Oh. Lamanya aku tidak menulis di sini, kerana aku berada di satu sudut lain. Aku fikir aku mahu mengasingkan di antara dua sudut, tapi nampaknya salah satu telah terabai.
Pada sesiapa yang sudi menjenguk aku di sini, aku jemput untuk bersama-sama aku ke sudut yang lain itu. Walaupun aku sendiri tidak pasti sama ada memang wujudkah kemunculan manusia yang singgah di sini. But hey, if you ever read this, please come to A Woman's World.
Kalau kau tak jumpa aku di sini, makanya aku di sana. Bercerita sesuatu yang lain, di satu sudut yang lain.
Terima kasih, pengunjung.
Showing posts with label Manusia perasan. Show all posts

14 October 2011
06 September 2011
Sambutan hari raya boleh menjadi sedikit suram tanpa....
Salam Syawal ! Ahh sudah lah. Orang sudah habis mood raya, aku baru terhegeh-hegeh nak berucap bagai. Bagaimana raya kamu?
Raya aku masih sama seperti raya tahun-tahun sudah. Sambutan raya aku suram, hening dan sunyi tanpa kehadiran barang sehelai dua duit raya.
Raya tahun ini dan beberapa tahun sebelum, aku langsung tak dapat duit raya. Sedih tahu. Aku tidak faham kenapa kah rakyat Malaysia sekarang semakin mempunyai sikap membeza-membezakan.
Kenapa hanya golongan kanak-kanak saja yang diberikan keutamaan untuk mendapat duit raya? Kenapa orang seperti aku hanya dipandang sepi malah kadang-kadang dibuat-buat tak nampak?
Tak usah lah diambil kira pada perbezaan umur, rupa paras dan saiz badan antara kami. Errr dan juga status pekerjaan. Tapi lihatlah pada persamaan. Bukankah itu yang lebih penting?
Sama seperti konsep 1 Malaysia. Jangan dilihat pada perbezaan kita antara kaum, tetapi lihatlah pada persamaan yang ada iaitu kita sama-sama rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. Jadi kenapa konsep 1 Malaysia tidak dapat diterapkan dalam hal seperti menghulurkan sumbangan duit raya ini?
Satu persamaan yang paling nyata antara aku dan golongan kanak-kanak adalah kami sama-sama belum berkahwin. Jadi kenapa aku tidak diberi duit raya sedangkan mereka dapat bersampul-sampul?
Haih. Tidak adil betul. Kenyataan.
Sesungguhnya aku sangat merindui sampul duit raya yang mempunyai barang seketul dua isi di dalamnya. Sadis sekali.
Bernanah mata aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah tau. Huh !

Kot dapat satu tapi isi nya macam ni pun jadilah. Lepas gak kempunan den.
Bernanah mata aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah tau. Huh !
16 August 2011
Surat Cinta Untuk Awak
Waktu sekolah dulu, aku pernah karang surat cinta. Sekali. Satu. Surat cinta itu aku karang di Tingkatan 1. Gatal, aku tahu. Aku fikir setiap budak perempuan yang meningkat ke usia peralihan menjadi remaja, mesti ada seseorang yang dia minati. Macam budak-budak zaman aku dulu yang gilakan Tomok. Gila noob. That term 'crush on somebody'. Yeah, crush, the exact word.
Tetapi malangnya surat cinta yang aku karang sepenuh hati itu hanya terperuk dalam simpanan dan akhirnya dikantoikan oleh seorang lelaki, iaitu abang aku. Dan dia gunakan surat cinta tu sebagai bahan untuk mengejek aku. Lama jugak lah dia membahan, memang aku geram dan menyampah gila dengan dia waktu tu.
Dah lah dia selalu baca diari aku curi-curi, lepas tu buat kepoh. Sakit hati aku dengan dia memang tak boleh nak cerita. Ya, dulu aku juga macam budak perempuan yang lain, simpan diari hatiku, kononnya.
Budak zaman sekarang aku tak tahu, but for those who were born in the 80's (and below), surat cinta memang dijadikan sebagai medium untuk meluahkan rasa hati. Walaupun aku gerenti surat cinta tu kebanyakannya memang takkan sampai pada orang yang nak dituju.
Aku rasa budak-budak sekarang memang takde lagi kot guna kaedah ni? Yelah, zaman makin advance. Why trouble yourself untuk menulis sedangkan dah ada SMS, email, FB and so on.
However, i think girls back then memang naif dan laid back. Walau macam mana minat pun pada seseorang budak lelaki tu, tetap takde keberanian nak bagitau. Hanya pandang dari jauh. It's just minat. Suka tengok.
Kalau ada yang ber-couple pun, hanyalah couple yang gitu-gitu. Couple takde perasaan orang panggil. Bodoh-bodoh. Sekadar ada. Takde nak 'i love u hubby', 'together forever and ever', 'you are my life' and what so ever. Aih, memang naif.
Berbanding dengan budak zaman sekarang, aku fikir mereka lebih terbuka dan agresif dalam meluahkan perasaan. Maksud aku di sini ialah budak-budak sekolah, ya. Mungkin sebab pemikiran orang zaman sekarang ni yang semakin open dan moden. Tak caya, cuba kau tengok blog depa. Mesti ada tayang gambar boyfriend dan bercaption 'he is mine' and so on.
Oh, tinggalkan itu. Nak tahu bagaimana orangnya budak lelaki yang aku minat tu?
Dia pengawas, paling pandai dalam sekolah (untuk yang se-tingkatan dengannya), muka sedikit mix, pendiam dan kelihatan sombong. Dan sudah tentu tak pandang perempuan. Jenis lelaki tipikal yang akan diminati oleh budak perempuan yang masih bersekolah dan baru nak mengenal erti perbezaan jantina.
Cliche, ha? Oh yang bestnya, takde seorang pun yang tahu tentang crush aku yang seorang ni. I keep it to myself, until this day.
Growing up, kau akan dapat bezakan antara 'crush' dan the real feeling. Well, takkan lah sampai sekarang pun kau masih gilakan Tomok, kan? Begitulah perumpaamaannya.
Ahh. Tangan terasa gatal nak mengarang surat cinta.
For the real one.

01 August 2011
Sekali lagi.
Tahun 2011 ni seperti cepat berlalu. Tup tup dah Ramadhan. Masa memang mencemburui heh? Atau pun masa hanya mencemburui bila usia semakin meningkat? Seriously. Masa kau remaja dulu, tak sabar bebenor nak jadi dewasa.
Sekarang bila kau dah dewasa, 26 to be specific, tiba-tiba hoi sekejap je lagi dah nak masuk 27. Tak sempat nak merasai kemanisan usia 26. Kemanisan? Hmm.
Sambutan Ramadhan tahun depan macam mana ya? Itu pun kalau masih diberikan ruang dan peluang oleh Tuhan.
Oh, sesiapa yang baca ni, selamat menyambut Ramadhan Kareem. Ramadhan lebih indah jika dilalui bersama yang tersayang. Bukankah?

30 July 2011
25 + 1
Rasa macam baru semalam aku masuk Tingkatan 1. Muda, bebas dan tak boleh terusik. Tup tup je umur dah lebih suku abad. Tapi tetap rasa seperti usia 13. Cuma muda dan bebas tu dah boleh potong.
So 26, lets bring it on !
So 26, lets bring it on !
Dah lama tak tulis blog, aku rasa macam dah tak pandai menulis.
P/s : Terima kasih kekasih.
P/s : Terima kasih kekasih.
28 June 2011
Cerita masa depan.
Wah. Melihat pada tarikh entry terakhir aku, nampaknya sudah lebih kurang 3 minggu blog ni tak berusik. Tapi siapa pula yang kata menulis blog adalah satu kewajipan, kan?
Jadi apa yang aku buat dalam 3 minggu tu? Membadakkan badan. Dan memikirkan tentang cerita masa depan. Haruslah tentang masa depan, sebab masa belakang dah tak boleh buat apa dah. Perancangan. Semoga menjadi.
Oh, lately aku selalu mimpi yang mengarut. Hari tu mimpi jadi Wolverine. Gila. Kenapa tak mimpi jadi Mistique ke, Angle ke. Kenapa mesti jadi lelaki? Sebenarnya dah lebih kurang 3 kali aku mimpi jadi mutant ni. Power tak boleh blah pula tu. Telepath, teleporter, invisible, kuat. Semua aku sapu. Saiko.
Mutant and proud.
Cerita merapu. Tak payah lah baca.

06 June 2011
Cerita kahwin.
Sabtu yang lepas, aku ke kenduri kahwin saudara. Aku pun tak berapa pasti macam mana pertalian aku dengan yang berkahwin tu. Sama ada anak buah ke, sepupu ke, makcik ke atau apa pun. Yang pasti nya saudara lah. Pergi berdua dengan mak.
Sampai sana, jumpa lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik, adik beradik dan ipar duai bapak aku. Ada seorang makcik aku, tiap kali jumpa, dia akan puji aku cantik. (Jangan muntah). Ini kisah benar. Setiap kali jumpa, dia akan kata lebih kurang macam ni,
'Cantik nya Angah, cantik lah'. (Sebab setiap kali jumpa, dia tak pernah tengok aku muka tak mandi). Aku pun tak tau sama ada pujian dia tu ikhlas atau saje-saje nak bagi hati aku girang, sebab aku pun malas nak ambil pusing. Aku sengih saje.
Apa pun, bukan kisah pujian tu yang aku nak ceritakan. Bila seorang pakcik aku dengar kata-kata makcik aku ni tadi, dia pun cakap,
Memandangkan aku menerima pujian dan hentaman sekaligus dari dia, maka aku pun tak tahu nak bereaksi yang bagaimana. Jalan terbaik yang dapat aku fikirkan adalah buat bodoh saje tanpa menjawab sepatah perkataan pun.
Itu adalah paling bagus kalau tidak mahu digelar kurang ajar dan tidak hormat orang tua. Tidak, aku bukan cuba untuk berlagak baik atau buat-buat sopan, aku cuma mahu menjaga air muka mak yang ada di situ. Sebab aku tahu, jika ada kata-kata yang akan keluar dari mulut aku selepas itu, ia bukan lah bait-bait yang manis untuk didengari. Lagi pula, aku tidak mahu ada scene pinggan melayang dan mencacatkan majlis kahwin orang.
Ah, tiba-tiba aku teringat kisah makcik yang aku baling selipar padanya sebab menegur aku dengan cara yang tidak berhemah. Ya, berlaku di zaman muda aku. Orang muda. Panas, pantas dan garang. Tak boleh tercuit.
(p/s : Asma Hazelnut, kalau kau baca ni, cuba teka siapa makcik yang aku baling selipar tu.)

Muka cantik tak guna kalau tak kahwin (MY, 2011)

26 May 2011
21 May 2011
Bau syurga.
Betul ke budak-budak kecil ni masih ada bau syurga lagi pada dia? Aku pun tak tau, pasal tu aku tanya. Sebab aku baca kat blog mana tah.
Oh Ahad lepas, aku timbang berat aku 48kg. Aku pun tak tau mesin tu sihat ke tak. Bak kata mamat tu 'mesti mesin penimbang tu rosak'. Ah dengki. Tapi aku rasa pun macam tu jugak. Sebab aku rasa takde beza pun. Makin berat rasa badan ada lah. Memang betul lah kata Ziela Jalil,
Sebenarnya aku syak memang betul lah kata mamat tu. Mesin penimbang rosak. Hmm.
Eh tapi aku timbang di 3 mesin yang berlainan. Macam mana tu?
Juling air. Macam Mak Ngah.
Boleh layan lagi ni.
Dah rimas. Memberontak. Pembengis macam apak eh.
Oh Ahad lepas, aku timbang berat aku 48kg. Aku pun tak tau mesin tu sihat ke tak. Bak kata mamat tu 'mesti mesin penimbang tu rosak'. Ah dengki. Tapi aku rasa pun macam tu jugak. Sebab aku rasa takde beza pun. Makin berat rasa badan ada lah. Memang betul lah kata Ziela Jalil,
"Bukan berat badan yang menjadi masalah, tapi bentuk badan itu sendiri."Betullah tu. Betul. Sebab aku rasa bentuk badan aku takde pun macam orang berat 48kg.
Sebenarnya aku syak memang betul lah kata mamat tu. Mesin penimbang rosak. Hmm.
Eh tapi aku timbang di 3 mesin yang berlainan. Macam mana tu?
09 May 2011
Though i didn't say anything, i still love you the most.
You don't have to love in words, even through the silences the love is always heard.
Semoga dua tahun lagi aku dapat ucapkan Selamat Hari Ibu pada diri sendiri. Cis tak boleh blah punya imaginasi.

15 March 2011
Konon.
Aku tau aku bajet macam blog aku ada ramai readers, sampai nak taruk iklan Nuffnang bagai. Hehe. Tapi peduli apa aku. Sekali sekala bagi aku perasan apa salahnya kan. Hihihi.
Ok, kau boleh menyampah sekarang.
Ok, kau boleh menyampah sekarang.
10 March 2011
Wordless.
Sebab kan aku memang takde kerja atau dengan kata lain dasar pemalas, aku buat jela temuramah ni ye. Anggap je la aku ni makhluk perasan.
HAVE YOU EVER :
LIST THREE FAVORITE COLOURS :
THIS YEAR HAVE YOU :
FIRSTS :
RIGHT NOW :
YOUR FUTURE :
WHICH IS BETTER :
HAVE YOU EVER :
DO YOU BELIEVE IN:
ANSWER TRUTHFULLY :
HAVE YOU EVER :
- Dated someone twice : Maksudnya apa ni? Pernah putus lepas tu sambung balik ke?
- Been cheated on : Never. Akan datang tak tau lah pula. Ehem ehem.
- Lost someone special : Ya. Nenek. Dulu masa kecil-kecil kalau gaduh dengan mak ayah, lari rumah nenek. Hmm.
- Been depressed : Ada lah juga.
- Been drunk and threw up : Apa jadah.
LIST THREE FAVORITE COLOURS :
- Merah membara semangat waja.
- Orange bunga-bunga matahari.
- Biru perpaduan kami semua.
THIS YEAR HAVE YOU :
- Made a new friend : Tahun ni ek. Tahun ni kurang sikit lah.Saya dah jadi makhluk yang tidak berapa pandai bersosial.
- Fallen in of love : Setiap hari. Boleh macam tu?
- Laughed until you cried : Yes !!.
- Met someone who changed you : No. I met that special someone in 2008.
- Found out who your true friends were : Yes. Definitely.
- Found out someone was talking about you : Tak tau lah pula.
- Kissed anyone on your friend's list : Friends list mana ni?
- How many people on your friends list do you know in real life : Semua. I don't approve/add those yang i tak kenal.
- How many kids do you want? : Rezeki Tuhan nak bagi. Terima je. Boleh?
- Do you have any pets : Ada. Banyak.
- Do you want to change your name : Can't imagine myself with other name.
- What did you do for your last birthday : Entahlah. Melangut je kot.
- What time did you wake up today : 5.45. Sekarang tak tau kenapa, sama ada tak boleh tidur atau terjaga awal. Tadi jaga awal sebab mimpi ngeri.
- What were you doing at midnight last night : On the phone, dengan demok.
- Name something you CANNOT wait for : Anak sendiri. Boleh? Kahwin pun tak lagi.
- Last time you saw your Mother : Hari-hari jumpa.
- What is one thing you wish you could change about your life : Perangai tak semenggah. Kesian pada orang sekeliling.
- What are you listening to right now : Azan Asar.
- Have you ever talked to a person named Tom : Tom? Tom Cruise? Pernah dulu dia minta couple, tapi i reject. Terus dia mengorat Katie.
- What's getting on your nerves right now : My job.
- Most visited webpage : Oih banyak. I kan jenis takde kerja.
- Whats your real name : Rahsia!
- Nicknames: Yatt, angah.
- Relationship Status : Relationship yang mana?
- Zodiac sign : Leo the singa.
- Male or female? : Wanita Melayu terakhir. Bajet.
- Primary School? : KGV sekolah ku.
- Secondary School? : Indah permai Seri Ampangan.
- High school/college? : KMM, UteM.
- Hair colour : Blonde. Boleh?
- Height: 163 cm.
- Do you have a crush on someone? : Ada. Mestilah.
- What do you like about yourself? : Because i'm myself.
- Piercings : Ada.
- Tattoos : Parut kena gigit nyamuk kira tak?
- Righty or lefty : Righty. Dulu wish lefty sebab orang kata kidal ni pandai, tapi lepas tu dengar pula orang kidal ni selalu kena sakit jantung. Kensel la. Tapi dua-dua pun ada keistimewaan sendiri. Apa de hal.
FIRSTS :
- First surgery : Takde. Kalau ada aku lari dulu. Penakut.
- First piercing : Masa umur berapa tak ingat. Tindik telinga. Sakit nak mampuih.
- First best friend : Emm.
- First sport you joined : Hoki. Masa sekolah rendah.
- First vacation : Lama dah. Hmm.
- First pair of trainers : Trainers? Tracksuit?
RIGHT NOW :
- Eating : Tak makan apa.
- Drinking : Air kosong je.
- I'm about to : Rasa macam nak terberak lah!
- Listening to : Zara menangis.
- Waiting on : Tunggu apa ni?
YOUR FUTURE :
- Want kids? : Kau tak nak ke?
- Get Married? : InshaAllah (Maher Zain, 2010)
- Career? : Is looking forward for a better one.
WHICH IS BETTER :
- Lips or eyes : Dua-dua boleh?
- Hugs or kisses : Nak dua-dua juga.
- Shorter or taller : Taller la
- Older or Younger : Older but better.
- Romantic or spontaneous : Dua-dua pun saya mahu.
- Nice stomach or nice arms : Nice stomach. Hahaha.
- Sensitive or loud : Loud yaw !!
- Hook-up or relationship : Hmm.
- Trouble maker or hesitant : Trouble maker.
HAVE YOU EVER :
- Kissed a stranger : A stranger? No and never.
- Drank hard liquor : No. Dijauhkan lah.
- Lost glasses/contacts : Takde. Tak pakai pun. Sebab belum rabun lagi.
- Sex on first date : Wak lu.
- Broken someone's heart : Yes, and i'm sorry.
- Been arrested : Never.
- Turned someone down : Yes
- Cried when someone died : .........
- Fallen for a friend? : Hmm. Is he considered my friend? I don't know.
DO YOU BELIEVE IN:
- Yourself : Agak mencabar juga soalan ni.
- Miracles : Yes. Miracles come from God.
- Love at first sight : No. Ada ke? I always believes that we need times to fall for someone.
- Heaven : Mestilah.
- Santa Claus : Apa jadah?
- Kiss on the first date : Huh. Takde maknanya.
- Angels : Pasti.
ANSWER TRUTHFULLY :
- Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time? : No lah. I'm old enough nak buat kerja tak matang tu. Jangan tamak.
- Did you sing today? :Hari-hari pun aku memekak.
- Ever cheated on somebody? : Takde lah.
- If you could go back in time, how far would you go? : Entah lah. Can't think right now.
- If you could pick a day from last year and relive it, what would it be? : Ya Allah susahnya nak fikir.
- Are you afraid of falling in love? : Was once.
17 February 2011
Tak paham vol. 2
Sambungan dari kisah merapu yang ini. Sabar je lah.
Why, oh, why, can’t you create a single, central location for your hair ties and bobby pins?!? And why is there one on the handle of the microwave?
A : Supaya senang dapat dicapai dan dipakai di mana mana, bila bila masa yang diperlukan. Itu pun nak hairan ke? Satu ada dalam bilik mandi, satu dalam handbag, satu dalam bilik, satu dalam kereta. Kelakar jugak orang perempuan ni. Getah rambut je boleh siap buat koleksi. Tu belum cerita yang lain lagi. Muflis.
I don’t understand their attitudes! Everything is good for, like, the first three months, but after that, it’s a whole different ball game!
A : Rasa boring la tu. Kalau jadi macam ni, mungkin saja nak have fun sikit. Gaduh gaduh manja. Pandai pandai la cari idea. Tapi kalau dah setiap hari setiap masa peel nya dok lagu tu gak, tu tanda korang bakal kena tinggal. Bai bai.
“I don’t get why getting married so soon is so important to most women. Is love not enough?”
A : Ha soalan ni paling best. Apa yang kau tak paham sangat tak tau la. Cinta tu cinta la jugak. Abih tu kalau kau asyik nak bercinta je, tak nak kahwin, bila masa pulak nak proses anak. Kau ingat orang perempuan ni macam kau ke umur 70 pun boleh dapat anak lagi? Anak tu penting bagi orang perempuan. Dah ada anak takde laki pun takpe. Pergh statement. Memang nak mati. Lagipun, kalau dah kahwin tu rasa terjamin dan selamat la sikit, walaupun zaman sekarang ni semua takde jaminan. Gitu.
Merepek.

17 January 2011
Hot hot chicken shit.
Mahu diet, katanya. Tak mahu makan malam. Terakhir makan petang pada pukul 6. Ok.
Boleh tahan ni. Boleh punya.
Pukul 10.30 malam buka tudung saji.
Apa jadah?
Hancus.
Ok. Cuba lagi esok.
Boleh tahan ni. Boleh punya.
Pukul 10.30 malam buka tudung saji.
Apa jadah?
Hancus.
Kalau nak kurus, jangan makan malam dan jangan makan nasi - Nabila Huda
Ok. Cuba lagi esok.
01 November 2010
Weng
Setelah melantak yang bermacam macam seperti nasi kerabu dan laksa, maka terpaksa melonggarkan sedikit zip kain.
Eh. Ni macam lebih sesuai buat status FB je.

26 October 2010
Semuanya di tangan Tuhan
kata dia: cepat la wat masjid..
kata aku: insyaAllah. kalau ada jodoh tak ke mana.
kata aku: sekarang ini harus berpegang pada itu la. kalau Allah dah tetapkan jodoh dengan dia, InsyaAllah.
kata dia: yup. betul tue.
kata dia: berserah dan berdoa yang terbaik je..
kata aku: aah. semuanya di tangan Tuhan
Lain betul bila bercakap dengan orang yang sedang menunggu hari nak mendirikan masjid ni. Debaran dia lagi hebat rupanya.

17 October 2010
Siri bercakap dengan diri sendiri - Vol. 1
Noorhayati sekarang dah gemuk. Tapi bila masa pula pernah kurus kan. Maksudnya lebih gemuk dari dulu lah. Mengeluh. Seluar macam dah tak muat lagi. Peha penuh lemak menggelebeh sana sini. Baju apetah lagi. Macam nak tetas semua. Tayar simpanan rasanya dah ada banyak. Macam comel sebut spare tyre sebagai tayar simpanan.
Noorhayati, bila kau nak diet ni. Makan macam takde hari esok. Nak harapkan kau bersenam jauh sekali. Sedar diri kau tu memang pemalas. Dah tua tua ni baru kau concern pasal bentuk badan pulak. But hey its never too late to start exercising kan, kata seorang workout expert. Pandai lah kau. Masalahnya kau tak pernah start pun. Eh pernah, tapi bila partner dah backout, kau pun stop jugak.
Noorhayati. Kau ni cakap je lebih. Nak jogging la, diet la, main badminton la. Dak mok, sumbangkan sikit raket anda tu. Tapi tak jugak buat buat. Peha makin hari makin besar. Perut makin hari nampak macam nak meletup. Lepas tu kau sibuk cakap 'saya gemuk gemuk gemuk !! ' kat semua orang. Kau dah jadi Syanie kang jangan kau meraung pulak. Syanie sekarang pun dah kurus, ok!. Tengok!!!!!
Memang tepat kena kat muka kau, Noorhayati.
[ Isi hati seorang perempuan yang meroyan dengan bentuk badan sendiri ]

Bukan berat badan yang menjadi masalah, tapi bentuk badan itu sendiri - Ziela Jalil.
Memang tepat kena kat muka kau, Noorhayati.
[ Isi hati seorang perempuan yang meroyan dengan bentuk badan sendiri ]
12 October 2010
Dua cinonet
Noorhayati sekarang dah jadi bibik. Bahasa sedap sikit babysitter, kepada dua kesayangan, Zara Dayini dan Damia Umairah.
Si Umairah, bila mata terbuntang taknak tidur, mak dia pass kat aku. Mintak maaf la kalau pipi tu selalu jadi sasaran. Geram. Labuh sangat. Mata besar.
Si Dayini, pipi tarik woh. Cekang sangat. Mata sepet. Badan bulat macam bapak dia. Muka pun sebijik. Nasib baik aku sayang hang, walaupun aku menyampah dengan bapak hang. Hahaha.
Cinonet pipi labuh dan cinonet pipi bulat, hearts sangat sangat.
Ahahaha. Nampak sangat aku takde idea nak tulis apa.

28 September 2010
Pesan ayah
Ayah pesan pada aku.
Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup, katanya.
Aku rasa aku faham kerisauan dia. Aku tau.

14 September 2010
Masih ingat tak lagi?
Ingat tak dulu masa kita kecil kecil. Kita selalu main sama sama naik basikal pusing keliling kampung. Oh. Masa tu aku takde basikal lagi. Ayah belum beli kan. Jadi memang selalu pakai basikal kau lah. Kita dah macam adik beradik. Mana ada kau, situ ada aku. Eh. patut cakap mana ada budak budak lelaki, situ ada aku juga. Haha.
Ingat tak dulu aku selalu pergi rumah kau. Rumah kau dah macam rumah aku. Ibu ayah kau dah macam mak bapak aku. Dah tak kisah memang takde rasa malu. Adik beradik kau pun memang adik beradik aku. Kita semua rapat kan. Ingat masa ibu ayah kau balik kampung, diorang tinggalkan kau dan adik kau di rumah aku? Masa tu nak dekat raya. Tak boleh bawak korang balik sekali. Keadaan tak mengizinkan. Malam dekat nak raya ayah bawak abang aku dan korang pergi gunting rambut. Yang kelakarnya rambut korang terus kena potong pendek sampai sikit lagi nak botak. Yelah ayah aku dulu dulu kan strict. Semua mesti nak kemas. Kau angin kan pasal tu? Malah sampai sekarang pun kalau kita cerita kisah dulu dulu kau akan ungkit pasal hal rambut raya kau tu. Haha. Memang sangat kelakar kalau dikenang kenang.
Ingat tak dulu ada seorang makcik konfius sama ada aku ni lelaki ke perempuan. Pasal dalam kelompok budak ramai ramai tu aku seorang je ada sikit pelik. Nak kata perempuan perangai macam babun panjat sana sini lari keliling kampung kejar layang layang. Aku selalu je kena suruh duduk rumah sebab katanya orang perempuan tak boleh perangai lasak lasak campur dengan budak lelaki. Ah peduli apa aku.
Masa kecil dulu kita pernah berangan jadi penyiasat macam dalam Siri Penyiasat Muda ke apa entah. Dah lupa pulak tajuk novel bersiri tu. Sibuk pergi kebun dan sungai kat belakang tu. Konon konon nak cari bahan siasatan. Dah takde modal kita pun mula lah mereka reka cerita. Ingat tak ada satu makcik tu kena tipu dengan geng penyiasat kita. Kita cakap dengan dia kita jumpa ada seekor lembu yang kat badan dia tulis perkataan alif lam lam ha. Terkebil kebil makcik tu kena temberang. Alah tapi aku rasa dia pun tak percaya dengan budak budak macam kita ni. Saje je ambil hati buat percaya. Haha.
Hah!! Ingat tak rumah makcik yang kita temberang tu ada bela seekor beruk nama Bidin. Kita masa tu jakun sangat kan. Tiap kali balik sekolah mesti beli gula gula Hi-Sour bagi Bidin makan. Kita pun ketawa geli hati tengok Bidin makan gula gula tu sambil buat muka kerut kerut. Masam kan. Haha. Sekarang ni tak tau Bidin hidup lagi ke tak. Makcik tu pun dah pindah. Tapi aku rasa Bidin mesti rindu dekat kita. Sebab semakin kita membesar kita makin jarang lawat dia. Dia pun mesti rindu dengan Hi-Sour juga.
Ingat tak dulu masa kita kecil kita banyak membina kenangan bersama. Banyak nya yang manis. Yang pahit itu boleh dibilang dengan jari. Masa kecil kita tidak pernah faham apa itu dendam. Kalau kita bergaduh pun, gaduh gaduh manja je. Tak sampai lima minit kita dah boleh kongsi keropok makan sama sama.
Tapi.
Semakin kita bertambah umur, semakin banyak perubahan terjadi. Kita berubah menjadi orang berlainan. Aku perempuan, kau lelaki. Kita mula faham erti perbezaan jantina. Kita jadi asing. Tapi kita masih rapat. Rapat yang jarang. Rupa rupanya memang betul masa itu boleh merubah apa pun.
Episod 1.

Subscribe to:
Posts (Atom)