30 April 2010

Cantik tak?

Semalam. Lepas balik kerja, aku terus mandi. (Tipu. Lepas bergayut telefon baru mandi) . Aku keluar keluar bilik air aku nampak adik perempuan aku.

Dia tengah tengok tv. Dok tergolek posing ala ala singa laut. Ya. Dia tengah mengandung sekarang hasil dari perkahwinan dia lah.

Aku perhati muka dia  macam ada sikit pelik. Oh. Dia mekap. Aku pun sound dia.

'Yang kau ni kenapa dah macam orang tak berapa centre aku tengok? Mekap petang petang dalam rumah ni? Kau takde kerja ke? Dengan mulut merah merah, maskara tebal tebal?'

Serius aku nampak dia macam pelik. Sebab dia jenis jarang mekap. Lepas tu dia cakap 'tapi aku mekap cantik kan? tak mekap cantik, mekap lagilah cantik'.

Aku jawab. Banyak lah kau punya cantik. Dah lah kau kebas barang aku. Kalau nak keluar takpe juga. Ni duduk dalam rumah je. Mental ke apa budak ni.

Tapi bagi aku memang dia cantik pun. Sweet. Dalam hati jela aku mengaku. Nak mengaku depan dia jangan harap la kan.

Aku pun cakap kat dia. Ni mesti kau nak dapat anak perempuan ni. Melawa sakan. Kalau macam tu, bagilah nama Nur Syawalina ke, Aidila Fitriah ke.

Sebab due date dia dijangka meletup dalam bulan raya. Wah dalam hati best dapat jadi Mak Teh. (Sebenarnya Mak Ngah tapi sebab aku putih sikit dari adik beradik aku, aku dah cop nak anak anak buah panggil Mak Teh)

Ok lah. Aku bukan nak cakap pasal anak dia sebenarnya.

Yang aku lawak tahap pecah perut.

Bila laki dia balik kerja tengok muka dia, terus cakap ' ni apa macam orang gila mekap mekap ni?'

Hahahahahaha. Aku dengan mak aku sesak sesak nafas tahan gelak.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------


Moralnya di sini ialah wahai para suami, jagalah hati isteri anda, lebih lebih lagi time dia tengah mengandung. Walaupun die mekap macam lotong cakap je lah cantik. Pembawakan budak tu. Kah kah kah.

29 April 2010

Beruk

Korang ada broadband? Aku ada. Ceh. Macam aku sorang je yang ada. Bukan apa aku ambil broadband ni bagi senang aku nak ber online. Ya. Tajuk dia aku memang takde kerja.

Tapi broadband aku ni selalu buat hal. Sebab tu aku panggil dia berukband. Lembap boleh tahan. Kang kejap kejap no service. Mana aku tak angin.

Yang buat aku bengang. Hari tu dia buat hal. Modem tak boleh detect. Asyik 'no device no device' kata dia. Aku pun cabut masuk balik. Cabut masuk balik. Macam tu juga. Aku dah rasa angin naik satu badan.

Malam. Aku bawa pergi kat centre yang aku beli berukband ni. Boleh pulak dia suruh aku datang esoknya. Bawa laptop sekali. Eh. Ini dah lebih ni. Aku tanya kenapa pulak aku yang kena bawak laptop aku. Korang takde PC sendiri ke?

Dia jawab 'PC kitorang rosak lah kak. Tengah hantar repair. Esok lah kak ya, akak datang. Bawa laptop sekali.' Sambil buat muka sengih sengih dia. Dalam hati cakap patut ke tak aku hempuk kepala dia?

Aku tanya. Ni kalau dah betul betul rosak ni korang boleh ganti tak? Dia jawab boleh. Aku rasa ok sikit.

Dalam hati wah boleh dapat yang baru. Tapi aku maintain buat muka kejang depan diorang. Ye lah kang diorang ingat memang aku dah rosakkan lepas tu nak minta ganti yang baru pulak.

Aku pun komplen lah cakap dah selalu jadi macam ni. Banyak gak lah aku komplen. Sambil buat muka tak puas hati.

Tapi aku tak datang pun esok tu. Malas aku nak mengangkut laptop. Tapi aku pergi the next day nya. With no laptop.

Aku sampai sampai je (dengan muka kejang) terus dia keluarkan modem yang baru, masukkan sim card aku dari modem yang lama then bagi kat aku. Aku tanya. Eh ni yang baru ni memang boleh dapat terus ke apa? Takyah nak check check yang rosak ni dulu?

Ok. Rupanya PC dia takde lagi. So dia bagi je lah aku yang baru terus. Wah. Hebat. Dalam hati aku cakap mungkin muka kejang aku memang berkesan.

Tapi kan. Aku rasa dia rosak pun mungkin sebab aku pakai ganas sikit kot. Tapi masih nak salahkan diorang punya produk tak elok. Takpe asal dapat ganti yang baru. Haha ada sikit syaitan di situ.

Semalam. Dia buat hal lagi. Aku dial dial tak boleh.  Banyak kali. Memang time tu rasa macam nak run amok je.

Tapi.

Tiba tiba aku teringat. Eh? Kenapa aku rasa selama aku pakai benda alah ni, aku tak pernah pun bayar bil dia?

Ok.

Sekarang ni siapa yang beruk?

28 April 2010

Kau ada ke?

Sekarang orang berlumba lumba pakai hp yang canggih canggih. Blackberry, i phone, you name it.

Makin mahal, makin banyak la function. Baguslah untuk orang orang yang selalu bz, yang kadang kadang takde masa nak duduk depan pc nak online ke, atau nak tengok kalendar nak buat reminder dan macam macam lagi la. Korang pakai hp canggih korang tau la apa function dia kan.

Budak budak sekolah pun dah pandai pakai hp ni. Bertuah betul. Masa zaman aku sekolah dulu, jarang nak dapat tengok budak budak pakai hp.

Ye lah masa tu pun hp ni dah kira sesuatu yang expensive, yang mana orang orang yang mampu je yang boleh pakai. Dan hp zaman tu pun tak lah canggih mana, hanya function yang basic basic saja. Rupa paras pun tak memberangsangkan sangat, bak kata kalau buat baling anjing pun, mesti dia pengsan sekejap. Tapi kenapa time tu aku tengok nokia 3310 sangat appeal menggoda jiwa raga?


Tapi. Hp sekarang adalah satu keperluan ya, bukan lagi alat nak menunjuk nunjuk. Walaupun kau pakai hp tahap super ortodoks. Tapi ramai jugak la yang menunjuk bila pakai hp mahal. Aku dengki ke ni?

Ok lah.

Bagi orang ortodoks macam aku ni, hp guna untuk buat call dan sms. Nak ambil gambar atau mms tu, rasanya tak de la penting sangat. Sebab tu pakai hp cokia pun boleh hidup lagi. Padahal cakap je lah kau takde duit nak beli hp mahal mahal. Hahaha

Sebenarnya motif aku nak cakap semalam hp aku masuk air. Screen dah jadi kelam kelam kelabu sikit. Tapi masih boleh pakai lagi. Ni lah kelebihan pakai hp bodoh bodoh. Cuba kalau yang masuk air tu blackberry atau i phone atau yang sewaktu dengan nya. Mesti mampus time tu jugak. Hahaha.

Tapi.

Yang paling menyengat.

Adik aku cakap handphone dengan tuan dia sama je. Dua dua pun masuk air.

Cis.

26 April 2010

Silence

Boleh tak.

Untuk sementara waktu ni, jangan muncul depan aku. Bukan aku benci kau. Tapi aku tak boleh nak tengok muka kau lagi. Buat masa sekarang la.

 Bila kau buat macam takde apa apa jadi. Tapi sebelum tu kau dah calar calarkan hati aku. Selamba badak kau datang sengih sengih depan aku.

Sekarang ni. Bagi aku cool dulu.

Nanti kalau aku dah ok. Aku pergi cari kau. Aku sengih sengih depan kau balik. Ok?

Rapuh

Kita selalu anggap apa yang kita fikir adalah betul. Selalu anggap orang lain takkan paham apa yang kita rasa.

Sehingga lah kita disedarkan oleh seseorang dengan pemikiran yang berlainan. Dan setiap kata-katanya itu memang betul. Tak boleh disangkal langsung.

Kita mula tersedar, tersentak.

Rupa-rupanya memang rapuh pemikiran kita. Tertanya kenapa kita tidak menilai sesuatu dari sudut yang berbeza. Kenapa masih tidak dapat membuang sifat ego itu. Sifat yang menganggap semuanya kita betul.

Bila dah tersentak, mula terdiam. Malu.

Terima kasih. Kerana menyedarkan aku.

25 April 2010

Secret affair

Ada terbaca dalam status seorang kawan dalam fb. Dia tanya, adakah bila seorang kekasih tidak berkongsi personal matter atau kehidupan peribadi, contohnya seperti handphone, bermakna kekasih kita tidak sayangkan kita?

Menarik juga. Banyak dah isu pasal ni sebenarnya. Dan pendapat aku mungkin sama dengan pendapat sesetengah orang.

Pada aku.

Yes, there are some moments yang harus dikongsi bersama. Kalau tak apa guna kau berada dalam sesebuah relationship kan. Baik duduk sorang sorang.

Tapi.

Itu tak bermakna semua perkara harus dikongsi bersama, lebih lebih lagi kalau ia adalah berkenaan rahsia peribadi.

Bagi aku, setiap orang ada perkara yang dia tak mahu orang lain tahu, kecuali diri dia sendiri. Bukanlah sebab dia tak jujur, tapi kerana ada sesuatu perkara tu adalah lebih baik dibiarkan sebagai private atau rahsia.

Ada masa masa tertentu, kita nak bersendiri. Ada masa masa tertentu juga, kita rasa hanya diri sendiri yang boleh memahami. Tapi tu bukanlah bermakna kita dah letakkan diri dia jauh dari hidup kita, atau tak sayangkan dia, atau merasakan dia tak penting.

Aku percaya, bila kita dah menganggap seseorang sebagai orang yang terpenting dalam hidup, maka dia telah mengambil dan memenuhi  satu ruang dalam hati.

Dan mengambil hp sebagai contoh. Pada aku, semata mata sebab your lover tak bagi cek hp, tak bermakna dia tak sayangkan kita. Janganlah cepat sangat berfikiran negative syak kot kot dia ada skandal lain atau ada sesuatu yang dia sorok.

Kau nak cek hp dia, does it mean that you dont trust him? Bagi aku sesebuah perhubungan itu adalah berasaskan kepercayaan. Bila kau dah hilang rasa percaya pada dia, maka perhubungan itu dah jadi tak bermakna. Bila kau dah hilang rasa percaya, dalam minda pun akan terfikir banyak perkara yang bukan bukan. Tak ke letih?

Dan lagi. Bila semua perkara pun kita nak ambil tahu, tak ke rasa yang kita dah kongkong kehidupan peribadi dia? Ya, sedikit rasa syak atau berhati hati atau cemburu itu adalah perlu, tapi tak perlu sampai terlalu over sampai everytime jumpa, nak buat spotcheck.

Ada yang bagi pendapat, kalau si dia tu betul betul sayangkan kita, mesti dia tak kisah nak share semua benda dengan kita. Yelah setakat tengok hp, takkan tak boleh. Ke ada rahsia? Skandal?

 Dan ada yang kata. Bila bagi muka sangat, nanti bila si dia dah tinggalkan kita, bila dia dah kena rampas dengan orang lain, baru padan muka. Barulah melopong sebab percaya sangat.


 Aku tak akan kondem pendapat orang.

Tapi pendapat aku. Bila kita terlampau syak, tidakkah itu menunjukkan kita tidak yakin dengan perhubungan yang di bina tu? Atau tidak yakin pada pasangan? Atau tidak yakin pada diri sendiri?

Dan.

Kalaulah. Kalau. Perkara yang ditakut takutkan tu terjadi, bukankah sebab dia yang tidak pandai menghargai kepercayaan yang kita beri? Dia yang tak jujur kan. Dan orang macam tu, dia pergi pun takpe. Sekurang kurangnya kita dah tahu sifat dia.

Diri aku. Setakat ni, tak pernah pun aku cek hp dia. Bukan sebab aku tak ambil berat atau buat tak kisah. (bukan juga sebab aku tak kisah dia kena rampas dengan orang lain). I do care about him. A lot. Tapi sebab aku mahu masing masing ada ruang. Bukan sebab aku tak cemburu. Aku pun perempuan biasa. Rasa cemburu itu adalah normal. Cuma nya, aku percaya.

Jadi, sebagaimana aku percaya dia, aku harap dia tak memusnahkan kepercayaan aku.

Bagi aku, we have to give some space to each other. Sebab walaupun masing masing adalah pasangan kekasih, tetapi masing masing masih ada kehidupan sendiri.

Tapi jangan lah pula terlalu lurus bendul. Ingat. Sedikit perasaan curiga itu adalah perlu. Haha.

Tunggu

I'll keep waiting. Until you shows up. Masalahnya aku dah rasa tak tentu arah ni.

24 April 2010

Hanyalah sekadar ucapan

Kadang kadang kita tak ucapkan. Mungkin sebab kita lupa. Atau mungkin sebab rasa tak perlu. Mungkin juga sebab rasa mereka paham. (Paham paham sendiri macam tu). Walaupun hanya sekadar dua patah perkataan, tapi kadang kadang mampu memberikan seribu satu rasa. Gembira. Terharu. Dihargai.

Boleh juga jadi kayu pengukur menunjukkan sifat/personality trait seseorang. Tahu menghargai atau tidak. Berbudi bahasa atau tidak. Sopan santun atau tidak. (Tapi tak perlulah mengada ngada hipokrit. Ucapkan tak kena tempat) .

Yang penting adalah penghargaan kepada mereka yang selama ini berdiri teguh di sisi.

Terima kasih ~ mak ayah untuk semua
Terima kasih ~ adik beradik teman terajang berkongsi segala
Terima kasih ~ dia yang telah memberi rasa
Terima kasih ~ kawan kawan teman suka duka

Terima kasih ~ Tuhan atas segala penerima terima kasih yang di atas.


Kadang kadang tak terucap. Tapi dalam hati selalu ada. Terima kasih untuk kamu.

Kaku bisu

Ada satu ketika, bila kita bersama dengan orang tertentu, kita jadi bisu. Kaku. Macam tak reti  nak bercakap. Padahal, bila bersama dengan orang lain, kita lah manusia yang paling petah berbicara, gila, peramah riang ketawa semua. Kita seolah telah berubah menjadi orang lain. Padahal dalam otak ayat dah banyak tersusun ni. Tapi tak terluah.

Bukan sebab nak berlakon. Jadi secara automatik. Kadang kadang jadi gugup. Speechless. Kenapa? Adoi paham ke apa yang aku cub a nak terangkan ni?

Dan secara tiba tiba kau nak dengar hanya dia saja yang berkata kata.(bunyi kipas pun kalau boleh tak nak dengar)



Superhero dalam diri

Berapa ramai antara kita yang ada sifat seperti superhero?.  Bukanlah sifat dia yang boleh terbang ke laser guna mata ke kuat gila gila tembak tak mati ke. Tak payahlah berangan yang macam tu. Itu semua auta. Tapi sifat dia yang mahu membantu orang lain yang dalam kesusahan tu, yang sampai sanggup meninggalkan kepentingan sendiri. Yelah kang time tengah dating dengan awek, terpaksa tinggal kan kejap sebab ada kebakaran la, rompakan la. Atau terpaksa berlakon jadi geek semata mata tak nak reveal identiti diri sebagai superhero.

Tapi macam mana pun dia sanggup juga untuk melalui semua tu, atas nama kemanusiaan, membantu orang lain yang memerlukan. Tak ramai kan yang ada sifat macam ni. Program macam Bersamamu TV3 tu tak payah cakaplah.* Iklan sekejap* Apa jadah bagi derma tapi siap pose bagai depan kamera semua. Kalau boleh semua nak enterframe. Himpit himpit bagi dapat masuk dalam gambar. Tu cek tu. Apa perlu ke buat replika sebesar besar nak tunjuk berapa amaun yang di derma. Kau derma beras, betul betul sebab nak bagi diorang makan ke atau sebab nak promote syarikat supaya setiap kali iklan, boleh keluar jenama beras kau tu di mata mata rakyat Malaysia. Apa guna menderma tapi kau menunjuk nunjuk.

Yang ketua kampung, orang kampung pun time tu la tiba tiba jadi prihatin. Berbondong bondong datang tunjuk muka. Yelah masuk tv katakan. Kang dapat juga tumpang glamour, promote kampung atau menunjukkan yang kau tu prihatin kan. Padahal sebelum tu, lalu depan rumah pun tak sudi. Padahal sebelum tu kau tak tahu dan tak nak ambil tahu apa apa pun pasal dia. Kenapa pula bila orang tv datang kau jadi peramah bersalam salaman depan kamera? *Ok habis iklan. Kang ada yang kena saman*

Kadang kadang bila kita nak tolong orang lain, tak banyak sikit pon kita akan tanya balik. Apa yang aku boleh dapat in returns? Kalau aku tolong dia apa aku boleh dapat? Kang kalau tolong kang tak pasal pasal aku pula yang dapat susah? Contoh bila menderma. Kalau aku derma duit kang duit aku tinggal sikit la? Macam mana nak makan? Macam mana nak pergi shopping kawan kawan dah ajak?

Ada sesetengah tu pula yang lebih mementingkan apa yang orang lain kata, lebih dari kata hati sendiri. Kalau aku tolong nanti orang cakap aku nak tunjuk baik la, tunjuk lagak banyak duit la, nanti orang ingat  aku kaya lagi ramai minta duit kat aku? Pertolongan dari segi wang ringgit ni adalah salah satu contoh la. Banyak lagi contoh pertolongan yang lain.

Berapa ramai yang menolong sebab betul betul nak tolong? Takde niat lain memang nak tolong je. Bukan sebab nak dapatkan ganjaran ke, dapat masuk tv ke, dapat jadi anak menantu ke. Tu kena tanya hati sendiri la kan. Sebab kita je tahu apa niat sebenar. (dan Tuhan juga)

Tapi boleh cakap zaman sekarang ni, semuanya nak balasan. Apa yang kau beri, mesti ada ganti. Jadi tak kan rugi apa apa. Kalau tak, 'what you give you get back' la kan bak kata pepatah. Mana pergi sifat kemanusiaan dalam diri. Mana pergi ajaran agama yang kalau menolong harus seikhlas hati tanpa mengharapkan pembalasan? Dunia semakin maju, i guess? Sistem barter trade itu sudah semakin difahami? Is this the price we have to pay in the name of modernization globalization or whatever?

Apa rasa bila tolong orang? Rasanya semua tahu. Jom cari superhero dalam diri.


Nota hati : Ni semua sebab tengok Kick Ass malam tadi la ni. Cerita mengarut tapi ada mesej. Ok aku pun tergolong juga dalam manusia yang bersifat seperti di atas. Hati makin lama makin hitam.

23 April 2010

Itu wira aku

Kadang kadang (kalau ayah sihat),  sebelum pergi kerja, ayah mesti stand by luar rumah. Ok. Sebelum masuk kereta, ayah pesan. Bawak kereta elok elok, jangan laju laju. Bila nak start engine, ayah cakap start lama sikit. Bagi dia panas. Lepas tu ayah start bukak teori mekanikal dia. Bila nak gerak nak reverse, ayah jaga belakang. Ok. Bila boleh pusing, ayah tunjuk signal pusing guna tangan. Bila balik kerja, ayah dah ada kat luar. Tunggu. Bila nak parking, ayah tolong jaga. Kalau kena masuk kereta ke depan lagi, ayah cakap depan sikit. Ha sampai kat tiang ni baru boleh stop. Kadang kadang rasa nak gelak. Sebab ayah dah jadi macam penjaga parking. Opps. 

Malam malam, kalau terjaga sebab banyak nyamuk, cari ridsect kat luar. Ayah mesti bangun jugak. Tanya cari apa. Tolong cari sekali.  Lepas ambil ridsect, ayah pesan, sembur kat celah celah almari sebab nyamuk banyak menyorok kat situ. Ayah pesan suruh tutup tingkap, nanti nyamuk masuk. Kalau sejuk ke hari hujan ke ayah pesan tutup telinga. Selimut leher. Sebelum tidur suruh baca ayat Qursi, Al- Fatihah dengan 3 Qul.

Kadang kadang kalau ayah beli sarapan kat luar, mesti tanya nak makan apa. Nak nasi lemak ke mee ke roti canai. Setiap kali sebelum ayah makan, mesti ayah tanya aku dah makan ke belum. Lepas tu baru dia makan. Tapi aku bila tengah makan, nampak ayah baru nak tanya ayah dah makan ke belum. Teruk betul.

Setiap kali nak keluar, ayah tanya nak pergi mana. Pesan jaga diri elok elok. Bawak kereta elok elok. Walaupun anak dia ni keluar tengah malam. Ayah cool. Mesti sebab dia faham anak dia tak kan buat perkara tak baik kan. Ceh. Ke sebab taknak anak dia ni muka masam.Aku kan pemberontak.

Ayah selalu ingatkan macam macam. Ayah dah jadi reminder. Bila lesen ni mati, bila kereta nak kena service, bila nak kena renew road tax. Semua tarikh yang penting ayah bulatkan dalam kalender dia.

Bila naik kereta dengan ayah, ayah cakap bawak slow. Jangan laju laju. Kalau boleh limit 80 km/j je. (tapi dia tak tau aku selalu aku bawak macam hantu). Lagi satu kat trafik light kena slow. Biar kita boleh stand by. Bila ada trafik light kat depan, ayah dah sound awal awal. Walaupun dia tau anak dia ni mata besar tak rabun. Bila lampu merah, ayah cakap ' ha lampu merah. Mesti berhenti'. Bila lampu hijau ayah cakap 'ok dah boleh jalan'. Bila lampu kuning aku pecut bagi laju ayah cakap 'tak boleh buat macam tu. Lampu kuning kena standby nak berhenti'. Kadang kadang tension jugak. Sebab rasa macam nak ambil driving licence. Tapi diam je.

Ayah banyak sangat pesanan. Setiap hari. Kadang kadang ulang perkara yang sama. Macam mana nak buat itu. Macam mana nak buat ini. Kalau jadi macam ni nak kena buat apa, jadi macam tu nak buat apa.

Ayah boleh jadi macam macam untuk aku. Dari penjaga parking, jadi cikgu driving, secretary, penjaga surat, reminder. Semua ayah boleh buat. My ayah is my everything. My all. Dia wira aku. Setiap kali aku perlu sesuatu, mesti dia ada. Tapi aku tak pernah suruh ayah berhenti dari pesan aku macam macam atau buat kan macam macam untuk aku.  Walaupun semua pesanan dia tu dah terlekat dalam kepala otak aku atau semua perkara yang dia buat tu aku boleh buat sendiri. Sebagai contoh macam jadi penjaga parking tu la. (Walaupun kadang kadang aku rasa rimas dan rasa macam budak kecil).

Sebab aku tahu semua itu adalah benda yang akan aku rindu kalau ditakdirkan dia sudah tiada lagi untuk aku. Semua yang dia buat untuk aku. Mesti aku rindu. Siapa yang boleh ganti? Tak ada.

Aku percaya, ayah setiap orang pun mesti macam ayah aku. Yang risaukan anak dia, yang pesan macam macam. Yang sanggup berkorban apa saja.

Tapi berapa ramai yang ada ayah yang akan lambai bye bye pada kamu setiap pagi sebelum pergi kerja?Aku adalah antara yang bertuah itu. *Senyum*.


Kadang kadang aku tertanya. Ayah boleh jadi dan buat semuanya untuk aku. Tapi apa yang boleh aku buat untuk ayah? Hanyalah seorang anak yang degil dan kuat melawan. Sigh~

Baru

Ok. Ini blog baru. Yang second sebenarnya. Lagi satu tu untuk personal. Keep it for myself only. So tak boleh nak publish. Ceh. Padahal apa jadah buat blog kalau taknak orang baca. Tapi blog tu dah macam diary la. Cuma malas nak pakai diary je. Kang orang jumpa or terbaca bongkar la rahsia aku. The safest way mungkin pakai elektronik diary ni kan. Tak ada yang boleh baca. Hahaha macamlah ramai orang yang curious pasal kau. Boleh tahan perasan. Nanti tak ada la jadi macam cerita Na O Mei tu yang mak dia terbaca diary dia lepas tu habis bongkar rahsia dia suka siapa, siap boleh paksa dia kahwin dengan orang tu padahal mak dia tak baca habis pon. Lepas tu adik dia pon 'ter'baca juga. Haih malu lah kalau semua orang dah tau apa yang kau simpan dalam hati kan. The end kena pulak bakar diary so takda orang boleh baca rahsia hati kau atau menaruh syak yang bukan bukan pasal kau. Bukan senang nak jumpa orang yang boleh respek privacy setiap orang lebih lebih lagi kalau terjumpa diary, mesti curious nak tau apa isi dalam dia. Ok stop. Nak cakap ada blog baru je. Boleh pulak melalut. Silly.