06 September 2011

Sambutan hari raya boleh menjadi sedikit suram tanpa....

Salam Syawal ! Ahh sudah lah. Orang sudah habis mood raya, aku baru terhegeh-hegeh nak berucap bagai. Bagaimana raya kamu?

Raya aku masih sama seperti raya tahun-tahun sudah. Sambutan raya aku suram, hening dan sunyi tanpa kehadiran barang sehelai dua duit raya.

Raya tahun ini dan beberapa tahun sebelum, aku langsung tak dapat duit raya. Sedih tahu. Aku tidak faham kenapa kah rakyat Malaysia sekarang semakin mempunyai sikap membeza-membezakan.

Kenapa hanya golongan kanak-kanak saja yang diberikan keutamaan untuk mendapat duit raya? Kenapa orang seperti aku hanya dipandang sepi malah kadang-kadang dibuat-buat tak nampak?

Tak usah lah diambil kira pada perbezaan umur, rupa paras dan saiz badan antara kami. Errr dan juga status pekerjaan. Tapi lihatlah pada persamaan. Bukankah itu yang lebih penting?

Sama seperti konsep 1 Malaysia. Jangan dilihat pada perbezaan kita antara kaum, tetapi lihatlah pada persamaan yang ada iaitu kita sama-sama rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. Jadi kenapa konsep 1 Malaysia tidak dapat diterapkan dalam hal seperti menghulurkan sumbangan duit raya ini?

Satu persamaan yang paling nyata antara aku dan golongan kanak-kanak adalah kami sama-sama belum berkahwin. Jadi kenapa aku tidak diberi duit raya sedangkan mereka dapat bersampul-sampul?

Haih. Tidak adil betul. Kenyataan.

Sesungguhnya aku sangat merindui sampul duit raya yang mempunyai barang seketul dua isi di dalamnya. Sadis sekali.


Kot dapat satu tapi isi nya macam ni pun jadilah. Lepas gak kempunan den.


Bernanah mata aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah tau. Huh !

1 comment:

asma Pak Wahab said...

bebudak marhaban dah tour umah ko??