27 December 2010

Dulu pernah


Hati aku pernah patah. Bukan patah sebab putus cinta ke, kena tinggal boyfriend ke, kekasih aku curang ke apa.

Hati aku patah sebab kawan. Makan dalam juga la, sebab kesannya sampai ke hari ini. Selalu orang patah hati sebab cinta. Tapi aku ada sikit pelik. Silly me.

Sebabkan peristiwa patah hati aku tu, aku jadi manusia yang reserved. Tak percaya orang. Perahsia. Ramai orang cakap hati aku keras. Keras tang mana tak tau lah pula. 

Mungkin sebab kan peristiwa di area perkawanan ni, maka jadi berjangkit ke area lain pula. Orang kata 'one thing lead to another' macam tu.

Sebab kawan aku buat macam tu, maka aku pun jadi tak percaya pada benda benda lain juga. Maksudnya benda yang melibatkan perhubungan (sebarang bentuk perhubungan) dengan manusia lain. Dengan binatang aku ok. Sebab binatang tak reti nak pedajal aku.

Oh yes, aku memang ada kawan. Aku senang buat kawan. Mungkin sebab aku ada sikit peramah atau tak tau malu.

Tapi sebenarnya untuk aku letakkan kepercayaan ke harapan ke apa ke memang takde la. Pengalaman lepas tu yang ajar aku jadi macam ni. 

Sakit dikhianati kawan sebenarnya lebih sakit dari putus cinta, tahu?  Oh. Aku takde hak nak cakap macam tu. Sebab belum pernah rasa putus cinta. 

Tapi aku fikir, mesti lebih sakit.

Kalau kau tanya macam mana aku sekarang, ya. Aku beku. 

Atau telah berubah menjadi pesimis? Atau prejudis? Mungkin.

Bila dikenang-kenang,

Pada waktu itu aku tak berdaya, atau sebenarnya aku memang bodoh? 



Ah. Dengarlah lagu ini. Kalau kau pun pernah patah.

Tukarlah hati kau, ganti dengan yang baru.


22 December 2010

Gelap dalam terang

Kelakar.

Konflik dalam diri ke apa?

Tak perlu nak membuktikan apa apa pada orang lain, semata mata nak memuaskan hati kau (atau orang lain).

Padahal bukti yang diberi tu palsu, walaupun nampak macam betul, tapi hanyalah samaran. Kabur.

Kesian kau.

Bersusah payah macam tu sekali.

Padahal dalam hati kau pun tahu kan, hakikat yang sebenarnya?

10 December 2010

Indah khabar dari rupa, katanya.

Pada suatu hari yang damai, aku didatangi oleh seseorang yang kelihatannya seperti sedang agak emo, atau kecewa mungkin? Maka bermulalah sesi dialog antara seorang aku dan dia.


Kau ingat ada ke orang nak taruk gambar buruk buruk dia dalam Facebook, Myspace semua tu?

Asal lak kau cakap camtu?

Alah. Semuanya menipu. Letak gambar nak cantik cantik. Kulit nak putih, licin, kurus. Tapi bila jumpa depan depan, hampeh. Yang ado. Terus jadi reversed.

Lah. Kau ni macam ada pengalaman je. Rileks la. Memang lah semua orang pun macam tu. Takkan nak letak gambar sememeh beb. Takde market lah camtu. Hahaha. Eh tapi aku tengok ada je orang letak gambar buruk dia dalam Facebook?

Mana? Kalau ada pun, gambar korek hidung kalau boleh mesti nak dari angle yang cantik, lighting baik punya, posisi terbaik. Dia korek hidung pun kita nampak comel.

Yang kau bengang sangat ni apesal? Benda tu normal lah. Semua orang pun nak dilihat cantik kan? Dah kita boleh buat gambar tu nampak cantik, boleh edit.Yang kau ni nak emo kenapa?

Takdelah. Kau ingat tak minah yang aku cakap tu? Alah yang aku ushar kat Facebook tu? Yang aku cakap cun tu?

Ingat lah. Yang kau cakap cun gila, nak mengorat tu kan? Asal? Kau dah jumpa dia?

Hah. Pasal tu lah aku bengang ni. Indah khabar dari rupa, jelah.


Sesi dialog seterusnya tak dapatlah nak disiarkan. Faham faham sendirilah.

Apa? Kau nak mengorat yang cun cun jelah?

02 December 2010

I knew about it. So just stop play innocent, angel.

I wont tolerate liars.

I wont tolerate backstabbers.

I wont tolerate pretenders.

I am definitely not a good person.

At least i dont backstab.

At least i dont play angel.

At least i dont pretend.

Maybe sometimes i keep secrets.

But i dont lie,

And make that innocent face.

No.

Not to a person whom i called  a friend.

25 November 2010

Aku pemuja rahasiamu

Ku awali hariku dengan mendoakanmu
Agar kau selalu sihat dan bahagia disana
Sebelum kau melupakanku lebih jauh
Sebelum kau meninggalkanku lebih jauh

Ku tak pernah berharap kau kan merindukan
Keberadaanku yang menyedihkan ini
Ku hanya ingin bila kau melihatku kapan pun
Dimana pun hatimu kan berkata seperti ini

Pria inilah yang jatuh hati padamu
Pria inilah yang kan selalu memujamu

Akulah orang yang selalu menaruh bunga
Dan menuliskan cinta di atas meja kerjamu
Akulah orang yang kan selalu mengawasimu
Menikmati indahmu dari sisi gelapku

Dan biarkan aku jadi pemujamu
Jangan pernah hiraukan perasaan hatiku
Tenanglah, tenang pujaan hatiku sayang
Aku takkan sampai hati bila menyentuhmu

Mungkin kau takkan pernah tahu
Betapa mudahnya kau untuk dikagumi
Mungkin kau takkan pernah sedar
Betapa mudahnya kau untuk di cintai

Akulah orang yang akan selalu memujamu
Akulah orang yang akan selalu mengintaimu

Kerana hanya dengan perasaan rinduku yang dalam padamu
Kupertahankan hidup
Maka hanya dengan jejak-jejak hatimu
Ada ertiku telusuri hidup ini
Selamanya hanya ku bisa memujamu
Selamanya hanya ku bisa merindukanmu




Pemuja rahasia.

22 November 2010

Pertama kali

Forgiving is not about forgetting.

Forgiving is to let go.

But letting go is hard.

Damn hard.

18 November 2010

Tak menepati kehendak soalan

Aku : Kecantikan seseorang diukur dari segi apa?

Dia : Pembaris!


Rasa macam nak libas.

10 November 2010

Kau bukan Tuhan untuk menghakimi aku

Siapa kita untuk menghakimi kedudukan seseorang itu di sisi Tuhan?


Siapa kita untuk menetapkan tempat seseorang itu di syurga atau neraka?


Pakai tudung, lengan panjang, tutup aurat segala, siapa kita untuk mengatakan kita dijamin syurga?


Tak bertudung, baju tak berlengan, dedah aurat, tapi siapa kita untuk menetapkan tempatnya di neraka jahanam?


Cukup sembahyang lima waktu, dah cukup layak ke untuk mengganti kerja Tuhan?


Buat semua perintah Tuhan, sudah cukup layak ke untuk menghukum orang lain?


Entah entah jika ditakdirkan dia ke arah kebaikan, kedudukannya lebih mulia di sisi Tuhan, berbanding dengan kita.


Siapa kita untuk menghakimi kedudukan seseorang itu di sisi Tuhan?


"Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (Qs. Al-Najm; 32)

09 November 2010

Bila kau dah jumpa si dia yang istimewa, kau takkan lepaskan dia.

InsyaAllah. You will find your way.

08 November 2010

Oh tak boleh tak boleh !

Satu kesalahan tak boleh ditebus dengan satu kesalahan yang lain.

Macam kalau orang bunuh anak kau, kau pun bunuh anak dia juga sebab nak bagi dia rasa macam mana hilang anak. Tak boleh.

Macam kalau laki/bini kau curang, kau pun nak buat curang juga demi untuk bagi dia rasa apa yang kau rasa. Tak boleh.

Macam kalau orang langgar kereta kau, kau pun nak langgar kereta dia bagi fair dia punya kemek. Oh tak boleh.

Satu kesalahan tak boleh ditebus dengan satu kesalahan yang lain.

03 November 2010

My Unintended

Pertama kali seorang lelaki menyanyikan lagu untuk aku diiringi dengan petikan gitarnya adalah melalui lagu ini. Subuh subuh buta aku tadah telinga. Namun kali ini aku nak tujukan lagu ini kepada orang lain pula. Walaupun sekadar dengan video yang di ambil dari Youtube. Aku mana reti main gitar. How i wish i  can.


 



02 November 2010

The month we met

November.

Sudah dua tahun. Dan masih.

01 November 2010

Weng

Setelah melantak yang bermacam macam seperti nasi kerabu dan laksa, maka terpaksa melonggarkan sedikit zip kain.


Eh. Ni macam lebih sesuai buat status FB je.

29 October 2010

Acting makes perfect

Semua orang boleh berlakon baik. Senang je tu. Lagi senang berlakon baik melalui penulisan. Orang takkan nampak expresi muka kita. Orang takkan tau perangai sebenar kita. Kalau orang yang tak kenal lagi lah mudah terpedaya. Melalui tulisan yang sempurna sahaja orang boleh memberi ukuran tentang tahap kebaikan seseorang.

Lebih lebih lagi pada zaman moden sekarang. Semua boleh disampaikan melalui tulisan. Blogger, Facebook. Twitter etc. Sesiapa yang mudah percaya memang senang masuk perangkap.

Aku fikir manusia memang makhluk hebat, sebab boleh berlakon sepanjang hidup (kalau nak).

Yang tahu hanya Tuhan saja.

Semua orang sedang berlakon. Termasuk aku.

26 October 2010

Semuanya di tangan Tuhan

kata dia: cepat la wat masjid..

kata aku: insyaAllah. kalau ada jodoh tak ke mana.

kata aku: sekarang ini harus berpegang pada itu la. kalau Allah dah tetapkan jodoh dengan dia, InsyaAllah.

kata dia: yup. betul tue.

kata dia: berserah dan berdoa yang terbaik je..

kata aku: aah. semuanya di tangan Tuhan


Lain betul bila bercakap dengan orang yang sedang menunggu hari nak mendirikan masjid ni. Debaran dia lagi hebat rupanya.

Itu aku

Tapi aku panggil itu Prinsip.

Bukan ego.

Bukan degil.

Bukan berlagak bagus.

Peduli apa aku,

kalau kau fikir aku ego, degil, berlagak bagus  untuk mempertahankan prinsip aku.

22 October 2010

Luahan jujur, mungkin?

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

sumber:
http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-untuk-my-future-wifes.html






19 October 2010

Pemilik tulang rusuk mu

Seseorang kata pada aku.

Seorang lelaki/perempuan bujang ada hak untuk memilih yang terbaik untuk diri mereka selagi masih tidak mempunyai sebarang ikatan(perkahwinan). 

Ya. Betul. Memang betul.

Macam mana kalau,

Seorang lelaki/wanita bujang, berada dalam satu perhubungan (alam perkasihan).

Dalam masa yang sama pandang pandang jeling jeling yang lain (Kan dalam fasa memilih, katanya).

Apa cerita kalau dalam masa yang sama kau buat sesuatu yang merugikan pihak yang satu lagi?

Kau kata kau mencari yang terbaik. Tapi kau pula merosakkan dia. Apa cerita?

Ah. Itu cerita lain.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mencari yang sempurna, cukup serba serbinya, memang kau takkan jumpa.

Setiap orang itu ada lebihnya, ada kurangnya. Terimalah dia, apa yang ada. Hargailah sewajarnya.

Manusia. Selalu mencari yang terbaik, padahal yang terbaik itu selalunya memang sudah wujud di depan mata.

Tak nampak atau tak sedar.

Mungkin.

17 October 2010

Siri bercakap dengan diri sendiri - Vol. 1

Noorhayati sekarang dah gemuk. Tapi bila masa pula pernah kurus kan. Maksudnya lebih gemuk dari dulu lah. Mengeluh. Seluar macam dah tak muat lagi. Peha penuh lemak menggelebeh sana sini. Baju apetah lagi. Macam nak tetas semua. Tayar simpanan rasanya dah ada banyak. Macam comel sebut spare tyre sebagai tayar simpanan.

Noorhayati, bila kau nak diet ni. Makan macam takde hari esok. Nak harapkan kau bersenam jauh sekali. Sedar diri kau tu memang pemalas. Dah tua tua ni baru kau concern pasal bentuk badan pulak. But hey its never too late to start exercising kan, kata seorang workout expert. Pandai lah kau. Masalahnya kau tak pernah start pun. Eh pernah,  tapi bila partner dah backout, kau pun stop jugak.

Noorhayati. Kau ni cakap je lebih. Nak jogging la, diet la, main badminton la. Dak mok, sumbangkan sikit raket anda tu. Tapi tak jugak buat buat. Peha makin hari makin besar. Perut makin hari nampak macam nak meletup. Lepas tu kau sibuk cakap 'saya gemuk gemuk gemuk !! ' kat semua orang.   Kau dah jadi Syanie kang jangan kau meraung pulak. Syanie sekarang pun dah kurus, ok!. Tengok!!!!!

Bukan berat badan yang menjadi masalah, tapi bentuk badan itu sendiri - Ziela Jalil.

Memang tepat kena kat muka kau, Noorhayati.



[ Isi hati seorang perempuan yang meroyan dengan bentuk badan sendiri ]

13 October 2010

Lagu untuk kita



Amacam? Ada lagu balasan? Kih kih kih.

Si Ed

Budak jahat1: Ada orang tu bajet pakai ed hardy fit fit lengan pendek perut menonjol nampak comel la. Kikiki.

Budak jahat2: Memang comel pun. Pasal tu ramai dok usha usha. Tu yang buat darling I panas punggung.



Ok.

12 October 2010

Dua cinonet

Noorhayati sekarang dah jadi bibik. Bahasa sedap sikit babysitter, kepada dua kesayangan, Zara Dayini dan Damia Umairah.

Si Umairah, bila mata terbuntang taknak tidur, mak dia pass kat aku. Mintak maaf la kalau pipi tu selalu jadi sasaran. Geram. Labuh sangat. Mata besar.

Si Dayini, pipi tarik woh. Cekang sangat. Mata sepet. Badan bulat macam bapak dia. Muka pun sebijik. Nasib baik aku sayang hang, walaupun aku menyampah dengan bapak hang. Hahaha.

Cinonet pipi labuh dan cinonet pipi bulat, hearts sangat sangat.





Ahahaha. Nampak sangat aku takde idea nak tulis apa.

04 October 2010

Aku bengang

Semua orang cakap.

Jangan buat itu, jangan buat ini. Ini tak elok, itu tak elok. Tapi pernah ke cuba untuk membantu, atau sekurang kurangnya tunjukkan apa yang betul?

Tak pernah. Sebab semua cuma pandai cakap je.

Cuma pandai cakap, aku faham apa yang kau rasa, aku tau. But hell, kau betul betul tau ke? Kau tak pernah rasa, macam mana kau tau? Kalau pun kau pernah rasa, kau takkan faham. Sakit semua orang tak sama.

Ah. Kau mana tau.

Aku tak harap di bantu. Jauh sekali. Tapi boleh tak sekurang kurangnya kau berhenti bercakap, atau berhenti berlagak seolah olah kau faham dan tau segalanya.

Kau memang takkan pernah tau.

Pergi lah mam.

30 September 2010

Tolong ingatkan aku

Bila aku mula merasa pudar, tolong ingatkan aku yang aku sangat menyayangi kau.

Bila aku mula merasa tawar, tolong ingatkan aku yang kau selalu membuat aku tersenyum.

Bila aku mula merasa curiga, tolong ingatkan aku yang kau sangat meyakini aku.

Bila aku mula merasa resah, tolong ingatkan aku yang kau selalu ada untuk tenangkan aku.

Bila aku mula lupa, tolong ingatkan aku tentang kisah kita.

Semuanya.

28 September 2010

Pesan ayah

Ayah pesan pada aku.

Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup, katanya.

Aku rasa aku faham kerisauan dia. Aku tau.

23 September 2010

Aku suka bila vol.3

Aku suka.

Bila dia membuat otak aku tak henti berfikir.

Itu membuat aku berfungsi.

22 September 2010

Menyambut orang baru (lagi)

Alhamdulillah. Semalam adik aku dah selamat melahirkan anaknya, walaupun proses kelahirannya agak rumit(menyakitkan? Kena masuk macam macam kat bawah, mau tak sakit oiii). Ya. Baby kena vakum sebab dah lemah. Mak dia kena masuk air 7 pain. Keluar labour room aku tengok muka dan mata bengkak bengkak.

Bertambah seorang lagi perempuan dalam keluarga. Apak aku cakap 'eloklah perempuan. Boleh tolong basuh kain baju aku nanti'. Alahai. Lawaklah atok kau ni. Dah lah panggil nama Zara macam macam. Sekejap Zahira lah, sekejap Zahara lah.

Baby kena masuk dalam incubator. Masih dalam pengawasan. Harap harap semuanya ok. InsyaAllah. Ada lah kawan si Zara nak bergaduh. (^_^)

21 September 2010

Hajat tak sampai

Nampaknya cita cita aku untuk menjadi Mak Teh seperti tidak kesampaian. Cis. Kedengki betul diorang ni.


Ini adalah kesayangan saya yang baru, Zara Dayini binti Afandi. Bakal menyusul kesayangan yang paling terbaru. Sedang menunggu hari untuk muncul di dunia. Can't wait.

14 September 2010

Masih ingat tak lagi?

Ingat tak dulu masa kita kecil kecil. Kita selalu main sama sama naik basikal pusing keliling kampung. Oh. Masa tu aku takde basikal lagi. Ayah belum beli kan. Jadi memang selalu pakai basikal kau lah. Kita dah macam adik beradik. Mana ada kau, situ ada aku. Eh. patut cakap mana ada budak budak lelaki, situ ada aku juga. Haha.

Ingat tak dulu aku selalu pergi rumah kau. Rumah kau dah macam rumah aku. Ibu ayah kau dah macam mak bapak aku. Dah tak kisah memang takde rasa malu. Adik beradik kau pun memang adik beradik aku. Kita semua rapat kan. Ingat masa ibu ayah kau balik kampung, diorang tinggalkan kau dan adik kau di rumah aku? Masa tu nak dekat raya. Tak boleh bawak korang balik sekali. Keadaan tak mengizinkan. Malam dekat nak raya ayah bawak abang aku dan korang pergi gunting rambut. Yang kelakarnya rambut korang terus kena potong pendek sampai sikit lagi nak botak. Yelah ayah aku dulu dulu kan strict. Semua mesti nak kemas. Kau angin kan pasal tu? Malah sampai sekarang pun kalau kita cerita kisah dulu dulu kau akan ungkit pasal hal rambut raya kau tu. Haha. Memang sangat kelakar kalau dikenang kenang.

Ingat tak dulu ada seorang makcik konfius sama ada aku ni lelaki ke perempuan. Pasal dalam kelompok budak ramai ramai tu aku seorang je ada sikit pelik. Nak kata perempuan perangai macam babun panjat sana sini lari keliling kampung kejar layang layang. Aku selalu je kena suruh duduk rumah sebab katanya orang perempuan tak boleh perangai lasak lasak campur dengan budak lelaki. Ah peduli apa aku.

Masa kecil dulu kita pernah berangan jadi penyiasat macam dalam Siri Penyiasat Muda ke apa entah. Dah lupa pulak tajuk novel bersiri tu. Sibuk pergi kebun dan sungai kat belakang tu. Konon konon nak cari bahan siasatan. Dah takde modal kita pun mula lah mereka reka cerita. Ingat tak ada satu makcik tu kena tipu dengan geng penyiasat kita. Kita cakap dengan dia kita jumpa ada seekor lembu yang kat badan dia tulis perkataan alif lam lam ha. Terkebil kebil makcik tu kena temberang. Alah tapi aku rasa dia pun tak percaya dengan budak budak macam kita ni. Saje je ambil hati buat percaya. Haha.

Hah!! Ingat tak rumah makcik yang kita temberang tu ada bela seekor beruk nama Bidin. Kita masa tu jakun sangat kan. Tiap kali balik sekolah mesti beli gula gula Hi-Sour bagi Bidin makan. Kita pun ketawa geli hati tengok Bidin makan gula gula tu sambil buat muka kerut kerut. Masam kan. Haha. Sekarang ni tak tau Bidin hidup lagi ke tak. Makcik tu pun dah pindah. Tapi aku rasa Bidin mesti rindu dekat kita. Sebab semakin kita membesar kita makin jarang lawat dia. Dia pun mesti rindu dengan Hi-Sour juga.

Ingat tak dulu masa kita kecil kita banyak membina kenangan bersama. Banyak nya yang manis. Yang pahit itu boleh dibilang dengan jari. Masa kecil kita tidak pernah faham apa itu dendam. Kalau kita bergaduh pun, gaduh gaduh manja je. Tak sampai lima minit kita dah boleh kongsi keropok makan sama sama. 

Tapi.

Semakin kita bertambah umur, semakin banyak perubahan terjadi. Kita berubah menjadi orang berlainan. Aku perempuan, kau lelaki. Kita mula faham erti perbezaan jantina. Kita jadi asing. Tapi kita masih rapat. Rapat yang jarang. Rupa rupanya memang betul masa itu boleh merubah apa pun.


Episod 1.

24 August 2010

Palsu

Semudah itu kau jatuh cinta?
Semudah itu kau memberi rasa?
Semudah itu kau berpaling arah?
Semudah itu kau mengucap kata?
Semalam kau cakap kau cintakan dia.
Tapi hari ini kau bercinta dengan orang lain.
Oh. Kau tak boleh tahan hidup sendiri?
Perlu sentiasa ada orang di sisi?
Jadi cinta kau sebelum ini pura pura?
Atau kau memang senang memberi hati pada orang lain?
Senangnya kau jatuh cinta.

20 August 2010

Ucapan untuk 21.08.2010. Tapi sebab tak sabar maka post dulu lah.

Untuk kau yang memberi rasa.

Selamat Hari Lahir si jantung hati , si bulat yang licik.

Semoga berada dalam lindunganNya sentiasa dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.


Menjiwang di pagi hari Jumaat yang indah. Mood sangat bagus ni.

17 August 2010

Mood swing betul la hari ni

I am dull
I am lost
I am hopeless
I am scared
I am different
I am nothing
I am one
I am me
Take me as i am.


I am down.  Haih.

16 August 2010

Belajar

Sedikit pengorbanan takkan mengubah siapa engkau.

(^_^)

14 August 2010

Tuhan. Kau tahu apa dalam hati aku.

“Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…”


Jauh.

13 August 2010

Sebelum itu, saya minta maaf kepada awak sebab mencarut. Ok ini last. InsyaAllah.

Babi.

Kalau mencarut sebut babi. Kalau haram ingat babi. Tapi bukan binatang je babi. Ada juga manusia babi. Kira macam dia dengan babi ni, berkait rapat la.

Aku selalu juga jumpa manusia babi. Bila perangai dia macam babi, secara automatik aku nampak muka dia macam babi. Eh. Perangai babi macam mana ek? Tak pulak aku mengkaji sifat sifat binatang tu secara mendalam. Haha.

Ada macam  macam jenis manusia babi. Jenis yang tikam belakang adalah manusia babi yang paling aku rasa nak terajang. Bila dia berlakon baik sweet sweet ala best friend dengan kau, tapi bila di belakang dia adalah manusia yang sangat sangat sangat haih. Tak tau nak cakap.

Ah. Dah banyak aku sebut babi ni. Kang kena marah pulak sebab mencarut sebut babi. Apa binatang paling glamour?

Babi lah.

Ok. Cuba kira ada berapa banyak perkataan 'babi' ? Ah. Tersebut babi lagi. Ish ish.



Mati la aku kena marah sat gi ni. Konfem.Dan markah pahala puasa aku pada hari ini adalah KOSONG.

11 August 2010

Grateful

I am thankful YOU are here.

Thank God YOU found me.

Harus bersyukur.

Harus tidak terlalu banyak meminta.

Aku sudah cukup bertuah.

10 August 2010

I'm letting go

Betul.

Takkan lah selama 4 tahun aku kenal kau, sedikit pun kebaikan kau, aku tak nampak.

Aku fikir hati dan perasaan aku di butakan dengan keegoan.

Dan mungkin aku terlalu diselubungi rasa benci.

Maka aku jadi manusia yang tak kenal salah sendiri dan sukar memaafkan.

Aku jadi manusia yang hanya mengingati salah orang pada aku, sedikit pun aku tidak memandang kejahilan diri sendiri.

Aku jadi manusia yang cakap tak serupa bikin.

Jadi, langkah pertama itu aku mulakan dulu.

Aku harap kita jadi jernih.

Nervous

Aku berani.
Asalkan ada kau di sebelah.
Kau harus ada.

09 August 2010

Treasure

Aku dah mulakan langkah pertama.
Yang seterusnya, terpulang pada kau.

08 August 2010

Anew

Aku nak mulakan yang baru.
Bukan.
Patut cakap lupakan yang lepas lepas.
Mula buat cakap serupa bikin.
Semoga berjaya.
Kalau tak jadi jugak, harus sampai mati aku anggap aku tak pernah kenal kau.
Titik.

07 August 2010

Nyata

Aku rindu kau.
Hari hari.
Betul ni.

29 July 2010

24 + 1

Bertambah setahun lagi.

23 July 2010

Jengkel

Ada banyak ketidakpuasan dalam hati.

Ada banyak rasa menjengkelkan.

Kalau aku luahkan nanti di cop macam bagus pula.

15 July 2010

Jauh

Perlu ke aku percaya kau?

4 tahun. Bukannya masa yang singkat untuk aku mengenal kau. Rasa nya aku dah cukup paham selok belok perilaku kau.

Tapi kenapa sekarang aku masih nak percaya pada kau? Kenapa dalam hati masih nak berbelah bagi?

Boleh ke manusia berubah? Do people really change?

Atau pun ini salah satu dari lakonan kau?

Apa pun kau masih tetap aku panggil kawan. Tapi biarlah kawan yang jauh.

14 July 2010

Biol

Kadang kadang rasa gemuk. Kadang kadang rasa kurang gemuk. Selalunya memang rasa gemuk.

Haih.

Tak pernah rasa kurus.

Damn.

13 July 2010

True man

Aku suka baca status FB orang. Ada yang buat kita berfikir, meloya tak pun gelak sorang sorang. Nampak sangat aku takde kerja kan?

Tapi ada sesetengahnya yang aku rasa sangat dipengaruhi emosi dan membuat hati aku rasa keberatan nak baca, atau pun perkara sama yang asyik berulang ulang contohnya macam dikecewakan cinta, sampaikan aku naik jelak, maka aku hide saje orang tu dari News Feed aku.

Bagi aku, adalah lebih baik kau beri quote dari mana mana tokoh atau pun mutiara kata yang sekurang kurangnya dapat membuat orang berfikir walaupun sekejap.

Ada status status yang menceritakan tentang kekecewaan/kesakitan yang dialami (mostly pasal cinta ni) dan meminta Tuhan memberikan pembalasan ke atas orang yang telah mendajalkan dia.  

Apa pun, memanglah itu akaun FB kau dan suka hati kau lah nak taruk status apa pun, aku pun takde hak nak melarang, so yang boleh aku buat aku hide je lah kau. Tapi kau tau tak apa yang kau tulis tu kadang kadang boleh mempengaruhi fikiran sesetengah orang dan emo kau yang macam meroyan tu boleh bawak mendung?


Dari sudut lain,

Aku fikir, tak perlu minta Tuhan untuk memberi balasan kepada orang yang telah menyakiti kau. Sebab dah tentu Tuhan tahu apa yang perlu Dia lakukan.

Untuk kau meminta supaya dia merasa sakit seperti yang kau rasa  atau mendapat pembalasan setimpal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap kau, itu seolah olah menunjukkan yang kau menyimpan dendam.

Dan lagi. Itu hanya akan membuat kau menanti nanti dan tak sabar untuk melihat supaya dia jatuh, merasa sakit atau mendapat pembalasan. Mesti setiap hari kau tertunggu tunggu kan nak tahu apa jadi pada dia. Mungkin setiap hari pun kau akan ikut perkembangan dia. Tapi hey, penantian tu satu penyeksaan kan? Apa kata kita belajar untuk let go?

Berdoa semoga dia akan diberikan petunjuk oleh Tuhan. Tidak perlu mengharap dia merasa sakit. Sedangkan kau pun dah merasa sakitnya macam mana. Tentu tak sanggup melihat orang lain mengalami apa yang kau rasakan, walaupun musuh sendiri. Kita ada hati kan? Aku percaya hati kita ada rasa simpati, walaupun untuk orang yang dibenci.

Aku fikir cuma satu. Tuhan itu Maha Adil. Maka cukuplah dengan hanya berpegang pada itu.


To love without condition, 
To talk without intention,
To give without reason,
And to care without expectation,
Is the heart of a TRUE.


Aku sendiri masih sangat jauh dari sempurna. Dan tak mungkin sempurna.




11 July 2010

One step at a time

Apa lagi yang perlu aku minta, jika dengan keadaan sekarang pun sudah membuat aku gembira?

Aku tidak harus tamak bukan? Tidak boleh terlalu tamak.

Memikirkan kemungkinan masa depan, buat aku celaru.

I am afraid of the idea that i might be losing you.

Itu yang sebenarnya.

Haih.

08 July 2010

Asing asing

Ada sesetengah perkara yang aku takkan menyesal kalau tak mencuba.

Pedulik la kau nak kata aku kolot ke, rugi ke, konservatif ke, ortodoks ke. Tapi tak pernah pulak aku rasa rugi.

Kau nak buat kau punya pasal. Dan kau sendiri yang cakap kubur asing asing kan?

02 July 2010

Playboy besar

Gelak tersipu sipu bila adik bongsu aku cakap,

Aku playboy besar tau tak. Tu lah kau tak tau. Ramai girl minat aku.

Aku jawab,

Playboy besar? Gigi je dah bersepah sepah.

Mamat terus bengang masuk bilik.

Kahkahkah. Akak kau ni pulak laser besar.

30 June 2010

Apasal kau babitkan aku pulak

Kalau dulu masa kita kecil kecil, bila orang tegur kita buat salah, mesti kita akan jawab balik macam ni;
Alah. Dia tu pon sama jugak Kalau dia buat boleh pulak. Kenapa aku je yang nampak salah? (dia tu merujuk kepada budak budak lain, adik beradik dll).
Sekarang ni kalau kita kena tegur disebabkan kesalahan kita di tempat kerja atau di mana mana pun lah, kita  masih akan jawab macam tu ke?

Heh. Sungguh tak membesar kan. Grow up girl. Tak matured lah macam ni. Haha.

Ni nama dia mengutuk diri sendiri. Sendiri yang buat salah, lagi nak jebakkan orang lain tanggung sekali.

23 June 2010

Rasa

Awak tak suka terikat kan sebenarnya ?
Yang sebenarnya aku tak tau nak jawab macam mana.

Kalau dulu, memang ya. Dulu lah. Masa dulu. Masa hidup aku young and free. Aku tak suka rasanya yang bila aku terpaksa mengikat hati aku pada orang tertentu. Pada masa tu sungguh aku tak fikirkan apa apa. Tak pernah ada contact hati dengan sesiapa.

Tapi sekarang. 

Aku di tahap berperang dengan hati, untuk meyakinkan diri sendiri.

Bukan aku ragu pada kau. Malah aku sangat berterima kasih atas segalanya yang kau lakukan untuk aku.

I simply cannot deny the feelings inside me. Kau bagi aku rasa. Kau tambah warna dalam hidup aku. The fact that you make my life go wonderful, and how i love that so much.

Yang sebenarnya aku ragu pada diri sendiri. Aku bimbang tak dapat menjadi yang terbaik untuk kau, sebagaimana kau telah menjadi yang terbaik dalam hidup aku.

They say i'm hard. They say the person who fall for me will definitely have a tough life. Akan selalu makan hati.

Aku akan cuba. 

Aku cuma berharap yang kau takkan berputus asa dengan aku. I hope you wont find it hard with me.

Sebab kau pun tahu kan, aku psycho?



p/s:  Kau jantung hati.

21 June 2010

Takde tajuk yang sesuai

Kau tak perlu memberi mesej seperti itu untuk membuat aku rasa bersalah. Sebab aku takkan. 

Kan aku dah cakap dari dulu, kita hanya mampu berkawan. Takde rasa itu dalam hati aku. Dan sekarang tolong berhenti dari memberi mesej mesej yang mengarut kepada aku.

Kau hanya akan lebih menjengkelkan aku. Ya, aku jahat. Tapi takkan menipu hati.

20 June 2010

Clueless

Pada satu ketika, boleh jadi sangat yakin.

Tapi pada waktu yang lain, wujud rasa tak pasti.

Memang akan selalu macam ni ke?

16 June 2010

Aku suka bila vol. 2

Aku suka.

Bila dia tanya aku soalan itu.

Tapi aku tak tau nak jawab macam mana.

14 June 2010

Menyampah aku

Yelah.

Kau hebat. Kau banyak pengalaman.

Tapi tolong lah. Jangan bagi bad impression of someone to others.

Mungkin kau pernah mengalami pengalaman buruk dengan seseorang, tapi adalah sangat tidak adil untuk kau bercerita mengenai keburukannya kepada orang lain sebelum mereka sendiri mengalaminya.

Let them experience it themselves. And let them judge.

Dan lagi.

The world does not revolves around you, alone.

12 June 2010

Teguh

Mata kadang kadang ada tersasar.

Tapi hati tak pernah berpaling.

03 June 2010

If you have to let go

Kadang kadang kita terperangkap dalam satu kenangan, yang mana kita harap kita mampu untuk terus hidup dalam kenangan itu.

Dan kita dah terlalu lama tinggal di situ hingga kita lupa apa yang ada di sekeliling.

Kita abaikan siapa yang mengambil berat. Kita buta pada yang memandang.

Kita tak mampu nak lepaskan walau telah lama berlalu.

Yearning for the past, hati kau akan lebih sakit. Sebab kau takkan mampu untuk berpatah balik.

Walau segigih mana kau mencuba.

If you have to let go, just let it go.

01 June 2010

Aku suka bila vol.1

Aku suka.

Bila dia membuat aku melihat sesuatu dari sisi berbeza.

Itu adalah hebat.

26 May 2010

Tanpa tajuk

Kalau aku cakap aku suka, maka aku suka lah. Bila aku meluahkan perasaan, maka itulah yang sebenarnya.

Kalau aku kata benci, memang aku sedang benci. Kalau aku kata aku sayangkan kau, kau tak perlu ragu walau se mikromilimeter pon.

Sesiapa yang kenal aku, mesti tahu. Kalau tak suka, memang nampak di muka. Aku tak reti nak marah, benci, tapi di muka manis macam di tabur gula.

Sebab itu aku cakap, bila aku tak suka, it  shows. Terpulanglah pada penerimaan kau.

.
.
.

Dan.

Untuk kau.

Aku sayang kau bermula dengan kosong. Jadi kalau satu hari nanti, kau kosong kembali, maka aku tetap sayang kau.

Aku sayang kau bermula dengan kosong. Dari setiap sudut pun.

Aku tetap sayang kau, bermula dengan kosong.

Sehingga jadi penuh.

24 May 2010

Suka suka

Cerita pasal Sabtu. Keluar dengan Fasha, kawan aku yang sangat nice dan cantik juga. Merayau rayau tengok sale, ya hanya tengok sahaja sebab duit dah tabur kat benda lain. Dehh.

Tapi berkenan dengan satu kasut, dengan harapan nak sambar malangnya takde size. Sakit hati. Malang ke nasib baik? Sebab dah selamatkan aku dari menderma duit lagi? Hmm.

Sempat jugak tengok movie, Andartu Terlampau. Untuk gelak gelak, ok. Dan untuk lelaki menjamu mata, pun ok. Nak review pun tak reti, baik tengok sendiri. Tapi ada satu ayat yang keluar dari mulut si Nik Melati Sukma tu yang terngiang ngiang je. Lebih kurang macam ni lah bunyi dia,
Adakah anda sanggup menjadi isteri kedua(tiga, empat) atau berkahwin dengan lelaki yang salah semata-mata kerana takut dengan gelaran andartu oleh masyarakat?
And this, seriously put me into deep thinking.

Ah. Malas nak menulis sekarang. Nanti nanti lah aku ulas apa yang aku fikir tu.

Apa pun, aku pokai sekarang.

Ya. I am broke, and i am not happy. Ada siapa siapa yang  berbaik hati menaja saya?

 Ehem. Brader mok, lu ada terasa nak sapot gua tak?

21 May 2010

Cinta gila vol. 2

B cakap B tak boleh long distance relationship. B nak juga ada orang di samping nya.

Di situ, B jumpa C. Budak lagi. Muda dua tahun dari B. Tapi sebaya A, kawan baiknya.

B tinggalkan boyfriend nya yang jauh di kampung halaman tu. Tiap kali bila dia telefon, A lah yang kena tolong jawapkan. B kat tandas lah, dah tidur lah. 

B bercinta dengan C. 

Asalkan B happy, A ok je. Tapi A dah mula rasa lain macam.  Kenapa bila time nak dating, B pula yang pergi jemput kat asrama C. Naik motor. Ok. Kalau sekali sekala mungkin A boleh terima, walaupun nampak weird di situ. Tapi ni dah banyak kali. 

Seorang perempuan, pergi ke asrama lelaki, naik motor, untuk menjemput seorang lelaki. Pergi dating. 

C pun ada motor, kenapa dia tak pick B? Yang A risau bila B dah hantar C balik, B pulak yang naik motor sorang malam malam.

Takpe lah. A biar je dulu. 

A dan C pun bercinta macam heaven. Keluar tengah hari malam baru balik. B pesan kat A kalau dia misscall tolong buka pintu. Ok la. Takpela. Mungkin B bahagia kan tengah bercinta.

Tiap kali PTPTN keluar, diorang pun berdating tak ingat rumah. Yang buat A rasa marah dan fikir B ada sikit bangang, bila B bagi duit PTPTN dia tu pada C. B cakap kesian dengan C. Dia budak dip, PTPTN tak banyak sangat. 

Lepas tu B tak cukup duit, B pinjam dengan A. Telefon ayah nya di kampung juga minta kirim duit. 

Oh.

20 May 2010

Terus terang

Aku nak jawab soalan Incik Ini berdasarkan post dia yang ini, walaupun aku hanyalah seorang perempuan yang separa berani. Dan pernyataan dia yang ni adalah sangat best (ke betul). Haha.

"Jika seorang lelaki mempunyai niat untuk berpoligami,
itu menunjukkan dia berlaku curang kepada anda kerana;
jika tiada perempuan lain dalam hidup mereka,
mereka tidak akan pasang niat untuk berpoligami,
sebab perasaan sayang tidak akan wujud tanpa perhubungan terlebih dahulu...
kecuali untuk yang gatal nak ringan-ringan."
(Mantot,2010)

 
SOALAN 1
Apakah tindakan terbaik untuk seorang lelaki menceritakan kepada anda mengenai kecurangan/niat berpoligami dia?


Jawapan : a. Lelaki berterus terang,panggil anda,duduk dan buat air.Kemudian mulakan perbualan dengan,"Yah,abang ada benda nak cakap ni..pasal slot isteri abang yang kosong tu,abang dah jumpa calon untuk satu slot."

Aku fikir, baiklah dia berterus terang, slow talk dengan aku dari aku kena tipu hidup hidup atau aku sendiri dapat tau dari orang lain, ataupun kantoi depan mata aku. Memang nak kena. Kalau cakap baik baik dengan aku, bagi aku paham, mana tau kot aku boleh terima hidup bermadu ni ye tak? Kah kah kah.


 SOALAN 2
Jika lelaki itu tidak dapat menerima yang anda tidak rela dimadu/diduakan,apakah tindakan yang perlu dilakukannya untuk memulihkan keadaan?


Jawapan : c. Lelaki itu melakukan sembahyang Istikharah moga-moga dapat petunjuk siapa yang perlu disingkirkan

Haha. Antara semua jawapan aku pilih yang ni lah. Apa pun, bila semua jalan usaha dah buntu, pada Tuhan juga lah kita meminta kan. Jodoh pertemuan pun di tangan Tuhan. Selepas tu, pandai pandailah buat keputusan yang terbaik dalam hidup sendiri. 


SOALAN 3
Jika anda perempuan,apakah cara yang lebih baik untuk anda tahu mengenai kecurangan pasangan anda?


Jawapan : a. Lelaki itu beritahu secara ikhlas

Mestilah bagi tau secara ikhlas, tapi sebelum curang. Sebelum apa apa yang tak sepatutnya terjadi. Kalau dah curang lepas tu barulah ikhlas nak bagitau aku apa jadah nya. Aku rasa takde siapa pun dalam dunia ni yang mahu atau suka di tipu. Walaupun dengan alasan tipu sunat. Kalau berterus terang, aku boleh terima dan bagi kau sendiri yang buat pilihan. Ok?


SOALAN SERIUS
Jika pasangan anda sudahpun curang dan telah memungkiri kesetiaan anda pada dirinya,adakah anda mampu menerimanya semula? Adakah anda mampu menerima seseorang yang pernah menipu anda walaupun dia suami anda ataupun bofren paling hensem yang pernah anda dapat?

Jawapan : Tak mampu. Maaf. Kan aku dah cakap awal awal, kena berterus terang. Bagitau aku walaupun benda tu menyakitkan hati. Jangan tipu aku. Tu je. 


Apa pun, cuma nak kongsi sesuatu yang aku baca dari blog ini, dengan entri nya yang juga membuat aku tersenyum.


"Seorang isteri, kalaulah dia tahu sebesar-besar ganjaran yang Tuhan akan beri di akhirat kelak, kalau dia dengan rela hati mengizinkan suaminya berkahwin lebih dari satu, nescaya dia akan letakkan parang tajam di leher suaminya dan berkata "Aku nak kau kawin tiga sekaligus sekarang jugak"

Suka?

"TAPI, kalau seorang suami tahu seksa, aib dan azab yang Tuhan akan balas di akhirat nanti kalau dia tak berlaku adil walau sekalipun dan walau sedikit pun terhadap salah satu isteri-isteri yang dinikahinya, nescaya dia akan menyembah dan memegang kedua-dua kaki isterinya, terberak2 dan terkencing2 sambil merayu "Tolong jangan benarkan aku mengambil sesiapa lagi sebagai isteri, melainkan kau seorang."

Renung renungkan, dan selamat beramal.



Takde kerja betul dok menulis blog time time ni. Memang nak kena maki.

Batas

Kau kena paham.Walaupun aku ni cepat mesra. Boleh

Aku - kau
Gua - lu
Aku -hang
Saya - awak,
Dan macam macam kata ganti nama yang lain, tapi aku jugak adalah seorang perempuan ok. Aku masih letak batas dalam setiap kata kata dan pergaulan aku.

Kau tak boleh lah nak cakap cakap guna perkataan perkataan tak bagus atau nak open sangat dengan aku. Aku ramah ramah pun bukan lah bermaksud kau boleh tahu semua pasal aku. Aku tidaklah sangat terbuka seperti yang kau sangka, ok.

Lebih lebih lagi aku tak rapat dan baru je kenal dengan kau. Kau ingat aku suka?

Memang lah aku mesra ramah. Tapi sekali kau dah buat macam tu, lain kali kau cakap dengan tangan saje lah.

Ok?

18 May 2010

Sentap

Bila ayah cakap.

Jalan syurga bila ikut semua perintah Allah. Bukan nyanyi je.


Sebab aku obses memekak mekak nyanyi lagu Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta .

17 May 2010

Saya seorang yang hebat. Anda takkan menyesal punya.

Sesetengah orang boleh menipu untuk buat orang lain kagum.

Terutama dengan tujuan untuk impress seseorang yang telah di target.

Serius.

Tipu sunat?. Heh.

Contoh. Merely an example.

Macam seorang perempuan yang nak tekel boifren.

Saya suka masak. Saya pandai masak.

Eh. Saya pandai masak tau. Sambil sebut sebut nama masakan yang hebat hebat dan tersipu sipu malu.

Tapi hakikat.

Sebenarnya kau masak pun tunggang terbalik dapur. Atau kau nak jejak dapur setahun sekali pun payah. Atau kau cuma pandai masak nasi guna periuk karen, masak megi pelbagai perisa atau pun masak telur goreng semata. Haih. Cakap kat diri sendiri ni.

Tak boleh ke cakap. Saya memang tak pandai masak. Tapi insyaAllah saya akan belajar memasak dan memahirkan diri. Macam tu. Boleh?

Ya.

Semua orang pun macam pernah/mungkin buat macam ni. Termasuk aku. Situasinya mungkin lain. Tapi tujuan tetap sama. Nak dapatkan penilaian yang baik?


*Teringat.

Seorang minah yang beri pada bf dan mak nya cheesecake. 

Sukanya bila diorang puji kek tu sedap. Bangga. Cerita sama aku.

Aku respek pada niat kau nak mengambil hati orang tua tu. Ada usaha di situ. Patut di puji. Tapi perlu ke kau cakap dekat bf kau dan mak dia kau yang buat kek tu?

Yang kelakarnya bila kau telefon aku. Panik panik cakap mak bf kau ajak datang rumah. Minta tolong ajarkan dia cara buat kek tu.

Kan kau dah kelam kabut. Hah pandai pandailah pergi belajar dekat orang yang kau tempah kek tu. Make sure rasa dia sama. Ok?Haha. Tau tak cheese pun ada banyak jenis dalam dunia ni?


 ---------------------------------------------------------------------------------------------


First impression itu penting? Mungkin. But it wont last. Kadang kadang itu hanyalah penyamaran sesumpah.

16 May 2010

Bintang bercahaya

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Tahajjud Cinta

14 May 2010

Tak paham vol. 1

Perkara yang tak di fahami lelaki pasal wanita. Ter bump into this masa godek godek internet. Meh aku bagi jawapan, tapi dari sudut pandangan aku je la, bukan mewakili semua.



“I don’t get why girls say one thing and mean something different. Like when they say, ‘You can watch the game,’ and then when you do, you get in trouble.”

 A : Biasa la ni. Sebab dia tau kau suka benda tu, tapi dia tak. Nak bagi nampak macam menyokong apa yang kau buat, tapi sebenarnya tidak, ok. Reversed psychology la ni. Cakap terang terang kang kau mengamuk pulak.



“What I don’t understand is why girls really, really, really want that nice guy, but once they find one, they can’t date him because now they need a jerk.”

A :  Saje nak test market, orang baik sudi terima tak. Kih kih. Tapi orang baik tak fun to be with. Nak kahwin kang baru cari orang baik balik. Hahaha.



“Why do girls not like other girls when they first meet them? It’s as if they have to prove themselves to each other before they’ll consider them acceptable to hang out with.”

A :  Oh ni kira rasa macam intimidated la ni. Lepas tu kena cari pula keserasian. Friendship orang perempuan tak sama dengan lelaki you know. Friendship perempuan dipengaruhi emosi. Kata la dia bergaduh dengan kau hari ni, mungkin tahun depan baru dia tegur kau balik. Itu pun kalau dia nak berbaik balik la. Kalau tak, cakap dengan tangan saje.



“I don’t understand why women can’t just speak more directly. They always want you to do something, but they don’t put it in words. Instead, they talk around the issue. I wish they were more up front and just said it!”

A : Biasa la perempuan ni dia banyak tersirat. Tu yang belit belit sikit. Kata makhluk yang kompleks kan. Cara pemikiran pun beza antara lelaki dan perempuan. Sometimes perempuan lebih deep, lelaki more to surface. Sebab tu sekecil kecil isu, boleh jadi besar. Tapi, kalau kau nak cakap direct direct, pergi lah cakap dengan lelaki.



Tajuk dia aku memang takde kerja dok menjawab soalan soalan ni.

Merepek betul.

13 May 2010

Perangkap

Kau cantik. Kau menarik. Kau memang da bomb. Kau wanita dambaan pilu setiap lelaki.

Bila hati kau jatuh pada dia, mesti frust gila lelaki lelaki yang memuja kau. Kesian. Mesti diorang meraung.

Seorang lelaki tua, yang umurnya dua kali ganda dari kau. Kau cakap usia hanyalah sekadar angka.Apa yang penting kau dan dia sama sama cinta.

Kau sanggup, walaupun kau bukan yang pertama. Kau kata hanya dia yang mampu mengetuk pintu hati.

Tapi pernah kau fikir. Hati yang satu lagi?

Tiba tiba aku rasa lagu Awas - KRU memang diciptakan khas untuk kau.

Longitud, altitud, latitud? Apakah?

Aku memang lemah dengan koordinat.  Kalau altitud mungkin ok lagi. Serius. Orang orang yang selalu berjalan dengan aku tu, memang dah paham sangat.

Macam hari tu.

Boleh tak, keluar keluar dari kedai je, tak ingat aku park kereta kat mana? Ke aku ni ada penyakit alzheimer?

Kalau bab jalan lagi la. Tak guna ada aku sebagai co pilot. Haha.

Kesian orang orang yang terlibat.

12 May 2010

Cinta gila vol. 1

Kau cakap.

'Korang semua tak kenal dia. Aku je yang kenal dia macam mana. Aku faham perangai dia macam mana. Walaupun korang kata perangai dia tak baik, nak ambil kesempatan kat aku, tapi aku tau dia tak macam tu. Aku tau dia sayang aku.'

Aku jawab. Ok.

Ye lah. Cinta tu pun memang tak masuk akal kan.

11 May 2010

Sebelum kau datang

Sebelum kau muncul dalam hidup aku, aku ok je. Hidup aku normal. Aku jalani hidup seadanya. Tak ada apa apa yang nak di fikirkan pun. Tak ada aku kisah pasal siapa siapa.

Semenjak kau hadir, sedikit demi sedikit aku mula terbiasa dengan kau. Walaupun tempoh kedatangan kau ke dalam hidup aku tidak lah lama mana. Baru je lagi.

Tetapi.

Bila kau tak muncul, tak hadir dalam seminggu. Aku rasa sangat kosong. Masa aku macam mati. Hidup tak terisi. Serius. Betul ni.

Aku rasa macam sepi. Kenapa mesti jadi macam ni? Padahal sebelum ada kau, aku adalah seorang perempuan yang sangat independent. Come whatever, sunyi macam mana pun, aku masih boleh hidup. Yela sebab aku tidur je kan.

Kau mungkin tak tau. Malah aku fikir kau tak perasan pun. Yelah, begitu ramai orang yang mendampingi kau, memerlukan kau. Tak mungkin kau perasan dan faham hati seorang aku. Aku tau. Aku harus terima. Bila kau ada pekerjaan dan tanggungjawab yang macam tu.

Lagi pun siapalah aku untuk kau. Tak mungkin kau sanggup mengorbankan yang lain semata mata untuk aku. Aku pun bukan siapa siapa. Tak setanding dengan mereka yang sentiasa teguh untuk merebut hati kau. Tak setaraf dengan mereka yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kau.

Tapi. Aku dah tak sanggup lagi. Aku tak tahan bila kau asyik bersama yang lain. Sedangkan aku kau biar seorang terkontang kanting. Aku tak boleh terima. Aku fikir aku mesti mendapatkan kau kembali. Mesti mencuba sedaya upaya untuk merebut kau. Harus.

Dan semalam. Aku telah pun berjaya. Kau datang semula kepada aku. Setelah aku berkorban wang. Aku bayar separuh je la janji kau boleh jalan.

Broadband.

Akhirnya. Kau dan aku bersatu kembali.

Tunggu sampai kena block balik.

10 May 2010

Benda asing

Demam. Dah lima hari. Nak tak nak kena juga pergi klinik. Kena pula ambil darah sebab demam dah lebih dari tiga hari.

Oh!!!!!

Sebab ni lah aku malas pergi klinik. Ni pun aku pergi sebab dah kena paksa dan nak ambil surat MC. Kalau tak, jangan harap aku nak jejak kaki ke klinik.

Ok.

Bila nak ambil darah mesti guna jarum. Bab masuk jarum dalam tubuh badan ni yang aku lemah. Aku tak boleh terima kenapa ada benda asing kena masuk dalam badan? Bukan sebab aku ni penakut cewahh , tapi aku ni tak immune dengan rasa sakit.

Sebelum turn aku ada sorang budak lelaki yang kiut. Mungkin umur dalam 4-5 tahun. Comel sangat. Di teman oleh bapak nya. Nak ambil darah jugak. Muka dia agak takut takut tabah nak kena cucuk. Tapi ok je sepanjang proses. Muka je ada sikit kerut.

Ok. Tiba time aku. Baru start cucuk aku dah menjerit. Sakit woo. Serius sakit. Terutama bila darah kena sedut. Mungkin rasa kena sedut vampire lagi sakit? Ok aku merepek. Tekan tekan tangan konon tak nak bagi sakit. Nurse ada sikit senyum sumbing. 

Dan.

Budak sebelah aku dah pandang mak dia cebik cebik nak nangis.

 Sorry dik. But it really hurts.

04 May 2010

Sendiri menjaga hati

Aku pernah mengalami satu fasa yang sangat shit di zaman aku belajar dulu. Yang mana pada masa tu boleh dikatakan aku langsung tidak menjadi diri sendiri.

Satu masa di mana kau perlu menjaga hati orang lain, tapi hati sendiri di tong sampahkan. Bila mana kau terlalu concious sangat dengan apa yang orang lain fikir pasal kau, dan kau bertindak untuk memuaskan hati semua orang, yang mana kau tau yang kau takkan mampu. Akhirnya yang jadi mangsa adalah diri kau sendiri.

Konon takut takde kawan. Konon takut tak boleh survive seorang. Bangang. Padahal kalau di fikir balik, kalau kau seorang pun tak jadi masalah. Bukan untuk menidakkan kepentingan berkawan, tapi kalau kawan yang keliling kau tu adalah dari jenis manusia babi, aku rasa kalau duduk terbuang pun tak apa.

Serius. Bila kau satu, kau tak perlu nak berpura pura membuat sesuatu yang kau tak suka, semata mata nak mengambil atau menjaga hati orang lain. Kau juga tak perlu berpura sukakan sesuatu yang padahal kau tak boleh nak tolerate pun.

Aku pernah dikelilingi oleh mereka mereka yang menggelarkan diri mereka adalah kawan, tapi di sebaliknya mereka adalah penyumbang kepada kemusnahan hati aku. Ya. Bila kau berlakon kau kenal sangat dengan aku, tahu apa yang aku nak, dan bila sedikit demi sedikit kau mencampuri urusan hidup aku, mengambil kesempatan, mula mempengaruhi aku untuk membuat keputusan dan bertindak untuk mengawal hidup aku. Ya. Macam babi.

Ya. Mungkin orang akan cakap. Kau sendiri yang tak pandai memilih kawan. Dah tau macam tu kenapa nak kawan lagi, kan? Ya aku bodoh. Aku fikir mungkin aku terlalu jahil.

Dan aku telah eliminate mereka dari hidup aku. Yang mana aku tak mahu ada kena mengena langsung pun dengan mereka. Walaupun ada yang cuba menghubungi aku konon untuk menyambung balik persahabatan. What the fuck. Ya, aku boleh maafkan tapi untuk aku lupa, sorry. Aku takkan bagi peluang untuk hati aku disakiti dan dijajahi  buat kali kedua. Untuk mereka datang balik memperkotak katikkan aku.

Aku rasa. Cukup cukuplah.

Mungkin ada yang cakap aku asyik menuding jari menyalahkan orang lain, tapi sendiri yang tak tahu apa yang aku nak dalam hidup. Sendiri yang menyusahkan. Memang aku mengaku. Apa yang boleh aku cakap adalah aku memang BODOH.

Kalau boleh di putar masa, memang aku nak lebih menjadi diri sendiri. Sebab mungkin sepanjang masa tu, aku telah banyak meyakitkan dan mengabaikan orang lain. Atas kebodohan sendiri. Tapi nak kata aku menyesal sebab melalui semua tu, mungkin tidak. Sebab bagi aku itu pengalaman yang akan membentuk aku.

Dan sekarang aku menjadi manusia yang sangat reserved, yang mana itu juga adalah tidak baik untuk diamalkan pada waktu tertentu, ok. Aku fikir mungkin sebab aku terlalu berhati hati. Maaf pada mereka yang terkesan.

Tapi percayalah, tak ada orang lain yang lebih memahami hati kau sendiri, melainkan kau. Peduli lah dengan mereka mereka yang claim sebagai kawan, tetapi tak pernah nak menerima kau sebagai kau. Dan mungkin dalam masa kau sibuk menjaga hati kawan, ada hati yang lain yang kau abaikan.

Yang paling penting sekarang adalah menjaga hati sendiri. Dan ya. Sayang diri sendiri. Sebab kalau kau tak boleh nak menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, macam mana kau mampu nak sayang orang lain.

Betul tak?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan senang nak dapat kawan yang memang adalah kawan dalam erti kata yang sebenarnya. Walaupun kau kenal dia daripada kecil lagi , sebab manusia boleh berlakon sepanjang hayat dia. Dan bila secara tiba tiba kau mendapat tikaman dari belakang, tanpa sebarang warning, effectnya adalah seperti kau mendapat tumbukan Kame Hame Ha. 

Tapi aku fikir kau tabah, kan kawan?

03 May 2010

Sesuatu yang begitu mudah. Tetapi begitu sukar.

Mudah untuk menerima sesuatu.
Sukar  untuk memberi sesuatu.

Mudah untuk menemukan sesuatu di buku telefon.
Sukar untuk menemukan isi hati seseorang.

Mudah untuk mencari salah orang lain.
Sukar untuk mengakui kesalahan diri sendiri.

Mudah untuk mempamerkan kemenangan.
Sukar untuk berjiwa besar menerima kekalahan.

Mudah untuk mengkritik sesiapa saja.
Sukar untuk memperbaiki diri sendiri.

Mudah untuk bermimpi setiap malam.
Sukar bertarung untuk sebuah impian.

Mudah berdoa setiap hari.
Sukar untuk mendapatkan rahmat Tuhan.

Mudah untuk menyakiti orang yang kita sayangi.
Sukar untuk menyembuhkan luka di hatinya.

Mudah untuk melupakan seseorang.
Sukar untuk mengucapkan perpisahan.

Mudah untuk mengatakan cinta.
Sukar untuk merealisasikannya setiap hari.

Down

Secara keseluruhannya, mood aku pada minggu lepas berada di tahap paling bawah.

Please lah. Jangan tunggang langgang kan emosi aku.

30 April 2010

Cantik tak?

Semalam. Lepas balik kerja, aku terus mandi. (Tipu. Lepas bergayut telefon baru mandi) . Aku keluar keluar bilik air aku nampak adik perempuan aku.

Dia tengah tengok tv. Dok tergolek posing ala ala singa laut. Ya. Dia tengah mengandung sekarang hasil dari perkahwinan dia lah.

Aku perhati muka dia  macam ada sikit pelik. Oh. Dia mekap. Aku pun sound dia.

'Yang kau ni kenapa dah macam orang tak berapa centre aku tengok? Mekap petang petang dalam rumah ni? Kau takde kerja ke? Dengan mulut merah merah, maskara tebal tebal?'

Serius aku nampak dia macam pelik. Sebab dia jenis jarang mekap. Lepas tu dia cakap 'tapi aku mekap cantik kan? tak mekap cantik, mekap lagilah cantik'.

Aku jawab. Banyak lah kau punya cantik. Dah lah kau kebas barang aku. Kalau nak keluar takpe juga. Ni duduk dalam rumah je. Mental ke apa budak ni.

Tapi bagi aku memang dia cantik pun. Sweet. Dalam hati jela aku mengaku. Nak mengaku depan dia jangan harap la kan.

Aku pun cakap kat dia. Ni mesti kau nak dapat anak perempuan ni. Melawa sakan. Kalau macam tu, bagilah nama Nur Syawalina ke, Aidila Fitriah ke.

Sebab due date dia dijangka meletup dalam bulan raya. Wah dalam hati best dapat jadi Mak Teh. (Sebenarnya Mak Ngah tapi sebab aku putih sikit dari adik beradik aku, aku dah cop nak anak anak buah panggil Mak Teh)

Ok lah. Aku bukan nak cakap pasal anak dia sebenarnya.

Yang aku lawak tahap pecah perut.

Bila laki dia balik kerja tengok muka dia, terus cakap ' ni apa macam orang gila mekap mekap ni?'

Hahahahahaha. Aku dengan mak aku sesak sesak nafas tahan gelak.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------


Moralnya di sini ialah wahai para suami, jagalah hati isteri anda, lebih lebih lagi time dia tengah mengandung. Walaupun die mekap macam lotong cakap je lah cantik. Pembawakan budak tu. Kah kah kah.

29 April 2010

Beruk

Korang ada broadband? Aku ada. Ceh. Macam aku sorang je yang ada. Bukan apa aku ambil broadband ni bagi senang aku nak ber online. Ya. Tajuk dia aku memang takde kerja.

Tapi broadband aku ni selalu buat hal. Sebab tu aku panggil dia berukband. Lembap boleh tahan. Kang kejap kejap no service. Mana aku tak angin.

Yang buat aku bengang. Hari tu dia buat hal. Modem tak boleh detect. Asyik 'no device no device' kata dia. Aku pun cabut masuk balik. Cabut masuk balik. Macam tu juga. Aku dah rasa angin naik satu badan.

Malam. Aku bawa pergi kat centre yang aku beli berukband ni. Boleh pulak dia suruh aku datang esoknya. Bawa laptop sekali. Eh. Ini dah lebih ni. Aku tanya kenapa pulak aku yang kena bawak laptop aku. Korang takde PC sendiri ke?

Dia jawab 'PC kitorang rosak lah kak. Tengah hantar repair. Esok lah kak ya, akak datang. Bawa laptop sekali.' Sambil buat muka sengih sengih dia. Dalam hati cakap patut ke tak aku hempuk kepala dia?

Aku tanya. Ni kalau dah betul betul rosak ni korang boleh ganti tak? Dia jawab boleh. Aku rasa ok sikit.

Dalam hati wah boleh dapat yang baru. Tapi aku maintain buat muka kejang depan diorang. Ye lah kang diorang ingat memang aku dah rosakkan lepas tu nak minta ganti yang baru pulak.

Aku pun komplen lah cakap dah selalu jadi macam ni. Banyak gak lah aku komplen. Sambil buat muka tak puas hati.

Tapi aku tak datang pun esok tu. Malas aku nak mengangkut laptop. Tapi aku pergi the next day nya. With no laptop.

Aku sampai sampai je (dengan muka kejang) terus dia keluarkan modem yang baru, masukkan sim card aku dari modem yang lama then bagi kat aku. Aku tanya. Eh ni yang baru ni memang boleh dapat terus ke apa? Takyah nak check check yang rosak ni dulu?

Ok. Rupanya PC dia takde lagi. So dia bagi je lah aku yang baru terus. Wah. Hebat. Dalam hati aku cakap mungkin muka kejang aku memang berkesan.

Tapi kan. Aku rasa dia rosak pun mungkin sebab aku pakai ganas sikit kot. Tapi masih nak salahkan diorang punya produk tak elok. Takpe asal dapat ganti yang baru. Haha ada sikit syaitan di situ.

Semalam. Dia buat hal lagi. Aku dial dial tak boleh.  Banyak kali. Memang time tu rasa macam nak run amok je.

Tapi.

Tiba tiba aku teringat. Eh? Kenapa aku rasa selama aku pakai benda alah ni, aku tak pernah pun bayar bil dia?

Ok.

Sekarang ni siapa yang beruk?

28 April 2010

Kau ada ke?

Sekarang orang berlumba lumba pakai hp yang canggih canggih. Blackberry, i phone, you name it.

Makin mahal, makin banyak la function. Baguslah untuk orang orang yang selalu bz, yang kadang kadang takde masa nak duduk depan pc nak online ke, atau nak tengok kalendar nak buat reminder dan macam macam lagi la. Korang pakai hp canggih korang tau la apa function dia kan.

Budak budak sekolah pun dah pandai pakai hp ni. Bertuah betul. Masa zaman aku sekolah dulu, jarang nak dapat tengok budak budak pakai hp.

Ye lah masa tu pun hp ni dah kira sesuatu yang expensive, yang mana orang orang yang mampu je yang boleh pakai. Dan hp zaman tu pun tak lah canggih mana, hanya function yang basic basic saja. Rupa paras pun tak memberangsangkan sangat, bak kata kalau buat baling anjing pun, mesti dia pengsan sekejap. Tapi kenapa time tu aku tengok nokia 3310 sangat appeal menggoda jiwa raga?


Tapi. Hp sekarang adalah satu keperluan ya, bukan lagi alat nak menunjuk nunjuk. Walaupun kau pakai hp tahap super ortodoks. Tapi ramai jugak la yang menunjuk bila pakai hp mahal. Aku dengki ke ni?

Ok lah.

Bagi orang ortodoks macam aku ni, hp guna untuk buat call dan sms. Nak ambil gambar atau mms tu, rasanya tak de la penting sangat. Sebab tu pakai hp cokia pun boleh hidup lagi. Padahal cakap je lah kau takde duit nak beli hp mahal mahal. Hahaha

Sebenarnya motif aku nak cakap semalam hp aku masuk air. Screen dah jadi kelam kelam kelabu sikit. Tapi masih boleh pakai lagi. Ni lah kelebihan pakai hp bodoh bodoh. Cuba kalau yang masuk air tu blackberry atau i phone atau yang sewaktu dengan nya. Mesti mampus time tu jugak. Hahaha.

Tapi.

Yang paling menyengat.

Adik aku cakap handphone dengan tuan dia sama je. Dua dua pun masuk air.

Cis.

26 April 2010

Silence

Boleh tak.

Untuk sementara waktu ni, jangan muncul depan aku. Bukan aku benci kau. Tapi aku tak boleh nak tengok muka kau lagi. Buat masa sekarang la.

 Bila kau buat macam takde apa apa jadi. Tapi sebelum tu kau dah calar calarkan hati aku. Selamba badak kau datang sengih sengih depan aku.

Sekarang ni. Bagi aku cool dulu.

Nanti kalau aku dah ok. Aku pergi cari kau. Aku sengih sengih depan kau balik. Ok?

Rapuh

Kita selalu anggap apa yang kita fikir adalah betul. Selalu anggap orang lain takkan paham apa yang kita rasa.

Sehingga lah kita disedarkan oleh seseorang dengan pemikiran yang berlainan. Dan setiap kata-katanya itu memang betul. Tak boleh disangkal langsung.

Kita mula tersedar, tersentak.

Rupa-rupanya memang rapuh pemikiran kita. Tertanya kenapa kita tidak menilai sesuatu dari sudut yang berbeza. Kenapa masih tidak dapat membuang sifat ego itu. Sifat yang menganggap semuanya kita betul.

Bila dah tersentak, mula terdiam. Malu.

Terima kasih. Kerana menyedarkan aku.

25 April 2010

Secret affair

Ada terbaca dalam status seorang kawan dalam fb. Dia tanya, adakah bila seorang kekasih tidak berkongsi personal matter atau kehidupan peribadi, contohnya seperti handphone, bermakna kekasih kita tidak sayangkan kita?

Menarik juga. Banyak dah isu pasal ni sebenarnya. Dan pendapat aku mungkin sama dengan pendapat sesetengah orang.

Pada aku.

Yes, there are some moments yang harus dikongsi bersama. Kalau tak apa guna kau berada dalam sesebuah relationship kan. Baik duduk sorang sorang.

Tapi.

Itu tak bermakna semua perkara harus dikongsi bersama, lebih lebih lagi kalau ia adalah berkenaan rahsia peribadi.

Bagi aku, setiap orang ada perkara yang dia tak mahu orang lain tahu, kecuali diri dia sendiri. Bukanlah sebab dia tak jujur, tapi kerana ada sesuatu perkara tu adalah lebih baik dibiarkan sebagai private atau rahsia.

Ada masa masa tertentu, kita nak bersendiri. Ada masa masa tertentu juga, kita rasa hanya diri sendiri yang boleh memahami. Tapi tu bukanlah bermakna kita dah letakkan diri dia jauh dari hidup kita, atau tak sayangkan dia, atau merasakan dia tak penting.

Aku percaya, bila kita dah menganggap seseorang sebagai orang yang terpenting dalam hidup, maka dia telah mengambil dan memenuhi  satu ruang dalam hati.

Dan mengambil hp sebagai contoh. Pada aku, semata mata sebab your lover tak bagi cek hp, tak bermakna dia tak sayangkan kita. Janganlah cepat sangat berfikiran negative syak kot kot dia ada skandal lain atau ada sesuatu yang dia sorok.

Kau nak cek hp dia, does it mean that you dont trust him? Bagi aku sesebuah perhubungan itu adalah berasaskan kepercayaan. Bila kau dah hilang rasa percaya pada dia, maka perhubungan itu dah jadi tak bermakna. Bila kau dah hilang rasa percaya, dalam minda pun akan terfikir banyak perkara yang bukan bukan. Tak ke letih?

Dan lagi. Bila semua perkara pun kita nak ambil tahu, tak ke rasa yang kita dah kongkong kehidupan peribadi dia? Ya, sedikit rasa syak atau berhati hati atau cemburu itu adalah perlu, tapi tak perlu sampai terlalu over sampai everytime jumpa, nak buat spotcheck.

Ada yang bagi pendapat, kalau si dia tu betul betul sayangkan kita, mesti dia tak kisah nak share semua benda dengan kita. Yelah setakat tengok hp, takkan tak boleh. Ke ada rahsia? Skandal?

 Dan ada yang kata. Bila bagi muka sangat, nanti bila si dia dah tinggalkan kita, bila dia dah kena rampas dengan orang lain, baru padan muka. Barulah melopong sebab percaya sangat.


 Aku tak akan kondem pendapat orang.

Tapi pendapat aku. Bila kita terlampau syak, tidakkah itu menunjukkan kita tidak yakin dengan perhubungan yang di bina tu? Atau tidak yakin pada pasangan? Atau tidak yakin pada diri sendiri?

Dan.

Kalaulah. Kalau. Perkara yang ditakut takutkan tu terjadi, bukankah sebab dia yang tidak pandai menghargai kepercayaan yang kita beri? Dia yang tak jujur kan. Dan orang macam tu, dia pergi pun takpe. Sekurang kurangnya kita dah tahu sifat dia.

Diri aku. Setakat ni, tak pernah pun aku cek hp dia. Bukan sebab aku tak ambil berat atau buat tak kisah. (bukan juga sebab aku tak kisah dia kena rampas dengan orang lain). I do care about him. A lot. Tapi sebab aku mahu masing masing ada ruang. Bukan sebab aku tak cemburu. Aku pun perempuan biasa. Rasa cemburu itu adalah normal. Cuma nya, aku percaya.

Jadi, sebagaimana aku percaya dia, aku harap dia tak memusnahkan kepercayaan aku.

Bagi aku, we have to give some space to each other. Sebab walaupun masing masing adalah pasangan kekasih, tetapi masing masing masih ada kehidupan sendiri.

Tapi jangan lah pula terlalu lurus bendul. Ingat. Sedikit perasaan curiga itu adalah perlu. Haha.

Tunggu

I'll keep waiting. Until you shows up. Masalahnya aku dah rasa tak tentu arah ni.

24 April 2010

Hanyalah sekadar ucapan

Kadang kadang kita tak ucapkan. Mungkin sebab kita lupa. Atau mungkin sebab rasa tak perlu. Mungkin juga sebab rasa mereka paham. (Paham paham sendiri macam tu). Walaupun hanya sekadar dua patah perkataan, tapi kadang kadang mampu memberikan seribu satu rasa. Gembira. Terharu. Dihargai.

Boleh juga jadi kayu pengukur menunjukkan sifat/personality trait seseorang. Tahu menghargai atau tidak. Berbudi bahasa atau tidak. Sopan santun atau tidak. (Tapi tak perlulah mengada ngada hipokrit. Ucapkan tak kena tempat) .

Yang penting adalah penghargaan kepada mereka yang selama ini berdiri teguh di sisi.

Terima kasih ~ mak ayah untuk semua
Terima kasih ~ adik beradik teman terajang berkongsi segala
Terima kasih ~ dia yang telah memberi rasa
Terima kasih ~ kawan kawan teman suka duka

Terima kasih ~ Tuhan atas segala penerima terima kasih yang di atas.


Kadang kadang tak terucap. Tapi dalam hati selalu ada. Terima kasih untuk kamu.

Kaku bisu

Ada satu ketika, bila kita bersama dengan orang tertentu, kita jadi bisu. Kaku. Macam tak reti  nak bercakap. Padahal, bila bersama dengan orang lain, kita lah manusia yang paling petah berbicara, gila, peramah riang ketawa semua. Kita seolah telah berubah menjadi orang lain. Padahal dalam otak ayat dah banyak tersusun ni. Tapi tak terluah.

Bukan sebab nak berlakon. Jadi secara automatik. Kadang kadang jadi gugup. Speechless. Kenapa? Adoi paham ke apa yang aku cub a nak terangkan ni?

Dan secara tiba tiba kau nak dengar hanya dia saja yang berkata kata.(bunyi kipas pun kalau boleh tak nak dengar)



Superhero dalam diri

Berapa ramai antara kita yang ada sifat seperti superhero?.  Bukanlah sifat dia yang boleh terbang ke laser guna mata ke kuat gila gila tembak tak mati ke. Tak payahlah berangan yang macam tu. Itu semua auta. Tapi sifat dia yang mahu membantu orang lain yang dalam kesusahan tu, yang sampai sanggup meninggalkan kepentingan sendiri. Yelah kang time tengah dating dengan awek, terpaksa tinggal kan kejap sebab ada kebakaran la, rompakan la. Atau terpaksa berlakon jadi geek semata mata tak nak reveal identiti diri sebagai superhero.

Tapi macam mana pun dia sanggup juga untuk melalui semua tu, atas nama kemanusiaan, membantu orang lain yang memerlukan. Tak ramai kan yang ada sifat macam ni. Program macam Bersamamu TV3 tu tak payah cakaplah.* Iklan sekejap* Apa jadah bagi derma tapi siap pose bagai depan kamera semua. Kalau boleh semua nak enterframe. Himpit himpit bagi dapat masuk dalam gambar. Tu cek tu. Apa perlu ke buat replika sebesar besar nak tunjuk berapa amaun yang di derma. Kau derma beras, betul betul sebab nak bagi diorang makan ke atau sebab nak promote syarikat supaya setiap kali iklan, boleh keluar jenama beras kau tu di mata mata rakyat Malaysia. Apa guna menderma tapi kau menunjuk nunjuk.

Yang ketua kampung, orang kampung pun time tu la tiba tiba jadi prihatin. Berbondong bondong datang tunjuk muka. Yelah masuk tv katakan. Kang dapat juga tumpang glamour, promote kampung atau menunjukkan yang kau tu prihatin kan. Padahal sebelum tu, lalu depan rumah pun tak sudi. Padahal sebelum tu kau tak tahu dan tak nak ambil tahu apa apa pun pasal dia. Kenapa pula bila orang tv datang kau jadi peramah bersalam salaman depan kamera? *Ok habis iklan. Kang ada yang kena saman*

Kadang kadang bila kita nak tolong orang lain, tak banyak sikit pon kita akan tanya balik. Apa yang aku boleh dapat in returns? Kalau aku tolong dia apa aku boleh dapat? Kang kalau tolong kang tak pasal pasal aku pula yang dapat susah? Contoh bila menderma. Kalau aku derma duit kang duit aku tinggal sikit la? Macam mana nak makan? Macam mana nak pergi shopping kawan kawan dah ajak?

Ada sesetengah tu pula yang lebih mementingkan apa yang orang lain kata, lebih dari kata hati sendiri. Kalau aku tolong nanti orang cakap aku nak tunjuk baik la, tunjuk lagak banyak duit la, nanti orang ingat  aku kaya lagi ramai minta duit kat aku? Pertolongan dari segi wang ringgit ni adalah salah satu contoh la. Banyak lagi contoh pertolongan yang lain.

Berapa ramai yang menolong sebab betul betul nak tolong? Takde niat lain memang nak tolong je. Bukan sebab nak dapatkan ganjaran ke, dapat masuk tv ke, dapat jadi anak menantu ke. Tu kena tanya hati sendiri la kan. Sebab kita je tahu apa niat sebenar. (dan Tuhan juga)

Tapi boleh cakap zaman sekarang ni, semuanya nak balasan. Apa yang kau beri, mesti ada ganti. Jadi tak kan rugi apa apa. Kalau tak, 'what you give you get back' la kan bak kata pepatah. Mana pergi sifat kemanusiaan dalam diri. Mana pergi ajaran agama yang kalau menolong harus seikhlas hati tanpa mengharapkan pembalasan? Dunia semakin maju, i guess? Sistem barter trade itu sudah semakin difahami? Is this the price we have to pay in the name of modernization globalization or whatever?

Apa rasa bila tolong orang? Rasanya semua tahu. Jom cari superhero dalam diri.


Nota hati : Ni semua sebab tengok Kick Ass malam tadi la ni. Cerita mengarut tapi ada mesej. Ok aku pun tergolong juga dalam manusia yang bersifat seperti di atas. Hati makin lama makin hitam.

23 April 2010

Itu wira aku

Kadang kadang (kalau ayah sihat),  sebelum pergi kerja, ayah mesti stand by luar rumah. Ok. Sebelum masuk kereta, ayah pesan. Bawak kereta elok elok, jangan laju laju. Bila nak start engine, ayah cakap start lama sikit. Bagi dia panas. Lepas tu ayah start bukak teori mekanikal dia. Bila nak gerak nak reverse, ayah jaga belakang. Ok. Bila boleh pusing, ayah tunjuk signal pusing guna tangan. Bila balik kerja, ayah dah ada kat luar. Tunggu. Bila nak parking, ayah tolong jaga. Kalau kena masuk kereta ke depan lagi, ayah cakap depan sikit. Ha sampai kat tiang ni baru boleh stop. Kadang kadang rasa nak gelak. Sebab ayah dah jadi macam penjaga parking. Opps. 

Malam malam, kalau terjaga sebab banyak nyamuk, cari ridsect kat luar. Ayah mesti bangun jugak. Tanya cari apa. Tolong cari sekali.  Lepas ambil ridsect, ayah pesan, sembur kat celah celah almari sebab nyamuk banyak menyorok kat situ. Ayah pesan suruh tutup tingkap, nanti nyamuk masuk. Kalau sejuk ke hari hujan ke ayah pesan tutup telinga. Selimut leher. Sebelum tidur suruh baca ayat Qursi, Al- Fatihah dengan 3 Qul.

Kadang kadang kalau ayah beli sarapan kat luar, mesti tanya nak makan apa. Nak nasi lemak ke mee ke roti canai. Setiap kali sebelum ayah makan, mesti ayah tanya aku dah makan ke belum. Lepas tu baru dia makan. Tapi aku bila tengah makan, nampak ayah baru nak tanya ayah dah makan ke belum. Teruk betul.

Setiap kali nak keluar, ayah tanya nak pergi mana. Pesan jaga diri elok elok. Bawak kereta elok elok. Walaupun anak dia ni keluar tengah malam. Ayah cool. Mesti sebab dia faham anak dia tak kan buat perkara tak baik kan. Ceh. Ke sebab taknak anak dia ni muka masam.Aku kan pemberontak.

Ayah selalu ingatkan macam macam. Ayah dah jadi reminder. Bila lesen ni mati, bila kereta nak kena service, bila nak kena renew road tax. Semua tarikh yang penting ayah bulatkan dalam kalender dia.

Bila naik kereta dengan ayah, ayah cakap bawak slow. Jangan laju laju. Kalau boleh limit 80 km/j je. (tapi dia tak tau aku selalu aku bawak macam hantu). Lagi satu kat trafik light kena slow. Biar kita boleh stand by. Bila ada trafik light kat depan, ayah dah sound awal awal. Walaupun dia tau anak dia ni mata besar tak rabun. Bila lampu merah, ayah cakap ' ha lampu merah. Mesti berhenti'. Bila lampu hijau ayah cakap 'ok dah boleh jalan'. Bila lampu kuning aku pecut bagi laju ayah cakap 'tak boleh buat macam tu. Lampu kuning kena standby nak berhenti'. Kadang kadang tension jugak. Sebab rasa macam nak ambil driving licence. Tapi diam je.

Ayah banyak sangat pesanan. Setiap hari. Kadang kadang ulang perkara yang sama. Macam mana nak buat itu. Macam mana nak buat ini. Kalau jadi macam ni nak kena buat apa, jadi macam tu nak buat apa.

Ayah boleh jadi macam macam untuk aku. Dari penjaga parking, jadi cikgu driving, secretary, penjaga surat, reminder. Semua ayah boleh buat. My ayah is my everything. My all. Dia wira aku. Setiap kali aku perlu sesuatu, mesti dia ada. Tapi aku tak pernah suruh ayah berhenti dari pesan aku macam macam atau buat kan macam macam untuk aku.  Walaupun semua pesanan dia tu dah terlekat dalam kepala otak aku atau semua perkara yang dia buat tu aku boleh buat sendiri. Sebagai contoh macam jadi penjaga parking tu la. (Walaupun kadang kadang aku rasa rimas dan rasa macam budak kecil).

Sebab aku tahu semua itu adalah benda yang akan aku rindu kalau ditakdirkan dia sudah tiada lagi untuk aku. Semua yang dia buat untuk aku. Mesti aku rindu. Siapa yang boleh ganti? Tak ada.

Aku percaya, ayah setiap orang pun mesti macam ayah aku. Yang risaukan anak dia, yang pesan macam macam. Yang sanggup berkorban apa saja.

Tapi berapa ramai yang ada ayah yang akan lambai bye bye pada kamu setiap pagi sebelum pergi kerja?Aku adalah antara yang bertuah itu. *Senyum*.


Kadang kadang aku tertanya. Ayah boleh jadi dan buat semuanya untuk aku. Tapi apa yang boleh aku buat untuk ayah? Hanyalah seorang anak yang degil dan kuat melawan. Sigh~

Baru

Ok. Ini blog baru. Yang second sebenarnya. Lagi satu tu untuk personal. Keep it for myself only. So tak boleh nak publish. Ceh. Padahal apa jadah buat blog kalau taknak orang baca. Tapi blog tu dah macam diary la. Cuma malas nak pakai diary je. Kang orang jumpa or terbaca bongkar la rahsia aku. The safest way mungkin pakai elektronik diary ni kan. Tak ada yang boleh baca. Hahaha macamlah ramai orang yang curious pasal kau. Boleh tahan perasan. Nanti tak ada la jadi macam cerita Na O Mei tu yang mak dia terbaca diary dia lepas tu habis bongkar rahsia dia suka siapa, siap boleh paksa dia kahwin dengan orang tu padahal mak dia tak baca habis pon. Lepas tu adik dia pon 'ter'baca juga. Haih malu lah kalau semua orang dah tau apa yang kau simpan dalam hati kan. The end kena pulak bakar diary so takda orang boleh baca rahsia hati kau atau menaruh syak yang bukan bukan pasal kau. Bukan senang nak jumpa orang yang boleh respek privacy setiap orang lebih lebih lagi kalau terjumpa diary, mesti curious nak tau apa isi dalam dia. Ok stop. Nak cakap ada blog baru je. Boleh pulak melalut. Silly.