14 March 2011

Dah lanjut usia nya.

Banyak sebab orang perempuan ni kahwin lewat. Kadang-kadang bukan jodoh tu takde, tapi sebab nya datang dari diri juga. ( Tak boleh blah. Stail cakap macam diri sendiri tu dah kahwin.)

Ni cuma beberapa pendapat aku. Pemerhatian dan pendengaran. (Yang sebab ketentuan Tuhan jodoh tak sampai lagi tu, lain cerita lah ya).


Satu (1) , menunggu.

Menunggu orang yang tak sepatutnya. Ok lah kalau orang yang kau tunggu tu tahu yang kau tunggu dia, dan memang meminta kau untuk tunggu dia. Tapi macam mana kalau orang tu tak tahu langsung tentang perasaan kau terhadap dia, atau orang yang kau tunggu tu memang dah ada orang lain?

Masa sembang-sembang dengan kawan sepejabat aku, keluar lah topik pasal perkahwinan ni. Dia berkahwin masa umur dia 34 tahun.  Semua orang tahu kot, usia 34 tu kira agak lewat bagi seorang wanita untuk berkahwin. Dan dia tanya aku, kenapa aku tak kahwin lagi sebab aku dah ada calon Lain lah kalau takde, katanya.Lalu aku pun tanya dia, kenapa dia kahwin pada usia yang agak lewat macam tu. Celupar juga mulut aku tanya soalan tu.

Dia jawab, sebab menunggu. Orang yang dia tunggu tu dia kenal sejak zaman sekolah lagi. Diorang memang berkawan, cumanya lelaki tu boleh kata kan cuma anggap dia sebagai kawan biasa. Tapi dia tetap tunggu juga, mana tahu satu hari nanti mungkin hati lelaki tu akan terbuka untuk terima dia. Penantian dia akhirnya berakhir bila dia dapat tahu lelaki tu sebenarnya dah kahwin, dan dah ada anak pun.

Dia menyesal sebab tak bagi peluang pada diri sendiri dan lelaki lain yang cuba nak rapat dengan dia selama ni. Itu lah kan. Sesetengah penantian itu memang berbaloi, sesetengah yang lain pula hanya akan makan usia kita.



Dua (2), mencari yang sempurna.

Ini kes yang paling banyak terjadi. Segalanya mesti sempurna. Perangai, rupa paras, status mestilah seiring dan sejalan. Memang payah. Sebab, lagi kau mencari yang sempurna, lagi banyak kekurangan yang kau akan jumpa. Berapa banyak lelaki yang dibiarkan berlalu hanya sebab tak menepati standard piawaian.

Jika kau tak memiliki apa yang kau sukai, sukailah apa yang kau miliki saat ini. Sempurna nya seseorang itu adalah apabila kita tahu cara untuk menghargainya. (Aku quote je ni)

Kita tidak mencari kesempurnaan seseorang tetapi kita menyempurnakan seseorang itu dengan kemurnian hatinya. (Ni pun quote juga)

Sebelum kita mencari yang sempurna, renung dulu diri sendiri. Kalau rupa paras kau pun jauh panggang dari api, tak payah lah demand sangat. Kalau kau cantik pun, tiada orang untuk menikmati dan menghargainya, apalah guna nya. Lagipun, cantik itu lahirnya dari dalam hati, bukan nya dengan mekap tiga inci. (Aku dah start ke laut)

Aku cuma mahukan orang yang sayang aku, dan terima aku seadanya. (Gila cliche ayat.)


Tiga (3), masih mengharap kekasih lama.

Kes macam ni bukan hanya terjadi pada orang lelaki saje ya. Yelah, kita tahu kan, lelaki sukar nak melupakan kekasih lama diorang yang tip top, lagi-lagi cinta pertama. Memang kenang sampai mati lah.

Perempuan yang masih mengharap bekas kekasih ni selalunya hidup dalam dunia sendiri. Dia tak kisah pun orang lain nak cakap apa. Bagilah nasihat macam macam, lempang lah sedas dua, yang lama juga lah yang diorang kenang-kenangkan. Bagi diorang bekas kekasih tu lah lelaki paling perfect.

Kalau nak cari pengganti pun mesti nak ada ciri-ciri yang sama dengan bekas kekasih dulu. Kalau boleh stail korek hidung pun mesti sama. Serius ada tau, perempuan macam ni. Apa yang perlu di ingat adalah, there are reasons kenapa dia 'buang' kau dulu. Tak kisah lah sebab apa pun, bagi aku kalau dia dah pernah tolak kau, maknanya dia tak menghargai kehadiran kau di sisi dia. Memang dia dah tak nak. Kalau pun dia nak datang balik, peluang tu amat tipis dan selalunya sebab dia menyesal lah tu. Hmm. Tak perlu lah. Move on with your life. Kalau dia datang merayu-rayu, nyanyikan dia lagu Karma - Alicia Keys tu.

Yang berlalu, biarkan berlalu. Kita sudah tidak boleh nak buat apa untuk mengubahnya, tapi kita masih boleh mengubah kebahagiaan masa depan dengan memulakan usaha pada hari ini. Nak merasa bahagia cinta, lupakan kisah cinta yang lama supaya ia memberi ruang pada kisah cinta yang baru dalam sanubari anda. (Quote)



Empat (4), fobia/takut pada komitmen.

Selalunya kes macam ni terjadi sebab pengalaman sama ada diri sendiri atau orang lain. Macam-macam kes rumahtangga sekarang yang buat orang perempuan fobia untuk berkomitmen. Serius. Walaupun orang kata nasib manusia lain-lain, tapi bila tengok perkara-perkara yang terjadi terutama dekat orang sekeliling/teman rapat buat kita jadi takut.

Sesetengah wanita, memang dah ada kekasih, tapi untuk melangkah ke step yang seterusnya, masih belum ada keyakinan. Mereka lebih suka kekal sebagai pasangan kekasih, sebab lagi happy dan tak perlu nak fikir/hadapi apa-apa masalah bila dah berkahwin nanti. Takut, segalanya akan berubah selepas berkahwin.(Masalahnya nak tunggu sampai bila kan? Umur makin hari makin meningkat). Bila mereka dah ada keberanian, nothing will stop them. Jadi untuk lelaki yang ada kekasih macam ni, jika masih boleh bersabar, sila bersabar. Untuk wanita seperti ini, apa yang mereka perlukan hanyalah masa dan keyakinan.

Kadang-kadang, ada sesetengah wanita yang bukan takut pada institusi perkahwinan, atau tak yakin pada pasangan. Sebenarnya mereka tak yakin pada diri sendiri. So just let them overcome themselves.

Ada juga wanita yang fobia pada komitmen ni yang mengalihkan fokus hidup pada kareer, sebab pada mereka perkahwinan ini bukan lah satu agenda utama. Menikmati zaman bujang tanpa ada kekangan adalah lebih bagus. Bebas. Dah ada kareer yang bagus, boleh beli apa yang dihajati, boleh pergi sini sana, enjoy life dan lain-lain.



Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa wanita zaman sekarang lambat berkahwin. Kena tanya tuan yang empunya badan lah. Jangan lah menjadi masyarakat yang hanya pandai menilai, menghukum dan mengata yang bukan-bukan. Sikit-sikit bila lambat kahwin cop anak dara tua, memilih dan macam-macam lagi lah.

Apa-apa pun, pengakhirannya adalah ketentuan Tuhan.

No comments: