01 February 2011

Dulu lain, sekarang lain.

Dulu masa time aku sekolah menengah, dalam umur 14-15 macam tu, aku pernah cakap dengan kawan aku yang aku target nak kahwin umur 24 tahun. Gatal betul aku masa tu. Tumbesaran pun tak sempurna lagi, ada hati pula nak cakap pasal kahwin.

Yelah, time tu bukan ada benda sangat nak fikir. Belajar pun main main. Datang sekolah nak jumpa kawan, gosip, cari gaduh je. Nak fikir pasal kerja mencari rezeki sesuap nasi memang jauh lagi lah. Tu yang dok berangan kan masa depan semua tu. Normal lah kan, budak kecil (budak perempuan sebenarnya) suka berangan nak cepat besar. Nak jadi itu, nak buat ini. Nak kahwin, nak anak. Gatal.

Seingat aku, zaman aku menggatal dulu adalah pada umur 13-14 tahun. Masa tu memang rajin survey mamat hensem, dan pernah juga terjebak dalam cinta beruk. 2 kali. Tapi tak lama. Jangka masa sesuatu hubungan tu paling lama aku rasa 2 bulan (kot). Sebab masa tu aku rasa, takde apa apa yang special dan mungkin juga aku bosan.

Tapi, semakin aku meningkat ke usia matang(usia, tubuh badan, rupa paras je matang, otak dok tang tu gak), aku dah tak fikirkan semua tu. Semakin umur aku bertambah, semakin aku mengelak dari memikirkan hal masa depan ni. Kadang kadang aku terfikir juga, aku ni normal ke tak sebenarnya. Growing up as a woman, aku tau setiap wanita di muka bumi ni memang mengimpikan nak berkahwin, bersuami, beranak hidup bahagia happily ever after.

Mungkin sebab aku menggatal atau aku dah merasa pengalaman bercinta tu terlalu awal(walaupun sekadar cinta hingusan takde makna), maka selepas umur 14 tu aku dah takde perasaan lagi nak berdua duaan.

Ah ingat lagi, there are times di sekolah dan uni, ada orang cakap aku lesbo. Hei takde boyfriend or tak layan lelaki bukan bermakna lesbian ok. Cuma takde perasaan je.

Masa kita kecil yang dok berangan tu, kita sebenarnya tak tau apa apa langsung pasal dunia orang dewasa ni. Menjadi dewasa tu macam mana. Bila umur kau dah meningkat, macam macam nak kena fikir. Bukan setakat dok atas pelamin dan terus beranak je. Realiti kehidupan adalah berbeza sekali dengan apa yang dibayangkan masa zaman merenyam dulu. Life is no fairy tales.

Bila dah tua ni, kau kena fikir macam mana nak hidup sendiri, tanpa perlu mengharapkan mak bapak kau suap bagi makan lagi. Kau kena fikir macam mana nak hidup dengan hasil usaha sendiri. Oh, ramai orang cakap,

Kau kahwin jela, laki kau boleh tanggung. Nak fikir apa.

Atau pun cakap,

Kau perempuan senang la, kalau takde kerja kahwin je, tak macam kami orang lelaki, kami pulak yang nak tanggung anak orang.

Tidak semudah itu. Aku tak nak jadi orang yang hidupnya menumpang pada orang lain. Memanglah tanggungjawab suami itu memberi makan pakai, tapi prinsip aku tak nak membebankan sesiapa.

Lagipun hidup pada zaman sekarang yang serba mencabar ni, aku fikir semua perempuan mahukan kestabilitian. Maksudnya stabil yang ada pada diri sendiri, berdikari, tak bergantung harap pada orang lain. Kalau kalau terjadi sesuatu di kemudian hari, sekurang-kurangnya kau dah sediakan payung, kau masih boleh hidup. (Otak aku jenis selalu fikir yang bukan bukan).


Tahun ini aku bakal jadi 26. Sudah 2 tahun terlepas dari target asal.

2 comments:

asma Pak Wahab said...

slow2 bace entry ko yg lepas2 sambil cover line...huahuahua..oii..aku dah gatal nak kawen oii,..tapi cover2 sbb xmampu lagi..hahahahaha...xkirelah umo brape ko kawen, asal ko hepi..gitu??

Yatt. S said...

ya betul. tepat sekali !!