16 January 2011

Aku mahu.

Aku akan buat apa yang aku nak buat. Pedulilah apa orang nak kata.

Aku nak hidup gembira. Aku tak mahu kusut kusut. Aku tak mahu berperang emosi.

Aku nak hidup bebas. Aku tak rela disekat sekat. Aku rimas bila asyik kena fikir apa perasaan orang lain.

Aku nak hidup dengan cara aku. Cara yang aku suka. Bukan cara yang orang lain suka. Atau cara yang orang lain fikir aku suka.

Aku nak senyuman yang lahir dari dalam hati. Bukan kerana terpaksa.

Aku nak kegembiraan yang nyata. Bukannya senyuman pura pura.

Tamak dan pentingkan diri.

Tapi.

Aku tak mahu bila tua nanti, aku menyesal sebab tak pernah buat apa yang aku nak buat.

Aku mahu bila tua nanti, sekurang kurang nya ada perkara menggembirakan yang boleh aku kenangkan.

No comments: