Showing posts with label Hidup hari hari. Show all posts
Showing posts with label Hidup hari hari. Show all posts

06 September 2011

Sambutan hari raya boleh menjadi sedikit suram tanpa....

Salam Syawal ! Ahh sudah lah. Orang sudah habis mood raya, aku baru terhegeh-hegeh nak berucap bagai. Bagaimana raya kamu?

Raya aku masih sama seperti raya tahun-tahun sudah. Sambutan raya aku suram, hening dan sunyi tanpa kehadiran barang sehelai dua duit raya.

Raya tahun ini dan beberapa tahun sebelum, aku langsung tak dapat duit raya. Sedih tahu. Aku tidak faham kenapa kah rakyat Malaysia sekarang semakin mempunyai sikap membeza-membezakan.

Kenapa hanya golongan kanak-kanak saja yang diberikan keutamaan untuk mendapat duit raya? Kenapa orang seperti aku hanya dipandang sepi malah kadang-kadang dibuat-buat tak nampak?

Tak usah lah diambil kira pada perbezaan umur, rupa paras dan saiz badan antara kami. Errr dan juga status pekerjaan. Tapi lihatlah pada persamaan. Bukankah itu yang lebih penting?

Sama seperti konsep 1 Malaysia. Jangan dilihat pada perbezaan kita antara kaum, tetapi lihatlah pada persamaan yang ada iaitu kita sama-sama rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. Jadi kenapa konsep 1 Malaysia tidak dapat diterapkan dalam hal seperti menghulurkan sumbangan duit raya ini?

Satu persamaan yang paling nyata antara aku dan golongan kanak-kanak adalah kami sama-sama belum berkahwin. Jadi kenapa aku tidak diberi duit raya sedangkan mereka dapat bersampul-sampul?

Haih. Tidak adil betul. Kenyataan.

Sesungguhnya aku sangat merindui sampul duit raya yang mempunyai barang seketul dua isi di dalamnya. Sadis sekali.


Kot dapat satu tapi isi nya macam ni pun jadilah. Lepas gak kempunan den.


Bernanah mata aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah tau. Huh !

01 August 2011

Sekali lagi.

Tahun 2011 ni seperti cepat berlalu. Tup tup dah Ramadhan. Masa memang mencemburui heh? Atau pun masa hanya mencemburui bila usia semakin meningkat? Seriously. Masa kau remaja dulu, tak sabar bebenor nak jadi dewasa. 

Sekarang bila kau dah dewasa, 26 to be specific, tiba-tiba hoi sekejap je lagi dah nak masuk 27. Tak sempat nak merasai kemanisan usia 26. Kemanisan? Hmm.

Sambutan Ramadhan tahun depan macam mana ya? Itu pun kalau masih diberikan ruang dan peluang oleh Tuhan.

Oh, sesiapa yang baca ni, selamat menyambut Ramadhan Kareem. Ramadhan lebih indah jika dilalui bersama yang tersayang. Bukankah?

28 June 2011

Cerita masa depan.

Wah. Melihat pada tarikh entry terakhir aku, nampaknya sudah lebih kurang 3 minggu blog ni tak berusik. Tapi siapa pula yang kata menulis blog adalah satu kewajipan, kan?

Jadi apa yang aku buat dalam 3 minggu tu? Membadakkan badan. Dan memikirkan tentang cerita masa depan. Haruslah tentang masa depan, sebab masa belakang dah tak boleh buat apa dah. Perancangan. Semoga menjadi.

Oh, lately aku selalu mimpi yang mengarut. Hari tu mimpi jadi Wolverine. Gila. Kenapa tak mimpi jadi Mistique ke, Angle ke. Kenapa mesti jadi lelaki? Sebenarnya dah lebih kurang 3 kali aku mimpi jadi mutant ni. Power tak boleh blah pula tu. Telepath, teleporter, invisible, kuat. Semua aku sapu. Saiko.

Mutant and proud.





Cerita merapu. Tak payah lah baca.

06 June 2011

Cerita kahwin.

Sabtu yang lepas, aku ke kenduri kahwin saudara. Aku pun tak berapa pasti macam mana pertalian aku dengan yang berkahwin tu. Sama ada anak buah ke, sepupu ke, makcik ke atau apa pun. Yang pasti nya saudara lah. Pergi berdua dengan mak.

Sampai sana, jumpa lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik, adik beradik dan ipar duai bapak aku. Ada seorang makcik aku, tiap kali jumpa, dia akan puji aku cantik. (Jangan muntah). Ini kisah benar. Setiap kali jumpa, dia akan kata lebih kurang macam ni,

'Cantik nya Angah, cantik lah'. (Sebab setiap kali jumpa, dia tak pernah tengok aku muka tak mandi). Aku pun tak tau sama ada pujian dia tu ikhlas atau saje-saje nak bagi hati aku girang, sebab aku pun malas nak ambil pusing. Aku sengih saje.

Apa pun, bukan kisah pujian tu yang aku nak ceritakan. Bila seorang pakcik aku dengar kata-kata makcik aku ni tadi, dia pun cakap,

Muka cantik tak guna kalau tak kahwin (MY, 2011)

Memandangkan aku menerima pujian dan hentaman sekaligus dari dia, maka aku pun tak tahu nak bereaksi yang bagaimana. Jalan terbaik yang dapat aku fikirkan adalah buat bodoh saje tanpa menjawab sepatah perkataan pun.

Itu adalah paling bagus kalau tidak mahu digelar kurang ajar dan tidak hormat orang tua. Tidak, aku bukan cuba untuk berlagak baik atau buat-buat sopan, aku cuma mahu menjaga air muka mak yang ada di situ. Sebab aku tahu, jika ada kata-kata yang akan keluar dari mulut aku selepas itu, ia bukan lah bait-bait yang manis untuk didengari. Lagi pula, aku tidak mahu ada scene pinggan melayang dan mencacatkan majlis kahwin orang.

Ah, tiba-tiba aku teringat kisah makcik yang aku baling selipar padanya sebab menegur aku dengan cara yang tidak berhemah. Ya, berlaku di zaman muda aku. Orang muda. Panas, pantas dan garang. Tak boleh tercuit.




(p/s : Asma Hazelnut, kalau kau baca ni, cuba teka siapa makcik yang aku baling selipar tu.)

12 April 2011

A princess in the house.

Sebabkan abah budak kecil ni begitu teruja beli Nikon semata-mata nak tangkap gambar anak dia ni.













Budak kecil yang kau takkan sampai hati nak cubit walaupun dia buat perangai.

07 April 2011

Perasaan yang mengujakan.

Update blog time tengah kerja memang best.

Perasaan membuat sesuatu yang terlarang, tapi kau buat juga, memang exciting. Teruja. Aku rasa sebab tu ramai je yang sibuk update/comment status facebook in working hours. Kalau bos ada depan mata, lagi lah perasaan tu membuak-buak. Sambil pandang bos, sambil update status. Fuh. Memang mengujakan. Berdebar-debar gitu. Kau nak juga update status, dalam masa yang sama kau kena pastikan yang kau takkan kantoi.

Kadang-kadang, benda yang dilarang tu lah yang kita suka buat. Nak buat macam mana kan. Sebab kadang-kadang memang rasa excited. Seolah-olah menguji kehebatan kita.

Tapi setakat yang ringan-ringan je lah ye. Jangan lah pula kau pergi buat kesalahan yang bodoh semata-mata nak test kehebatan kau tu.

Macam hisap dadah baik punya depan polis.

Atau

Buat seks rilek je sebelah bilik bapak cewek/cowok kau.


Itu memang badigol.

05 April 2011

Tekanan mak.

Tensi nya bekerja dengan orang tua-tua. Nak senyum pun macam tak jadi. Nak bertepuk tampar apatah lagi. Kenapa semua orang skema ni.

Tensi nya ! Muka aku dah ketat !

07 March 2011

Mata lebam.

Tak boleh tidur.

Sebab mata tak mahu dengar kata, dah habiskan dua buku yang baru beli tadi. 'Twenties Girl' dan 'What Got You Here, Won't Get You There' . Hebat! Macam orang yang dahagakan ilmu sungguh. Padahal.. 

Dua tiga hari lagi buat peel macam ni, confirm jadi mata panda. Sekarang pun sebenarnya dah macam mak lampir.

Hari tu si Bojan tegur Nazri, 'wah Angah sekarang dah macam Waheeda. Pakai mascara(which i think he meant eye liner).'

Wak lu. Jadah apa pergi kedai runcit je pun nak mascara bagai. Dia tak tau mata aku ni memang dah hitam. Entah terlebih tidur ke terkurang. Rasanya terlebih lah kot. Haha.

Mak lampir, ada baik nya kau tidur sekarang !

17 January 2011

Hot hot chicken shit.

Mahu diet, katanya. Tak mahu makan malam. Terakhir makan petang pada pukul 6. Ok.

Boleh tahan ni. Boleh punya.

Pukul 10.30 malam buka tudung saji.

Apa jadah?

Hancus.

Kalau nak kurus, jangan makan malam dan jangan makan nasi - Nabila Huda


Ok. Cuba lagi esok.

12 October 2010

Dua cinonet

Noorhayati sekarang dah jadi bibik. Bahasa sedap sikit babysitter, kepada dua kesayangan, Zara Dayini dan Damia Umairah.

Si Umairah, bila mata terbuntang taknak tidur, mak dia pass kat aku. Mintak maaf la kalau pipi tu selalu jadi sasaran. Geram. Labuh sangat. Mata besar.

Si Dayini, pipi tarik woh. Cekang sangat. Mata sepet. Badan bulat macam bapak dia. Muka pun sebijik. Nasib baik aku sayang hang, walaupun aku menyampah dengan bapak hang. Hahaha.

Cinonet pipi labuh dan cinonet pipi bulat, hearts sangat sangat.





Ahahaha. Nampak sangat aku takde idea nak tulis apa.

28 September 2010

Pesan ayah

Ayah pesan pada aku.

Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup, katanya.

Aku rasa aku faham kerisauan dia. Aku tau.

22 September 2010

Menyambut orang baru (lagi)

Alhamdulillah. Semalam adik aku dah selamat melahirkan anaknya, walaupun proses kelahirannya agak rumit(menyakitkan? Kena masuk macam macam kat bawah, mau tak sakit oiii). Ya. Baby kena vakum sebab dah lemah. Mak dia kena masuk air 7 pain. Keluar labour room aku tengok muka dan mata bengkak bengkak.

Bertambah seorang lagi perempuan dalam keluarga. Apak aku cakap 'eloklah perempuan. Boleh tolong basuh kain baju aku nanti'. Alahai. Lawaklah atok kau ni. Dah lah panggil nama Zara macam macam. Sekejap Zahira lah, sekejap Zahara lah.

Baby kena masuk dalam incubator. Masih dalam pengawasan. Harap harap semuanya ok. InsyaAllah. Ada lah kawan si Zara nak bergaduh. (^_^)

21 September 2010

Hajat tak sampai

Nampaknya cita cita aku untuk menjadi Mak Teh seperti tidak kesampaian. Cis. Kedengki betul diorang ni.


Ini adalah kesayangan saya yang baru, Zara Dayini binti Afandi. Bakal menyusul kesayangan yang paling terbaru. Sedang menunggu hari untuk muncul di dunia. Can't wait.

14 September 2010

Masih ingat tak lagi?

Ingat tak dulu masa kita kecil kecil. Kita selalu main sama sama naik basikal pusing keliling kampung. Oh. Masa tu aku takde basikal lagi. Ayah belum beli kan. Jadi memang selalu pakai basikal kau lah. Kita dah macam adik beradik. Mana ada kau, situ ada aku. Eh. patut cakap mana ada budak budak lelaki, situ ada aku juga. Haha.

Ingat tak dulu aku selalu pergi rumah kau. Rumah kau dah macam rumah aku. Ibu ayah kau dah macam mak bapak aku. Dah tak kisah memang takde rasa malu. Adik beradik kau pun memang adik beradik aku. Kita semua rapat kan. Ingat masa ibu ayah kau balik kampung, diorang tinggalkan kau dan adik kau di rumah aku? Masa tu nak dekat raya. Tak boleh bawak korang balik sekali. Keadaan tak mengizinkan. Malam dekat nak raya ayah bawak abang aku dan korang pergi gunting rambut. Yang kelakarnya rambut korang terus kena potong pendek sampai sikit lagi nak botak. Yelah ayah aku dulu dulu kan strict. Semua mesti nak kemas. Kau angin kan pasal tu? Malah sampai sekarang pun kalau kita cerita kisah dulu dulu kau akan ungkit pasal hal rambut raya kau tu. Haha. Memang sangat kelakar kalau dikenang kenang.

Ingat tak dulu ada seorang makcik konfius sama ada aku ni lelaki ke perempuan. Pasal dalam kelompok budak ramai ramai tu aku seorang je ada sikit pelik. Nak kata perempuan perangai macam babun panjat sana sini lari keliling kampung kejar layang layang. Aku selalu je kena suruh duduk rumah sebab katanya orang perempuan tak boleh perangai lasak lasak campur dengan budak lelaki. Ah peduli apa aku.

Masa kecil dulu kita pernah berangan jadi penyiasat macam dalam Siri Penyiasat Muda ke apa entah. Dah lupa pulak tajuk novel bersiri tu. Sibuk pergi kebun dan sungai kat belakang tu. Konon konon nak cari bahan siasatan. Dah takde modal kita pun mula lah mereka reka cerita. Ingat tak ada satu makcik tu kena tipu dengan geng penyiasat kita. Kita cakap dengan dia kita jumpa ada seekor lembu yang kat badan dia tulis perkataan alif lam lam ha. Terkebil kebil makcik tu kena temberang. Alah tapi aku rasa dia pun tak percaya dengan budak budak macam kita ni. Saje je ambil hati buat percaya. Haha.

Hah!! Ingat tak rumah makcik yang kita temberang tu ada bela seekor beruk nama Bidin. Kita masa tu jakun sangat kan. Tiap kali balik sekolah mesti beli gula gula Hi-Sour bagi Bidin makan. Kita pun ketawa geli hati tengok Bidin makan gula gula tu sambil buat muka kerut kerut. Masam kan. Haha. Sekarang ni tak tau Bidin hidup lagi ke tak. Makcik tu pun dah pindah. Tapi aku rasa Bidin mesti rindu dekat kita. Sebab semakin kita membesar kita makin jarang lawat dia. Dia pun mesti rindu dengan Hi-Sour juga.

Ingat tak dulu masa kita kecil kita banyak membina kenangan bersama. Banyak nya yang manis. Yang pahit itu boleh dibilang dengan jari. Masa kecil kita tidak pernah faham apa itu dendam. Kalau kita bergaduh pun, gaduh gaduh manja je. Tak sampai lima minit kita dah boleh kongsi keropok makan sama sama. 

Tapi.

Semakin kita bertambah umur, semakin banyak perubahan terjadi. Kita berubah menjadi orang berlainan. Aku perempuan, kau lelaki. Kita mula faham erti perbezaan jantina. Kita jadi asing. Tapi kita masih rapat. Rapat yang jarang. Rupa rupanya memang betul masa itu boleh merubah apa pun.


Episod 1.

17 August 2010

Mood swing betul la hari ni

I am dull
I am lost
I am hopeless
I am scared
I am different
I am nothing
I am one
I am me
Take me as i am.


I am down.  Haih.

14 July 2010

Biol

Kadang kadang rasa gemuk. Kadang kadang rasa kurang gemuk. Selalunya memang rasa gemuk.

Haih.

Tak pernah rasa kurus.

Damn.

24 May 2010

Suka suka

Cerita pasal Sabtu. Keluar dengan Fasha, kawan aku yang sangat nice dan cantik juga. Merayau rayau tengok sale, ya hanya tengok sahaja sebab duit dah tabur kat benda lain. Dehh.

Tapi berkenan dengan satu kasut, dengan harapan nak sambar malangnya takde size. Sakit hati. Malang ke nasib baik? Sebab dah selamatkan aku dari menderma duit lagi? Hmm.

Sempat jugak tengok movie, Andartu Terlampau. Untuk gelak gelak, ok. Dan untuk lelaki menjamu mata, pun ok. Nak review pun tak reti, baik tengok sendiri. Tapi ada satu ayat yang keluar dari mulut si Nik Melati Sukma tu yang terngiang ngiang je. Lebih kurang macam ni lah bunyi dia,
Adakah anda sanggup menjadi isteri kedua(tiga, empat) atau berkahwin dengan lelaki yang salah semata-mata kerana takut dengan gelaran andartu oleh masyarakat?
And this, seriously put me into deep thinking.

Ah. Malas nak menulis sekarang. Nanti nanti lah aku ulas apa yang aku fikir tu.

Apa pun, aku pokai sekarang.

Ya. I am broke, and i am not happy. Ada siapa siapa yang  berbaik hati menaja saya?

 Ehem. Brader mok, lu ada terasa nak sapot gua tak?

18 May 2010

Sentap

Bila ayah cakap.

Jalan syurga bila ikut semua perintah Allah. Bukan nyanyi je.


Sebab aku obses memekak mekak nyanyi lagu Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta .

10 May 2010

Benda asing

Demam. Dah lima hari. Nak tak nak kena juga pergi klinik. Kena pula ambil darah sebab demam dah lebih dari tiga hari.

Oh!!!!!

Sebab ni lah aku malas pergi klinik. Ni pun aku pergi sebab dah kena paksa dan nak ambil surat MC. Kalau tak, jangan harap aku nak jejak kaki ke klinik.

Ok.

Bila nak ambil darah mesti guna jarum. Bab masuk jarum dalam tubuh badan ni yang aku lemah. Aku tak boleh terima kenapa ada benda asing kena masuk dalam badan? Bukan sebab aku ni penakut cewahh , tapi aku ni tak immune dengan rasa sakit.

Sebelum turn aku ada sorang budak lelaki yang kiut. Mungkin umur dalam 4-5 tahun. Comel sangat. Di teman oleh bapak nya. Nak ambil darah jugak. Muka dia agak takut takut tabah nak kena cucuk. Tapi ok je sepanjang proses. Muka je ada sikit kerut.

Ok. Tiba time aku. Baru start cucuk aku dah menjerit. Sakit woo. Serius sakit. Terutama bila darah kena sedut. Mungkin rasa kena sedut vampire lagi sakit? Ok aku merepek. Tekan tekan tangan konon tak nak bagi sakit. Nurse ada sikit senyum sumbing. 

Dan.

Budak sebelah aku dah pandang mak dia cebik cebik nak nangis.

 Sorry dik. But it really hurts.

03 May 2010

Down

Secara keseluruhannya, mood aku pada minggu lepas berada di tahap paling bawah.

Please lah. Jangan tunggang langgang kan emosi aku.