06 June 2011

Cerita kahwin.

Sabtu yang lepas, aku ke kenduri kahwin saudara. Aku pun tak berapa pasti macam mana pertalian aku dengan yang berkahwin tu. Sama ada anak buah ke, sepupu ke, makcik ke atau apa pun. Yang pasti nya saudara lah. Pergi berdua dengan mak.

Sampai sana, jumpa lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik, adik beradik dan ipar duai bapak aku. Ada seorang makcik aku, tiap kali jumpa, dia akan puji aku cantik. (Jangan muntah). Ini kisah benar. Setiap kali jumpa, dia akan kata lebih kurang macam ni,

'Cantik nya Angah, cantik lah'. (Sebab setiap kali jumpa, dia tak pernah tengok aku muka tak mandi). Aku pun tak tau sama ada pujian dia tu ikhlas atau saje-saje nak bagi hati aku girang, sebab aku pun malas nak ambil pusing. Aku sengih saje.

Apa pun, bukan kisah pujian tu yang aku nak ceritakan. Bila seorang pakcik aku dengar kata-kata makcik aku ni tadi, dia pun cakap,

Muka cantik tak guna kalau tak kahwin (MY, 2011)

Memandangkan aku menerima pujian dan hentaman sekaligus dari dia, maka aku pun tak tahu nak bereaksi yang bagaimana. Jalan terbaik yang dapat aku fikirkan adalah buat bodoh saje tanpa menjawab sepatah perkataan pun.

Itu adalah paling bagus kalau tidak mahu digelar kurang ajar dan tidak hormat orang tua. Tidak, aku bukan cuba untuk berlagak baik atau buat-buat sopan, aku cuma mahu menjaga air muka mak yang ada di situ. Sebab aku tahu, jika ada kata-kata yang akan keluar dari mulut aku selepas itu, ia bukan lah bait-bait yang manis untuk didengari. Lagi pula, aku tidak mahu ada scene pinggan melayang dan mencacatkan majlis kahwin orang.

Ah, tiba-tiba aku teringat kisah makcik yang aku baling selipar padanya sebab menegur aku dengan cara yang tidak berhemah. Ya, berlaku di zaman muda aku. Orang muda. Panas, pantas dan garang. Tak boleh tercuit.




(p/s : Asma Hazelnut, kalau kau baca ni, cuba teka siapa makcik yang aku baling selipar tu.)

4 comments:

asma Pak Wahab said...

Hahahahaha....sengal ko soh aku teka pulaks..aku baru nak tanye sape..errr...aku nak kene tau jugak, area2 mane umah eh..

tekaan 1-kalau area umah ko, antare nanny si pearl tu atau makcik kiah juling

tekaan 2--kalau area surau ke atas, cikgu zainab

tekaan 3--makcik memon..???

serius nak tau, ape kesah ko baling selipar?bagi aku, perbuatan tu ok dan selari je dgn betape busuknye mulut makcik2 kampung kite tuu...

~makcik2..no heart feeling aa..~

Yatt. S said...

kahkahkah. salah la tekaan ko beb.

aku baling si 'kak'chah tu. Alah anak mami tu.

kisahnya panjang pulak aku nak cerita kat sini. tapi yang pasti laser sangat mulut nya. aku geram, aku tanggal selipar terus baling.


btw, pasal macik memon tu, dia pernah sumpah budak-budak laki jiboi ni takkan jadi orang dan berjaya. at last, ko tengok apa jadi kat cucu dia sendiri? heh.

asma Pak Wahab said...

uishh...kompem aku nak tau the story..aku balik minggu lopeh,nampak ko kat simpang depan umah aku tu..aku pueh lambai2, ko tak nampak..haha..bulan depan aku balik, wajib jumpe..wajibbbb...

pssttt..makcik memon tu..hmmm..kalau nak tau, sedara mara die pun dah putus sedara dgn die ko tau..mcm mane aku tau??

kene la jumpe..ahahahaha...

Yatt. S said...

kikikiki. aku tau kisah tu. eh ko balik sebulan sekali je ke beb?