11 January 2011

There will be less beautiful people.

Adik lelaki aku cakap,

Perempuan ni cantik sebab mekap je. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki, perempuan ni sebenarnya tak cantik pun.

Bila fikir balik, sebenarnya betul juga apa dia cakap tu. Lelaki (lelaki tulen) tak perlukan apa apa bahan bantuan pun untuk nampak hensem. (Kecuali pakaian dan style rambut). Takde pun nak pakai foundation, blusher, eyeliner, eyeshadow ke bila nak keluar.

Serius, pernah kau tengok lelaki pakai eyeliner atau contact lense, semata mata nak bagi mata nampak besar? Pernah tengok lelaki pakai foundation nak cover parut jerawat? Lagilah lawak kalau lelaki pakai blusher nak bagi pipi nampak merah.

Tapi perempuan, sekurang kurangnya mesti nak pakai bedak, baru boleh damai kalau nak keluar rumah. Macam aku lah tu. Kalau tak, pontianak pun segan nak menunjukkan wajah depan aku.

Kadang kadang, aku terfikir juga. Apa jadi pada dunia kalau takde semua benda benda tu? Takde eyeliner, mascara, foundation, blusher, eyeshadow dan sebagainya?

Mesti perempuan yang selama ni hanya bergantung kepada alat alat tu akan tertinggal jauh ke belakang, berbanding mereka yang selama ni hanya tampil dalam keadaan semulajadi. Aku pernah jumpa perempuan yang tak pakai bedak pun, tapi masih nampak cantik gila. Cantik sangat. Cuma kalau letakkan dia sebelah perempuan yang dibayangi alat alat tadi, memang dia tak menonjol la.

Apa jadi kalau semua benda benda tu takde?

Takde lagi mata yang besar berkaca kaca, takde lagi pipi yang halus mulus merah bak delima, takde lagi wajah yang putih cerah bercahaya, takde lagi mulut yang merah menggiurkan macam angelina jolie.

Jadi rupa rupanya semuanya palsu.

Kalau tengok, agak agak terperanjat tak?

No comments: