 'Jangan risau. Saya terima awak seadanya' dan sewaktu dengannya, adakalanya lebih bermakna dan mengundang keyakinan dalam diri disertakan dengan sedikit kelegaan dalam hati.

Sebabnya, kalau nak harapkan kami joging setiap hari secara konsisten dan non-stop mungkin kami tak mampu, tak larat, tak sanggup dan sebenarnya lebih kepada malas. Itu lah sebabnya ayat penenang jiwa dari kau sangat diperlukan.

Jangan! Jangan sesekali cuba untuk memberi cadangan seperti 'Apa kata awak joging 10 round' atau 'Apa kata awak makan pil ni' atau 'Cuba diet sikit'. Baiklah kau diam saja. Walaupun kau berniat baik, tapi kata-kata seperti itu hanya membuat kami merasa lebih rendah diri dan self-esteem yang semakin merudum. Nampak sangat yang kau pun rasa kami gemuk, kan?

Walaupun hakikatnya kami tak gemuk atau tak selebet mana, tapi bila kami sendiri yang buat pengakuan begitu, maka kau harus dengar saje. Walaupun mungkin dalam hati kau rasa nak hempuk dan cakap kami mengada-ngada, tapi itulah perasaan kami yang sebenarnya terhadap diri kami pada waktu itu.

Kan aku dah cakap, perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan tubuh badan sendiri, walaupun orang lain kata 'Kau dah cukup kurus', atau 'Kau dah cukup cantik' atau 'Dah ok dah kau macam ni'.


Orang perempuan memang begitu. Orang lelaki juga memang begitu.



Oh.

Betapa tak adilnya pandangan masyarakat. Bila orang lelaki berperut buncit, 'Ini lah simbol seorang lelaki yang bahagia. Orang rumah pandai jaga.' Seronoknya kau dapat beri alasan macam tu sambil ketawa mengilai.

Tapi bila orang perempuan berperut buncit (bukan mengandung), 'Kau tak pandai jaga badan. Laki lari baru tau'. Oh seronok juga kau bermulut puaka, sambil kami hanya mampu tersenyum kelat.

Aku fikir orang perempuan harus lebih terbuka untuk menerima diri sendiri, dalam apa jua keadaan pun. Keyakinan itu seharusnya datang dari dalam diri. Yang lain, cuma sebagai pemangkin. Tapi sebenarnya, itu lah paling sukar untuk dilakukan. Yakin pada diri sendiri.

Ah. Nampaknya orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan paras fizikal mereka. Mungkin membawa ke mati. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.


Oh. Aku fikir hanya perempuan saje yang suka bergambar di bawah cahaya terang untuk mendapatkan efek wajah cerah gebu flawless, tapi rupa-rupanya ada juga lelaki yang begini. Ehehe.







05 June 2011

Pathetic truth .3

We are afraid to care too much, for fear that the other person does not care at all.

18 May 2011

Bangkit.

Kau boleh untuk bersedih, tapi janganlah ambil masa yang terlalu lama, sampai kau stuck dalam kesedihan kau tu. Cukuplah sekadar 2-3 hari kau meratap, lepas tu bangkit lah dan move on ! Jangan pandang  belakang. Aku tahu memang mudah berkata-kata dan aku sendiri tak pernah rasa apa yang kau rasa,tapi kau tak pernah cuba pun. Kau masih lagi duduk di situ memandang benda yang sama. Dah berbulan-bulan pun.

There is only one reason why a man dumps you. Obviously because he doesn't want you. There is nothing wrong with you. Not because you're not beautiful, not because you're not good enough for him or whatever. It's not you. It's him. He just doesn't want you. Anymore. Period.

I know that i am the least eligible person to say this. But do you know what is your biggest mistake?

You are in love with the man you can't have, and the man you can't love. That's it. I'm sure you know, but still you don't have the guts to let go. You might think it is holding on that makes you stronger, but sometimes it's letting go.

Stop being pathetic. Get your ass up and move on !

'Sometimes all you need is a broken heart to realize that something even better is right in front  your eyes, just waiting to be found'
'You only love him because you fear that he just might be the only one that will ever love you'





Aku paling tak suka entry ini. Sebab bahasa aku bercampur baur dan merupakan entry kedua berturut-tutut mengandungi unsur-unsur cinta.












16 May 2011

Jangan sesekali cuba.

Aku paling tak suka kena tipu. Mungkin tahap tak suka ditipu aku tu sama level dengan tahap tak suka dikhianati. Tapi kalau difikir, ditipu dan dikhianati pun tak jauh beza juga makna dan rasanya.

09 May 2011

Though i didn't say anything, i still love you the most.

You don't have to love in words, even through the silences the love is always heard.




Semoga dua tahun lagi aku dapat ucapkan Selamat Hari Ibu pada diri sendiri. Cis tak boleh blah punya imaginasi.

26 April 2011

He said " I love U" and that is what i am getting myself into.

To love myself.







20 April 2011

Pathetic truth .2

When I see you smile and know that it is not for me, that is when I will miss you the most. 


You'll never miss them until they are loving someone else - as they say.

13 April 2011

Pathetic truth .1

Sometimes your closest friend is your greatest enemy (Jason Fong)
Selalu kita dengar ayat ni. Macam mana seorang kawan baik kau sendiri boleh bertukar menjadi seorang musuh kau yang paling nyata, yang akan memusnahkan kau. Selalu terjadi pun, sebagai contoh tengok lah apa jadi pada Anwar Ibrahim.


Yang jarang kita dengar,

Sometimes your greatest enemy could possibly be your friend (S. Noorhayati)


Bear in mind. A true friend stabs you in the front.

Hell yes, but in real life, we prefer to call them enemies.

Betul kan?

Hanya musuh kita saje yang berani untuk tikam kita depan-depan.

Musuh kita saje yang berani untuk tegur keburukan/kesilapan kita direct depan muka kita, walaupun teguran dia tu kadang kala bukan dengan cara yang berhemah apatah lagi sedap telinga untuk mendengar.

Dan sebab itu kita panggil dia musuh. Sebab dia tak pernah nak menyenangkan hati.

Bagaimana pun, orang yang kau panggil kawan/kawan baik kadangkala akan sedaya upaya untuk menutup kesilapan kau, sebab takut kau akan kecil hati dan secara tak langsung nya akan membiarkan kau terus hanyut dengan kesilapan kau tu.

Aku pernah dengar satu ayat,

Kalau kau nak tahu siapa diri kau, apa pandangan orang terhadap kau, tanya lah pada orang yang kau panggil musuh tu. Sebab dari dia kau akan tahu siapa kau yang sebenar, yang selama ini mungkin kau tak sedar. 

Siapa yang sepatutnya kau panggil kawan?

Musuh kau itukah, atau kawan kau itukah?

Blame me, i'm a pesimis when it comes to this kind of relationship. Because i had a very pathetic experience about it.
What are friends?
Friends are people that you think are your friends
But they're really your enemies, with secrets identities and disguises, to hide their true colors
So just when you think you are close enough to be brothers
They wanna come back and cut your throat when you ain't looking
(If I Had, Eminem)

Aku fikir, bohonglah kalau dalam hati kita takde sekelumit pun rasa cemburu atau iri hati bila melihat kejayaan/kegembiraan kawan kita.

Whenever a friend succeeds, a little something in me dies (Gore Vidal)

Kawan kau ada Master/PhD, kau masih takuk lama.

Kawan ada boyfriend, kau takde.

Kawan dah kahwin ada anak comel kiut miut, kau masih bujang menghitung hari.

Kawan dapat kerja best gaji besar, kau dapat kerja susah gaji pula ciput.

Dan macam-macam lagi lah. Cuma nya macam mana kau handle dengan perasaan kau tu, be it negative or positive.

Tapi kadang-kadang benda macam ni lah yang jadi nanah dalam apa yang kau panggil 'persahabatan' tu, yang akhirnya menjerumuskan kepada kes-kes tikam belakang. Cuba kaji, berapa banyak kes tikam belakang datangnya dari kawan baik sendiri?


Once again, blame me. I am a pesimis.


05 April 2011

Jangan tamak, katanya.

Which is better?

Berjawatan rendah tapi bergaji tinggi,

atau

Berjawatan tinggi tapi bergaji rendah.


Tidak boleh pilih mahu kedua-duanya tinggi sebab ini bukan satu pilihan.

04 April 2011

Don't be fooled by just a picture.

Nampaknya kawan aku yang seorang ini memang tak belajar daripada pengalaman lalu.

Aku pun agak confuse sebenarnya.

Adakah dia lebih selesa mengayat secara maya, atau tak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dan seterusnya mengayat seorang perempuan secara realiti, maksudnya secara depan-depan.

Ini adalah kejadian kali kedua.

Aku pun takde masalah sebenarnya kalau kau dah jatuh cinta pada seorang perempuan, hanya dengan melihat gambar profile di Facebook. Dan memulakan sesi bercinta-cintaan selepas itu. Takde masalah. Betul takde masalah. Mungkin lah jodoh kau datang melalui cara itu. Siapa tahu kan?

Tapi, kalau kau jenis yang tak boleh menerima kenyataan, tak boleh menerima dengan seadanya,

Aku nasihatkan baiklah kau berjumpa dengan dia dahulu secara depan-depan, kau tengoklah sendiri bagaimana rupa parasnya adakah seperti yang kau puja-puja, sebelum kau mula melafazkan ayat-ayat cinta keramat dan rindu dendam bagai.

Dengan itu tentu kau pun tak akan mengadu pada aku (sekali lagi) dengan mengatakan yang kau telah diperdayakan (sekali lagi) oleh seorang perempuan hanya dengan sekeping gambar.

Tahukah engkau bahawa gambar boleh menipu?

Yelah aku faham. Bagi orang lelaki ni, cantik yang di pandang dahulu. Yang lain-lain belakang kira. Dan dari situlah juga timbulnya perumpamaan 'dari mata turun ke hati'. Kalau di mata nya dah nampak cantik, terus jatuh cinta.

Aku rasa kan, aku rasalah,

Kadang-kadang sesetengah orang lelaki ni tidak menggunakan otak dalam bercinta/untuk jatuh cinta. Hanya guna mata saje.

Carta aliran dia macam ni;

Mata > Hati.   bukannya Mata > Otak > Hati.

Tapi ada juga sesetengah lelaki yang lebih teruk, yang mana carta alirannya;

Mata > Kemaluan. Tapi kes ni banyak terdapat pada lelaki yang melanggan pelacur lah kan. 

Ok aku rasa aku dah terlebih-lebih.

Aku hanya nak bercerita tentang seorang lelaki yang telah jatuh cinta dan telah bercinta pun (secara maya) dengan seorang perempuan dengan hanya melihat kepada gambar profile nya di Facebook,

dan bagaimanapun kemudiannya mengaku pula telah diperdayakan oleh perempuan itu melalui gambar yang sama yang telah membuat dia jatuh cinta. Bukankah ini ironik.

Adoi.

Lagi sekali. Gambar itu boleh menipu. Gambar yang kau lihat cantik itu tak semestinya memaparkan realiti rupa paras sebenar perempuan yang kau puja-puja itu. Bukankah sekarang zaman teknologi, sayang?

Tak pernah dengar Photoshop? Tak pernah edit gambar? Kau pun tahu apa fungsinya kan. Rupa yang gelap boleh dicerahkan. Pernah dengar teknik lighting? Kau cari je mana-mana tempat terang, kau ambil lah gambar, nescaya muka kau pun boleh jadi secerah Nora Danish dan jerawat pun sudah tidak kelihatan lagi.

Hmm. Aku pun tak tau nak cakap apa. Itu lah. Kau pandang yang cantik saje. Kau nak yang cantik saje. Bila dah jumpa depan-depan, tahu pulak kau cakap perempuan tu menipu.

Cubalah kau fikir. Ada ke perempuan yang nak nampak diri dia buruk, walaupun dalam gambar. Dah dalam gambar je pun dia boleh nampak cantik, bila masa lagi nak berangan kan?

Kau pun fikirlah dulu, jumpa lah dulu sebelum nak feeling-feeling. Entah apa-apa lah.

Lain kali tak payah lah kau senang sangat jatuh cinta. Penat telinga aku dengar kau mengadu. Bukan masalah aku pun.


Lagi sekali lah aku nak pesan,

Don't be fooled by a picture, especially if it comes from a girl.

Trust me, because i'm a girl too.

29 March 2011

Cautions.

You will never find a perfect partner as you wish for.

I think its the way you adapt to the imperfections, as you might see the flaws as one's unique traits. That will makes the relationship works.

After all, love is blind - as they say.

21 March 2011

Indah bukan hanya di mata.



Ungkapan laut di langit hitam
Bintang dilihat dalam lautan
Sangkutnya jala berukir hati
Bagaikan cinta ku harap disisi

Jaringan bibir bagaikan sesikat
Nyiur dihanyut seimbas ombak
Pohon ibu dilepas bayu
Bagaikan hati menggisir batu

Disinilah cinta menyerang aku
Disinilah aku diserang kamu.



-Bernice Chauly-

15 March 2011

Things we forget.

To say thank you,

to the list of inspirational people that make your life more than meaningful,
who always stay by your side even when the whole world are against you,
who always spread their love to you with no conditions.


To say i love you,

to the people who you really care about,
that they bring the best out of you and never give up on you.
The special ones that mean everything for you, that taught you the true meaning of love.


To say i need you,

to the people you love so much,
that you`cannot live without and the world will just be meaningless and dull,
because you need their hand to hold, and to wipe the tears off your face.



Let me start by saying thank you to you.

14 March 2011

Dah lanjut usia nya.

Banyak sebab orang perempuan ni kahwin lewat. Kadang-kadang bukan jodoh tu takde, tapi sebab nya datang dari diri juga. ( Tak boleh blah. Stail cakap macam diri sendiri tu dah kahwin.)

Ni cuma beberapa pendapat aku. Pemerhatian dan pendengaran. (Yang sebab ketentuan Tuhan jodoh tak sampai lagi tu, lain cerita lah ya).


Satu (1) , menunggu.

Menunggu orang yang tak sepatutnya. Ok lah kalau orang yang kau tunggu tu tahu yang kau tunggu dia, dan memang meminta kau untuk tunggu dia. Tapi macam mana kalau orang tu tak tahu langsung tentang perasaan kau terhadap dia, atau orang yang kau tunggu tu memang dah ada orang lain?

Masa sembang-sembang dengan kawan sepejabat aku, keluar lah topik pasal perkahwinan ni. Dia berkahwin masa umur dia 34 tahun.  Semua orang tahu kot, usia 34 tu kira agak lewat bagi seorang wanita untuk berkahwin. Dan dia tanya aku, kenapa aku tak kahwin lagi sebab aku dah ada calon Lain lah kalau takde, katanya.Lalu aku pun tanya dia, kenapa dia kahwin pada usia yang agak lewat macam tu. Celupar juga mulut aku tanya soalan tu.

Dia jawab, sebab menunggu. Orang yang dia tunggu tu dia kenal sejak zaman sekolah lagi. Diorang memang berkawan, cumanya lelaki tu boleh kata kan cuma anggap dia sebagai kawan biasa. Tapi dia tetap tunggu juga, mana tahu satu hari nanti mungkin hati lelaki tu akan terbuka untuk terima dia. Penantian dia akhirnya berakhir bila dia dapat tahu lelaki tu sebenarnya dah kahwin, dan dah ada anak pun.

Dia menyesal sebab tak bagi peluang pada diri sendiri dan lelaki lain yang cuba nak rapat dengan dia selama ni. Itu lah kan. Sesetengah penantian itu memang berbaloi, sesetengah yang lain pula hanya akan makan usia kita.



Dua (2), mencari yang sempurna.

Ini kes yang paling banyak terjadi. Segalanya mesti sempurna. Perangai, rupa paras, status mestilah seiring dan sejalan. Memang payah. Sebab, lagi kau mencari yang sempurna, lagi banyak kekurangan yang kau akan jumpa. Berapa banyak lelaki yang dibiarkan berlalu hanya sebab tak menepati standard piawaian.

Jika kau tak memiliki apa yang kau sukai, sukailah apa yang kau miliki saat ini. Sempurna nya seseorang itu adalah apabila kita tahu cara untuk menghargainya. (Aku quote je ni)

Kita tidak mencari kesempurnaan seseorang tetapi kita menyempurnakan seseorang itu dengan kemurnian hatinya. (Ni pun quote juga)

Sebelum kita mencari yang sempurna, renung dulu diri sendiri. Kalau rupa paras kau pun jauh panggang dari api, tak payah lah demand sangat. Kalau kau cantik pun, tiada orang untuk menikmati dan menghargainya, apalah guna nya. Lagipun, cantik itu lahirnya dari dalam hati, bukan nya dengan mekap tiga inci. (Aku dah start ke laut)

Aku cuma mahukan orang yang sayang aku, dan terima aku seadanya. (Gila cliche ayat.)


Tiga (3), masih mengharap kekasih lama.

Kes macam ni bukan hanya terjadi pada orang lelaki saje ya. Yelah, kita tahu kan, lelaki sukar nak melupakan kekasih lama diorang yang tip top, lagi-lagi cinta pertama. Memang kenang sampai mati lah.

Perempuan yang masih mengharap bekas kekasih ni selalunya hidup dalam dunia sendiri. Dia tak kisah pun orang lain nak cakap apa. Bagilah nasihat macam macam, lempang lah sedas dua, yang lama juga lah yang diorang kenang-kenangkan. Bagi diorang bekas kekasih tu lah lelaki paling perfect.

Kalau nak cari pengganti pun mesti nak ada ciri-ciri yang sama dengan bekas kekasih dulu. Kalau boleh stail korek hidung pun mesti sama. Serius ada tau, perempuan macam ni. Apa yang perlu di ingat adalah, there are reasons kenapa dia 'buang' kau dulu. Tak kisah lah sebab apa pun, bagi aku kalau dia dah pernah tolak kau, maknanya dia tak menghargai kehadiran kau di sisi dia. Memang dia dah tak nak. Kalau pun dia nak datang balik, peluang tu amat tipis dan selalunya sebab dia menyesal lah tu. Hmm. Tak perlu lah. Move on with your life. Kalau dia datang merayu-rayu, nyanyikan dia lagu Karma - Alicia Keys tu.

Yang berlalu, biarkan berlalu. Kita sudah tidak boleh nak buat apa untuk mengubahnya, tapi kita masih boleh mengubah kebahagiaan masa depan dengan memulakan usaha pada hari ini. Nak merasa bahagia cinta, lupakan kisah cinta yang lama supaya ia memberi ruang pada kisah cinta yang baru dalam sanubari anda. (Quote)



Empat (4), fobia/takut pada komitmen.

Selalunya kes macam ni terjadi sebab pengalaman sama ada diri sendiri atau orang lain. Macam-macam kes rumahtangga sekarang yang buat orang perempuan fobia untuk berkomitmen. Serius. Walaupun orang kata nasib manusia lain-lain, tapi bila tengok perkara-perkara yang terjadi terutama dekat orang sekeliling/teman rapat buat kita jadi takut.

Sesetengah wanita, memang dah ada kekasih, tapi untuk melangkah ke step yang seterusnya, masih belum ada keyakinan. Mereka lebih suka kekal sebagai pasangan kekasih, sebab lagi happy dan tak perlu nak fikir/hadapi apa-apa masalah bila dah berkahwin nanti. Takut, segalanya akan berubah selepas berkahwin.(Masalahnya nak tunggu sampai bila kan? Umur makin hari makin meningkat). Bila mereka dah ada keberanian, nothing will stop them. Jadi untuk lelaki yang ada kekasih macam ni, jika masih boleh bersabar, sila bersabar. Untuk wanita seperti ini, apa yang mereka perlukan hanyalah masa dan keyakinan.

Kadang-kadang, ada sesetengah wanita yang bukan takut pada institusi perkahwinan, atau tak yakin pada pasangan. Sebenarnya mereka tak yakin pada diri sendiri. So just let them overcome themselves.

Ada juga wanita yang fobia pada komitmen ni yang mengalihkan fokus hidup pada kareer, sebab pada mereka perkahwinan ini bukan lah satu agenda utama. Menikmati zaman bujang tanpa ada kekangan adalah lebih bagus. Bebas. Dah ada kareer yang bagus, boleh beli apa yang dihajati, boleh pergi sini sana, enjoy life dan lain-lain.



Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa wanita zaman sekarang lambat berkahwin. Kena tanya tuan yang empunya badan lah. Jangan lah menjadi masyarakat yang hanya pandai menilai, menghukum dan mengata yang bukan-bukan. Sikit-sikit bila lambat kahwin cop anak dara tua, memilih dan macam-macam lagi lah.

Apa-apa pun, pengakhirannya adalah ketentuan Tuhan.

21 February 2011

Menyerah lah untuk menang.

Kadang-kadang,

Bila aku perlu kata kata untuk menenangkan hati, tapi bukan yang datangnya dari orang sekeliling,

Aku pilih untuk dengar lagu ini.



Yes, we do have our own way to recover.


 (Ya. Lagu Maher Zain pun boleh (=_=)'' )

01 February 2011

Dulu lain, sekarang lain.

Dulu masa time aku sekolah menengah, dalam umur 14-15 macam tu, aku pernah cakap dengan kawan aku yang aku target nak kahwin umur 24 tahun. Gatal betul aku masa tu. Tumbesaran pun tak sempurna lagi, ada hati pula nak cakap pasal kahwin.

Yelah, time tu bukan ada benda sangat nak fikir. Belajar pun main main. Datang sekolah nak jumpa kawan, gosip, cari gaduh je. Nak fikir pasal kerja mencari rezeki sesuap nasi memang jauh lagi lah. Tu yang dok berangan kan masa depan semua tu. Normal lah kan, budak kecil (budak perempuan sebenarnya) suka berangan nak cepat besar. Nak jadi itu, nak buat ini. Nak kahwin, nak anak. Gatal.

Seingat aku, zaman aku menggatal dulu adalah pada umur 13-14 tahun. Masa tu memang rajin survey mamat hensem, dan pernah juga terjebak dalam cinta beruk. 2 kali. Tapi tak lama. Jangka masa sesuatu hubungan tu paling lama aku rasa 2 bulan (kot). Sebab masa tu aku rasa, takde apa apa yang special dan mungkin juga aku bosan.

Tapi, semakin aku meningkat ke usia matang(usia, tubuh badan, rupa paras je matang, otak dok tang tu gak), aku dah tak fikirkan semua tu. Semakin umur aku bertambah, semakin aku mengelak dari memikirkan hal masa depan ni. Kadang kadang aku terfikir juga, aku ni normal ke tak sebenarnya. Growing up as a woman, aku tau setiap wanita di muka bumi ni memang mengimpikan nak berkahwin, bersuami, beranak hidup bahagia happily ever after.

Mungkin sebab aku menggatal atau aku dah merasa pengalaman bercinta tu terlalu awal(walaupun sekadar cinta hingusan takde makna), maka selepas umur 14 tu aku dah takde perasaan lagi nak berdua duaan.

Ah ingat lagi, there are times di sekolah dan uni, ada orang cakap aku lesbo. Hei takde boyfriend or tak layan lelaki bukan bermakna lesbian ok. Cuma takde perasaan je.

Masa kita kecil yang dok berangan tu, kita sebenarnya tak tau apa apa langsung pasal dunia orang dewasa ni. Menjadi dewasa tu macam mana. Bila umur kau dah meningkat, macam macam nak kena fikir. Bukan setakat dok atas pelamin dan terus beranak je. Realiti kehidupan adalah berbeza sekali dengan apa yang dibayangkan masa zaman merenyam dulu. Life is no fairy tales.

Bila dah tua ni, kau kena fikir macam mana nak hidup sendiri, tanpa perlu mengharapkan mak bapak kau suap bagi makan lagi. Kau kena fikir macam mana nak hidup dengan hasil usaha sendiri. Oh, ramai orang cakap,

Kau kahwin jela, laki kau boleh tanggung. Nak fikir apa.

Atau pun cakap,

Kau perempuan senang la, kalau takde kerja kahwin je, tak macam kami orang lelaki, kami pulak yang nak tanggung anak orang.

Tidak semudah itu. Aku tak nak jadi orang yang hidupnya menumpang pada orang lain. Memanglah tanggungjawab suami itu memberi makan pakai, tapi prinsip aku tak nak membebankan sesiapa.

Lagipun hidup pada zaman sekarang yang serba mencabar ni, aku fikir semua perempuan mahukan kestabilitian. Maksudnya stabil yang ada pada diri sendiri, berdikari, tak bergantung harap pada orang lain. Kalau kalau terjadi sesuatu di kemudian hari, sekurang-kurangnya kau dah sediakan payung, kau masih boleh hidup. (Otak aku jenis selalu fikir yang bukan bukan).


Tahun ini aku bakal jadi 26. Sudah 2 tahun terlepas dari target asal.

14 January 2011

Teringat

Masa Tingkatan 3 atau 2, kurang pasti. Tapi rasanya Tingkatan 3.

Cikgu Bahasa Melayu bagi teka teki. Selingan. Tak nak bagi kami bosan time pembelajaran agaknya.

Dalam banyak banyak buah, buah apa yang tak jatuh ke atas, tak jatuh ke bawah, tapi jatuh di tengah tengah?

Takde siapa pun jawab. Tapi budak lelaki dah tersengih sengih, budak perempuan pula tersipu sipu. Malu lah konon. Padahal dalam hati dah tak tahan nak gelak.

Faham agaknya yang teka teki dia dah disalah ertikan oleh pelajar pelajar yang tidak lagi berfikiran suci, dia sendiri yang jawab balik teka teki tu.

Jawapannya, buah hati lah.

Budak budak bantai gelak. Lega. Lama tahan. Dia pulak tersengih tersipu. Silap langkah tanya soalan macam tu kat budak budak yang tengah naik.


Kenangan. Kadang kadang manis juga bila teringat.

12 January 2011

I'd love to follow my heart.

What do i do?

My heart tells me to love you with all i have, but my mind says don't, or else my heart will be broken.

And i chose to neglect the latter.


Hei Budak !

Do not change anything. Please stay that way. I love you the way you are. Period.