19 August 2011

Orang perempuan memang begitu

Orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan rupa paras dan bentuk fizikal mereka. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.

Isu ini akan sentiasa membelenggu (betul ke ejaan ni) kehidupan seorang perempuan. Menakutkan. Untuk lelaki, kau harus faham dan redha, jika kau terpaksa mendengar segala keluh kesah kami berkenaan hal ini. Kalau kau tak mampu buat apa-apa untuk membantu, mendengar dengan penuh perhatian pun sudah cukup. Dan lagi, cuba faham perasaan kami berhadapan dengan isu ini setiap masa. Itu sahaja.

Kadang-kadang, apa yang diperlukan oleh seorang perempuan hanyalah keyakinan. Keyakinan yang datangnya dari mulut orang yang disayangi. Kata-kata seperti, 'Jangan risau. Saya terima awak seadanya' dan sewaktu dengannya, adakalanya lebih bermakna dan mengundang keyakinan dalam diri disertakan dengan sedikit kelegaan dalam hati.

Sebabnya, kalau nak harapkan kami joging setiap hari secara konsisten dan non-stop mungkin kami tak mampu, tak larat, tak sanggup dan sebenarnya lebih kepada malas. Itu lah sebabnya ayat penenang jiwa dari kau sangat diperlukan.

Jangan! Jangan sesekali cuba untuk memberi cadangan seperti 'Apa kata awak joging 10 round' atau 'Apa kata awak makan pil ni' atau 'Cuba diet sikit'. Baiklah kau diam saja. Walaupun kau berniat baik, tapi kata-kata seperti itu hanya membuat kami merasa lebih rendah diri dan self-esteem yang semakin merudum. Nampak sangat yang kau pun rasa kami gemuk, kan?

Walaupun hakikatnya kami tak gemuk atau tak selebet mana, tapi bila kami sendiri yang buat pengakuan begitu, maka kau harus dengar saje. Walaupun mungkin dalam hati kau rasa nak hempuk dan cakap kami mengada-ngada, tapi itulah perasaan kami yang sebenarnya terhadap diri kami pada waktu itu.

Kan aku dah cakap, perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan tubuh badan sendiri, walaupun orang lain kata 'Kau dah cukup kurus', atau 'Kau dah cukup cantik' atau 'Dah ok dah kau macam ni'.


Orang perempuan memang begitu. Orang lelaki juga memang begitu.



Oh.

Betapa tak adilnya pandangan masyarakat. Bila orang lelaki berperut buncit, 'Ini lah simbol seorang lelaki yang bahagia. Orang rumah pandai jaga.' Seronoknya kau dapat beri alasan macam tu sambil ketawa mengilai.

Tapi bila orang perempuan berperut buncit (bukan mengandung), 'Kau tak pandai jaga badan. Laki lari baru tau'. Oh seronok juga kau bermulut puaka, sambil kami hanya mampu tersenyum kelat.

Aku fikir orang perempuan harus lebih terbuka untuk menerima diri sendiri, dalam apa jua keadaan pun. Keyakinan itu seharusnya datang dari dalam diri. Yang lain, cuma sebagai pemangkin. Tapi sebenarnya, itu lah paling sukar untuk dilakukan. Yakin pada diri sendiri.

Ah. Nampaknya orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan paras fizikal mereka. Mungkin membawa ke mati. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.


Oh. Aku fikir hanya perempuan saje yang suka bergambar di bawah cahaya terang untuk mendapatkan efek wajah cerah gebu flawless, tapi rupa-rupanya ada juga lelaki yang begini. Ehehe.







1 comment: