Nampaknya kawan aku yang seorang ini memang tak belajar daripada pengalaman lalu.
Aku pun agak confuse sebenarnya.
Adakah dia lebih selesa mengayat secara maya, atau tak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dan seterusnya mengayat seorang perempuan secara realiti, maksudnya secara depan-depan.
Ini adalah kejadian kali kedua.
Aku pun takde masalah sebenarnya kalau kau dah jatuh cinta pada seorang perempuan, hanya dengan melihat gambar profile di Facebook. Dan memulakan sesi bercinta-cintaan selepas itu. Takde masalah. Betul takde masalah. Mungkin lah jodoh kau datang melalui cara itu. Siapa tahu kan?
Tapi, kalau kau jenis yang tak boleh menerima kenyataan, tak boleh menerima dengan seadanya,
Aku nasihatkan baiklah kau berjumpa dengan dia dahulu secara depan-depan, kau tengoklah sendiri bagaimana rupa parasnya adakah seperti yang kau puja-puja, sebelum kau mula melafazkan ayat-ayat cinta keramat dan rindu dendam bagai.
Dengan itu tentu kau pun tak akan mengadu pada aku (sekali lagi) dengan mengatakan yang kau telah diperdayakan (sekali lagi) oleh seorang perempuan hanya dengan sekeping gambar.
Tahukah engkau bahawa gambar boleh menipu?
Yelah aku faham. Bagi orang lelaki ni, cantik yang di pandang dahulu. Yang lain-lain belakang kira. Dan dari situlah juga timbulnya perumpamaan 'dari mata turun ke hati'. Kalau di mata nya dah nampak cantik, terus jatuh cinta.
Aku rasa kan, aku rasalah,
Kadang-kadang sesetengah orang lelaki ni tidak menggunakan otak dalam bercinta/untuk jatuh cinta. Hanya guna mata saje.
Carta aliran dia macam ni;
Mata > Hati. bukannya Mata > Otak > Hati.
Tapi ada juga sesetengah lelaki yang lebih teruk, yang mana carta alirannya;
Mata > Kemaluan. Tapi kes ni banyak terdapat pada lelaki yang melanggan pelacur lah kan.
Ok aku rasa aku dah terlebih-lebih.
Aku hanya nak bercerita tentang seorang lelaki yang telah jatuh cinta dan telah bercinta pun (secara maya) dengan seorang perempuan dengan hanya melihat kepada gambar profile nya di Facebook,
dan bagaimanapun kemudiannya mengaku pula telah diperdayakan oleh perempuan itu melalui gambar yang sama yang telah membuat dia jatuh cinta. Bukankah ini ironik.
Adoi.
Lagi sekali. Gambar itu boleh menipu. Gambar yang kau lihat cantik itu tak semestinya memaparkan realiti rupa paras sebenar perempuan yang kau puja-puja itu. Bukankah sekarang zaman teknologi, sayang?
Tak pernah dengar Photoshop? Tak pernah edit gambar? Kau pun tahu apa fungsinya kan. Rupa yang gelap boleh dicerahkan. Pernah dengar teknik lighting? Kau cari je mana-mana tempat terang, kau ambil lah gambar, nescaya muka kau pun boleh jadi secerah Nora Danish dan jerawat pun sudah tidak kelihatan lagi.
Hmm. Aku pun tak tau nak cakap apa. Itu lah. Kau pandang yang cantik saje. Kau nak yang cantik saje. Bila dah jumpa depan-depan, tahu pulak kau cakap perempuan tu menipu.
Cubalah kau fikir. Ada ke perempuan yang nak nampak diri dia buruk, walaupun dalam gambar. Dah dalam gambar je pun dia boleh nampak cantik, bila masa lagi nak berangan kan?
Kau pun fikirlah dulu, jumpa lah dulu sebelum nak feeling-feeling. Entah apa-apa lah.
Lain kali tak payah lah kau senang sangat jatuh cinta. Penat telinga aku dengar kau mengadu. Bukan masalah aku pun.
Lagi sekali lah aku nak pesan,
Don't be fooled by a picture, especially if it comes from a girl.
Trust me, because i'm a girl too.
04 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment