14 October 2011

Di satu sudut lain.

Oh. Lamanya aku tidak menulis di sini, kerana aku berada di satu sudut lain. Aku fikir aku mahu mengasingkan di antara dua sudut, tapi nampaknya salah satu telah terabai.

Pada sesiapa yang sudi menjenguk aku di sini, aku jemput untuk bersama-sama aku ke sudut yang lain itu. Walaupun aku sendiri tidak pasti sama ada memang wujudkah kemunculan manusia yang singgah di sini. But hey,  if you ever read this, please come to A Woman's World.

Kalau kau tak jumpa aku di sini, makanya aku di sana. Bercerita sesuatu yang lain, di satu sudut yang lain.

Terima kasih, pengunjung.

08 September 2011

Bolehkah kau?

Can you ever love me for me?
For the me that i am true and true
Can you love me with my imperfections?
Can you see me as I am and not as what you want me to be?

Can you ever love me for me?
For the me that makes mistakes and speaks without thinking
Can you love me even when I am unreasonable?
Can you see me as I am and not for the Angel you seek?

Can you ever love me for me?
For the me that cries when a stranger child is hurt
Can you love me when I am sad without me having a reason to be?
Can you see me as I am not as what I once was?

Can you ever love me for me?
 



(Miriam Campo)






Bolehkah?

06 September 2011

Sambutan hari raya boleh menjadi sedikit suram tanpa....

Salam Syawal ! Ahh sudah lah. Orang sudah habis mood raya, aku baru terhegeh-hegeh nak berucap bagai. Bagaimana raya kamu?

Raya aku masih sama seperti raya tahun-tahun sudah. Sambutan raya aku suram, hening dan sunyi tanpa kehadiran barang sehelai dua duit raya.

Raya tahun ini dan beberapa tahun sebelum, aku langsung tak dapat duit raya. Sedih tahu. Aku tidak faham kenapa kah rakyat Malaysia sekarang semakin mempunyai sikap membeza-membezakan.

Kenapa hanya golongan kanak-kanak saja yang diberikan keutamaan untuk mendapat duit raya? Kenapa orang seperti aku hanya dipandang sepi malah kadang-kadang dibuat-buat tak nampak?

Tak usah lah diambil kira pada perbezaan umur, rupa paras dan saiz badan antara kami. Errr dan juga status pekerjaan. Tapi lihatlah pada persamaan. Bukankah itu yang lebih penting?

Sama seperti konsep 1 Malaysia. Jangan dilihat pada perbezaan kita antara kaum, tetapi lihatlah pada persamaan yang ada iaitu kita sama-sama rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. Jadi kenapa konsep 1 Malaysia tidak dapat diterapkan dalam hal seperti menghulurkan sumbangan duit raya ini?

Satu persamaan yang paling nyata antara aku dan golongan kanak-kanak adalah kami sama-sama belum berkahwin. Jadi kenapa aku tidak diberi duit raya sedangkan mereka dapat bersampul-sampul?

Haih. Tidak adil betul. Kenyataan.

Sesungguhnya aku sangat merindui sampul duit raya yang mempunyai barang seketul dua isi di dalamnya. Sadis sekali.


Kot dapat satu tapi isi nya macam ni pun jadilah. Lepas gak kempunan den.


Bernanah mata aku bila tengok budak-budak yang datang beraya rumah aku dok kira duit yang mereka dapat depan-depan aku. Siap boleh ulang kira sepuluh kali. Nak menayang lah sebenarnya tu. Menyampah tau. Huh !

27 August 2011

Orang lelaki memang begitu.

 
Satu Malaya memang dah tau kisah pertunangan penjaga gol Malaysia yang hangat dan kononnya jejaka idaman Malaya tu dah pun putus. Aku tak sebut nama pun kau semua dah boleh agak siapa kan?


Bagi aku tak bolehlah nak letakkan kesalahan tu atas nama 'dugaan bertunang'. Adakah bila kau mula buat onar dengan perempuan lain, cipta skandal, buat perangai yang bukan-bukan, maka semua tu sebab kau sedang lalui alam pertunangan dan sedang berdarah manis? Adakah dugaan bertunang itu meng'halal'kan kau buat semua tu dan secara automatiknya meletakkan otak kau di tempurung lutut tanpa boleh berfikir mana baik dan mana salah?


Aku lagi tak faham bila ada orang yang cuba comfort hati yang gundah gelana tu dengan ayat 'Sabarlah. Dugaan bertunang memang macam tu. Darah manis. Lepas semua ni, ok lah dia'. Kau tahu tak secara tidak langsung kau telah menyokong perbuatan salah yang dilakukan?


Lelaki ni ada tiga kelemahan terbesar. Duit, kuasa dan perempuan. Kalau tak kuat pegangan diri, memang hancurlah. Berapa banyak lelaki yang hebat dalam dunia ni yang tumbang sebab tiga perkara tadi? Tak payah fikir jauh lah. Tengok Napoleon Bonaparte sudah. Tak pun Tiger Woods. (Tak nak bagi contoh kat Malaysia, nanti kontroversi). Dan kau juga mesti pernah baca kisah seorang yang sangat alim tapi tewas imannya ditangan seorang perempuan akibat godaan iblis?

Bila dah bertunang, memang tak semestinya dia pasti akan jadi milik kau. Alam pertunangan ni satu tempoh untuk kita kenal diri masing-masing. Sesi suai-kenal untuk mencari titik persefahaman dan keserasian. Kalau ok, teruskan. Kalau tak ok, tiada salah untuk melepaskan. Aku pasti hukum Islam ada terangkan pasal hal pertunangan ni, tapi aku tak arif nak jelaskan bagaimana.


Yang jadi masalah dengan masyarakat Malaysia ni, bila satu pasangan tu putus tunang je, mulalah kecoh satu kampung macamlah putus tunang tu satu bencana besar. Bagaimana pun seperti yang aku cakap tadi, kau bertunang dengan dia tak bermaksud dia confirm kau punya. Hubungan itu masih belum pasti selagi tiada ijab dan kabul. Sebab tu, tak boleh terlalu dihebohkan.


Tapi kalau sesebuah hubungan tu tak menjadi, tak boleh salahkan lelaki saja. Dua-dua pihak kena post mortem. Dan lelaki/perempuan lain pulak, tak payahlah menggatal nak cucuk jarum kalau orang tu dah bertunang atau bernikah. Apa kau ingat 'the best woman/man win'?



 Takde maknanya kalau kau cakap cinta mati, padahal sebenarnya lebih kepada cemburu, dengki dan iri hati. 'Kalau dia boleh dapat, kenapa aku tak boleh? Padahal dia bukan hebat sangat pun. Aku lagi bagus dari dia'. Betul tak? Atau pun 'Kenapa dia je yang selalu rasa bahagia? Aku tak' . Punya banyak orang lain yang ada dalam dunia ni, kenapa yang satu tu juga kau kejar?


Satu yang boleh aku cakap, kau takkan dapat kebahagiaan yang kau kejar dengan cara menghancurkan kebahagiaan orang lain. Aku percaya karma.  Oh tak payah cakap karma lah. Aku percaya balasan Tuhan. Kau buat orang, ada orang lain pula yang akan buat kau. Mungkin lebih teruk daripada apa yang kau buat. Kalau tak kena kat kau pun, mungkin akan jadi pada anak cucu keturunan kau. Dan aku pasti kau akan terus diselubungi rasa bersalah seumur hidup terhadap pihak yang satu lagi tu. Buat lah pertimbangan guna akal.


Bagi aku, mereka yang sedang berada dalam satu perhubungan serius pula haruslah jaga hubungan tu dengan sebaiknya. Bersyukur sebab kau dah jumpa orang yang buat kau gembira dan sanggup susah senang bersama.

Kau takkan dapat jumpa orang yang sama sebijik macam tu dalam diri orang lain. Jangan tamak. Kalau dia dah tawar hati dan mula melangkah pergi, kau menangis air mata darah pun belum tentu dia datang lagi.


Tolonglah jujur dan menghargai apa yang kau ada. Berterima kasih sebab dia sanggup berada di sebelah kau waktu kau susah. Ini tidak. Bila dah senang, hidup dah mula nampak cahaya, otak kau pun mula cakap 'Aku berhak pilih yang terbaik untuk masa depan aku'. Mulalah kau ligat survey sana sini. Sedangkan waktu kau di bawah dan tiada apa-apa untuk dibanggakan, dia sikit pun tak terlintas dalam otak sama ada kau yang terbaik untuk dia atau tidak.

Jujurlah. Paling tak pun bagitau yang kau dah tak berminat dan dah ada calon lain. Senang dia nak move on dan cari yang lain.


Oh, kalau kekasih dicaras kawan sendiri, memang tiada maaf.

Ah aku dah mula melalut ni. Niat hati nak bercerita pasal lain. Bedal lah. Sekali harung.





21 August 2011

Hai, Kami Leo !


Found this while i was browsing through the Internet and thought that it would be very nice to share.


1) Never BELIEVE in three people. Sagittarius, Aries and Pisces. They are the most selfish and mean.




2) Never LOSE three people. Taurus, Cancer and Capricorn. They are the most sincere and true lovers.




3) Never LEAVE three people. Virgo, Libra and Scorpio. They can keep secrets, friendship and they can see your tears.




4) Never REJECT three people. Leo, Gemini and Aquarius. They are true and honest friends.



Source : L.I.F.E MORTALS


Baca boleh, tak perlu percaya sangat.

But hey, we are Leo ! W.E.

Selamat hari lahir, Kekasih.

Semoga dipermudahkan segala urusan, gembira selalu, mendapat segala yang diimpikan dan menjadi orang yang paling berbahagia dalam dunia.



19 August 2011

Orang perempuan memang begitu

Orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan rupa paras dan bentuk fizikal mereka. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.

Isu ini akan sentiasa membelenggu (betul ke ejaan ni) kehidupan seorang perempuan. Menakutkan. Untuk lelaki, kau harus faham dan redha, jika kau terpaksa mendengar segala keluh kesah kami berkenaan hal ini. Kalau kau tak mampu buat apa-apa untuk membantu, mendengar dengan penuh perhatian pun sudah cukup. Dan lagi, cuba faham perasaan kami berhadapan dengan isu ini setiap masa. Itu sahaja.

Kadang-kadang, apa yang diperlukan oleh seorang perempuan hanyalah keyakinan. Keyakinan yang datangnya dari mulut orang yang disayangi. Kata-kata seperti, 'Jangan risau. Saya terima awak seadanya' dan sewaktu dengannya, adakalanya lebih bermakna dan mengundang keyakinan dalam diri disertakan dengan sedikit kelegaan dalam hati.

Sebabnya, kalau nak harapkan kami joging setiap hari secara konsisten dan non-stop mungkin kami tak mampu, tak larat, tak sanggup dan sebenarnya lebih kepada malas. Itu lah sebabnya ayat penenang jiwa dari kau sangat diperlukan.

Jangan! Jangan sesekali cuba untuk memberi cadangan seperti 'Apa kata awak joging 10 round' atau 'Apa kata awak makan pil ni' atau 'Cuba diet sikit'. Baiklah kau diam saja. Walaupun kau berniat baik, tapi kata-kata seperti itu hanya membuat kami merasa lebih rendah diri dan self-esteem yang semakin merudum. Nampak sangat yang kau pun rasa kami gemuk, kan?

Walaupun hakikatnya kami tak gemuk atau tak selebet mana, tapi bila kami sendiri yang buat pengakuan begitu, maka kau harus dengar saje. Walaupun mungkin dalam hati kau rasa nak hempuk dan cakap kami mengada-ngada, tapi itulah perasaan kami yang sebenarnya terhadap diri kami pada waktu itu.

Kan aku dah cakap, perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan tubuh badan sendiri, walaupun orang lain kata 'Kau dah cukup kurus', atau 'Kau dah cukup cantik' atau 'Dah ok dah kau macam ni'.


Orang perempuan memang begitu. Orang lelaki juga memang begitu.



Oh.

Betapa tak adilnya pandangan masyarakat. Bila orang lelaki berperut buncit, 'Ini lah simbol seorang lelaki yang bahagia. Orang rumah pandai jaga.' Seronoknya kau dapat beri alasan macam tu sambil ketawa mengilai.

Tapi bila orang perempuan berperut buncit (bukan mengandung), 'Kau tak pandai jaga badan. Laki lari baru tau'. Oh seronok juga kau bermulut puaka, sambil kami hanya mampu tersenyum kelat.

Aku fikir orang perempuan harus lebih terbuka untuk menerima diri sendiri, dalam apa jua keadaan pun. Keyakinan itu seharusnya datang dari dalam diri. Yang lain, cuma sebagai pemangkin. Tapi sebenarnya, itu lah paling sukar untuk dilakukan. Yakin pada diri sendiri.

Ah. Nampaknya orang perempuan memang akan sentiasa ada isu dengan paras fizikal mereka. Mungkin membawa ke mati. Jika tidak, takkan tercipta barang mekap, produk & pusat pelangsingan badan, contact lenses pelbagai warna & diameter, botox, pembedahan plastik dan bla bla bla.


Oh. Aku fikir hanya perempuan saje yang suka bergambar di bawah cahaya terang untuk mendapatkan efek wajah cerah gebu flawless, tapi rupa-rupanya ada juga lelaki yang begini. Ehehe.







16 August 2011

Surat Cinta Untuk Awak

Waktu sekolah dulu, aku pernah karang surat cinta. Sekali. Satu. Surat cinta itu aku karang di Tingkatan 1. Gatal, aku tahu. Aku fikir setiap budak perempuan yang meningkat ke usia peralihan menjadi remaja, mesti ada seseorang yang dia minati. Macam budak-budak zaman aku dulu yang gilakan Tomok. Gila noob. That term 'crush on somebody'. Yeah, crush, the exact word.

Tetapi malangnya surat cinta yang aku karang sepenuh hati itu hanya terperuk dalam simpanan dan akhirnya dikantoikan oleh seorang lelaki, iaitu abang aku. Dan dia gunakan surat cinta tu sebagai bahan untuk mengejek aku. Lama jugak lah dia membahan, memang aku geram dan menyampah gila dengan dia waktu tu.

Dah lah dia selalu baca diari aku curi-curi, lepas tu buat kepoh. Sakit hati aku dengan dia memang tak boleh nak cerita. Ya, dulu aku juga macam budak perempuan yang lain, simpan diari hatiku, kononnya.

Budak zaman sekarang aku tak tahu, but for those who were born in the 80's (and below), surat cinta memang dijadikan sebagai medium untuk meluahkan rasa hati. Walaupun aku gerenti surat cinta tu kebanyakannya memang takkan sampai pada orang yang nak dituju.

Aku rasa budak-budak sekarang memang takde lagi kot guna kaedah ni? Yelah, zaman makin advance. Why trouble yourself untuk menulis sedangkan dah ada SMS, email, FB and so on.

However, i think girls back then memang naif dan laid back. Walau macam mana minat pun pada seseorang budak lelaki tu, tetap takde keberanian nak bagitau. Hanya pandang dari jauh. It's just minat. Suka tengok.

Kalau ada yang ber-couple pun, hanyalah couple yang gitu-gitu. Couple takde perasaan orang panggil. Bodoh-bodoh. Sekadar ada. Takde nak 'i love u hubby', 'together forever and ever', 'you are my life' and what so ever. Aih, memang naif.

Berbanding dengan budak zaman sekarang, aku fikir mereka lebih terbuka dan agresif dalam meluahkan perasaan. Maksud aku di sini ialah budak-budak sekolah, ya. Mungkin sebab pemikiran orang zaman sekarang ni yang semakin open dan moden. Tak caya, cuba kau tengok blog depa. Mesti ada tayang gambar boyfriend dan bercaption 'he is mine' and so on.

Oh, tinggalkan itu. Nak tahu bagaimana orangnya budak lelaki yang aku minat tu?

Dia pengawas, paling pandai dalam sekolah (untuk yang se-tingkatan dengannya), muka sedikit mix, pendiam dan kelihatan sombong. Dan sudah tentu tak pandang perempuan. Jenis lelaki tipikal yang akan diminati oleh budak perempuan yang masih bersekolah dan baru nak mengenal erti perbezaan jantina.

Cliche, ha? Oh yang bestnya, takde seorang pun yang tahu tentang crush aku yang seorang ni. I keep it to myself, until this day.

Growing up, kau akan dapat bezakan antara 'crush' dan the real feeling. Well, takkan lah sampai sekarang pun kau masih gilakan Tomok, kan? Begitulah perumpaamaannya.

Ahh. Tangan terasa gatal nak mengarang surat cinta.

For the real one.





01 August 2011

Sekali lagi.

Tahun 2011 ni seperti cepat berlalu. Tup tup dah Ramadhan. Masa memang mencemburui heh? Atau pun masa hanya mencemburui bila usia semakin meningkat? Seriously. Masa kau remaja dulu, tak sabar bebenor nak jadi dewasa. 

Sekarang bila kau dah dewasa, 26 to be specific, tiba-tiba hoi sekejap je lagi dah nak masuk 27. Tak sempat nak merasai kemanisan usia 26. Kemanisan? Hmm.

Sambutan Ramadhan tahun depan macam mana ya? Itu pun kalau masih diberikan ruang dan peluang oleh Tuhan.

Oh, sesiapa yang baca ni, selamat menyambut Ramadhan Kareem. Ramadhan lebih indah jika dilalui bersama yang tersayang. Bukankah?

30 July 2011

25 + 1

Rasa macam baru semalam aku masuk Tingkatan 1. Muda, bebas dan tak boleh terusik. Tup tup je umur dah lebih suku abad. Tapi tetap rasa seperti  usia 13. Cuma muda dan bebas tu dah boleh potong.


So 26, lets bring it on !






Dah lama tak tulis blog, aku rasa macam dah tak pandai menulis.



P/s : Terima kasih kekasih.

28 June 2011

Cerita masa depan.

Wah. Melihat pada tarikh entry terakhir aku, nampaknya sudah lebih kurang 3 minggu blog ni tak berusik. Tapi siapa pula yang kata menulis blog adalah satu kewajipan, kan?

Jadi apa yang aku buat dalam 3 minggu tu? Membadakkan badan. Dan memikirkan tentang cerita masa depan. Haruslah tentang masa depan, sebab masa belakang dah tak boleh buat apa dah. Perancangan. Semoga menjadi.

Oh, lately aku selalu mimpi yang mengarut. Hari tu mimpi jadi Wolverine. Gila. Kenapa tak mimpi jadi Mistique ke, Angle ke. Kenapa mesti jadi lelaki? Sebenarnya dah lebih kurang 3 kali aku mimpi jadi mutant ni. Power tak boleh blah pula tu. Telepath, teleporter, invisible, kuat. Semua aku sapu. Saiko.

Mutant and proud.





Cerita merapu. Tak payah lah baca.

06 June 2011

Cerita kahwin.

Sabtu yang lepas, aku ke kenduri kahwin saudara. Aku pun tak berapa pasti macam mana pertalian aku dengan yang berkahwin tu. Sama ada anak buah ke, sepupu ke, makcik ke atau apa pun. Yang pasti nya saudara lah. Pergi berdua dengan mak.

Sampai sana, jumpa lah pakcik-pakcik dan makcik-makcik, adik beradik dan ipar duai bapak aku. Ada seorang makcik aku, tiap kali jumpa, dia akan puji aku cantik. (Jangan muntah). Ini kisah benar. Setiap kali jumpa, dia akan kata lebih kurang macam ni,

'Cantik nya Angah, cantik lah'. (Sebab setiap kali jumpa, dia tak pernah tengok aku muka tak mandi). Aku pun tak tau sama ada pujian dia tu ikhlas atau saje-saje nak bagi hati aku girang, sebab aku pun malas nak ambil pusing. Aku sengih saje.

Apa pun, bukan kisah pujian tu yang aku nak ceritakan. Bila seorang pakcik aku dengar kata-kata makcik aku ni tadi, dia pun cakap,

Muka cantik tak guna kalau tak kahwin (MY, 2011)

Memandangkan aku menerima pujian dan hentaman sekaligus dari dia, maka aku pun tak tahu nak bereaksi yang bagaimana. Jalan terbaik yang dapat aku fikirkan adalah buat bodoh saje tanpa menjawab sepatah perkataan pun.

Itu adalah paling bagus kalau tidak mahu digelar kurang ajar dan tidak hormat orang tua. Tidak, aku bukan cuba untuk berlagak baik atau buat-buat sopan, aku cuma mahu menjaga air muka mak yang ada di situ. Sebab aku tahu, jika ada kata-kata yang akan keluar dari mulut aku selepas itu, ia bukan lah bait-bait yang manis untuk didengari. Lagi pula, aku tidak mahu ada scene pinggan melayang dan mencacatkan majlis kahwin orang.

Ah, tiba-tiba aku teringat kisah makcik yang aku baling selipar padanya sebab menegur aku dengan cara yang tidak berhemah. Ya, berlaku di zaman muda aku. Orang muda. Panas, pantas dan garang. Tak boleh tercuit.




(p/s : Asma Hazelnut, kalau kau baca ni, cuba teka siapa makcik yang aku baling selipar tu.)

05 June 2011

Pathetic truth .3

We are afraid to care too much, for fear that the other person does not care at all.

29 May 2011

Nasib si Dafi.

Beruk sebelah rumah aku, Dafi namanya. Kesian dia. Aku rasa kalau tiada siapa yang bertindak, dia akan dirantai seumur hidup. Berhujan berpanas di situ. Tidak berbumbung. Makan pun kadang-kadang di beri orang yang bukan tuan nya.





Kadang-kadang kalau aku rajin dan ada mood, adalah aku pergi lawat dia bawak buah betik atau roti atau biskut kering dengan air paip. Selalunya ada sorang makcik yang memang penyayang dengan binatang bagi dia makan. Makcik tu selalu bagi dia minum air Ribena. Hebatnya Dafi. Minum air Ribena. Kadang-kadang dia makan cendol. Nasib dia baik, dapatlah dia makan sosej.

Selalunya kucing aku yang nama nya Duh tu selalu teman si Dafi. Tapi sekarang si Duh dah ada anak, aku rasa dia pun takde masa nak layan Dafi lagi. Kesian Dafi. Tapi budak-budak kampung aku memang rajin melawat Dafi. Takpelah Dafi, asalkan kau tak keseorangan.

Aku fikir si Dafi ni memang takde harapan nak mengawan seumur hidup. Kesian kau Dafi, takde zuriat. Apalah nasib si Dafi. Diseksa jiwa dan raga. Disekat zahir dan batin.

26 May 2011

Hilang akal.

Tiba-tiba aku rasa seperti mahu belajar menjahit.

Ini ajaib.





Bukankah?

21 May 2011

Bau syurga.

Betul ke budak-budak kecil ni masih ada bau syurga lagi pada dia? Aku pun tak tau, pasal tu aku tanya. Sebab aku baca kat blog mana tah.



Juling air. Macam Mak Ngah.


Boleh layan lagi ni.


 Dah rimas. Memberontak. Pembengis macam apak eh.



Oh Ahad lepas, aku timbang berat aku 48kg. Aku pun tak tau mesin tu sihat ke tak. Bak kata mamat tu 'mesti mesin penimbang tu rosak'. Ah dengki. Tapi aku rasa pun macam tu jugak. Sebab aku rasa takde beza pun. Makin berat rasa badan ada lah. Memang betul lah kata Ziela Jalil,
 "Bukan berat badan yang menjadi masalah, tapi bentuk badan itu sendiri."
Betullah tu. Betul. Sebab aku rasa bentuk badan aku takde pun macam orang berat 48kg.

Sebenarnya aku syak memang betul lah kata mamat tu. Mesin penimbang rosak. Hmm.

Eh tapi aku timbang di 3 mesin yang berlainan. Macam mana tu?

18 May 2011

Bangkit.

Kau boleh untuk bersedih, tapi janganlah ambil masa yang terlalu lama, sampai kau stuck dalam kesedihan kau tu. Cukuplah sekadar 2-3 hari kau meratap, lepas tu bangkit lah dan move on ! Jangan pandang  belakang. Aku tahu memang mudah berkata-kata dan aku sendiri tak pernah rasa apa yang kau rasa,tapi kau tak pernah cuba pun. Kau masih lagi duduk di situ memandang benda yang sama. Dah berbulan-bulan pun.

There is only one reason why a man dumps you. Obviously because he doesn't want you. There is nothing wrong with you. Not because you're not beautiful, not because you're not good enough for him or whatever. It's not you. It's him. He just doesn't want you. Anymore. Period.

I know that i am the least eligible person to say this. But do you know what is your biggest mistake?

You are in love with the man you can't have, and the man you can't love. That's it. I'm sure you know, but still you don't have the guts to let go. You might think it is holding on that makes you stronger, but sometimes it's letting go.

Stop being pathetic. Get your ass up and move on !

'Sometimes all you need is a broken heart to realize that something even better is right in front  your eyes, just waiting to be found'
'You only love him because you fear that he just might be the only one that will ever love you'





Aku paling tak suka entry ini. Sebab bahasa aku bercampur baur dan merupakan entry kedua berturut-tutut mengandungi unsur-unsur cinta.












16 May 2011

Jangan sesekali cuba.

Aku paling tak suka kena tipu. Mungkin tahap tak suka ditipu aku tu sama level dengan tahap tak suka dikhianati. Tapi kalau difikir, ditipu dan dikhianati pun tak jauh beza juga makna dan rasanya.

15 May 2011

What are words



Rasanya semua orang dah tau dah kot kisah Chris Medina dengan tunang nya Juliana Ramos. Well, being a sceptical me, aku anggap (tanggapan kali pertama) dia sekadar mempergunakan tunang dia dan kisah sedihnya untuk berjaya dalam audition American Idol 10 tu.

Ok. Aku prejudis.

Tapi tunang dia sebelum accident tu serius gila cun. Dan kalau tanggapan aku yang tadi tu tentang mamat ni ternyata salah, ok aku respek dia. Tak ramai lelaki dan perempuan yang mampu untuk kekal dengan perasaannya kalau terjadi kes yang macam ni.




What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

09 May 2011

Though i didn't say anything, i still love you the most.

You don't have to love in words, even through the silences the love is always heard.




Semoga dua tahun lagi aku dapat ucapkan Selamat Hari Ibu pada diri sendiri. Cis tak boleh blah punya imaginasi.

26 April 2011

He said " I love U" and that is what i am getting myself into.

To love myself.







20 April 2011

Pathetic truth .2

When I see you smile and know that it is not for me, that is when I will miss you the most. 


You'll never miss them until they are loving someone else - as they say.

13 April 2011

Pathetic truth .1

Sometimes your closest friend is your greatest enemy (Jason Fong)
Selalu kita dengar ayat ni. Macam mana seorang kawan baik kau sendiri boleh bertukar menjadi seorang musuh kau yang paling nyata, yang akan memusnahkan kau. Selalu terjadi pun, sebagai contoh tengok lah apa jadi pada Anwar Ibrahim.


Yang jarang kita dengar,

Sometimes your greatest enemy could possibly be your friend (S. Noorhayati)


Bear in mind. A true friend stabs you in the front.

Hell yes, but in real life, we prefer to call them enemies.

Betul kan?

Hanya musuh kita saje yang berani untuk tikam kita depan-depan.

Musuh kita saje yang berani untuk tegur keburukan/kesilapan kita direct depan muka kita, walaupun teguran dia tu kadang kala bukan dengan cara yang berhemah apatah lagi sedap telinga untuk mendengar.

Dan sebab itu kita panggil dia musuh. Sebab dia tak pernah nak menyenangkan hati.

Bagaimana pun, orang yang kau panggil kawan/kawan baik kadangkala akan sedaya upaya untuk menutup kesilapan kau, sebab takut kau akan kecil hati dan secara tak langsung nya akan membiarkan kau terus hanyut dengan kesilapan kau tu.

Aku pernah dengar satu ayat,

Kalau kau nak tahu siapa diri kau, apa pandangan orang terhadap kau, tanya lah pada orang yang kau panggil musuh tu. Sebab dari dia kau akan tahu siapa kau yang sebenar, yang selama ini mungkin kau tak sedar. 

Siapa yang sepatutnya kau panggil kawan?

Musuh kau itukah, atau kawan kau itukah?

Blame me, i'm a pesimis when it comes to this kind of relationship. Because i had a very pathetic experience about it.
What are friends?
Friends are people that you think are your friends
But they're really your enemies, with secrets identities and disguises, to hide their true colors
So just when you think you are close enough to be brothers
They wanna come back and cut your throat when you ain't looking
(If I Had, Eminem)

Aku fikir, bohonglah kalau dalam hati kita takde sekelumit pun rasa cemburu atau iri hati bila melihat kejayaan/kegembiraan kawan kita.

Whenever a friend succeeds, a little something in me dies (Gore Vidal)

Kawan kau ada Master/PhD, kau masih takuk lama.

Kawan ada boyfriend, kau takde.

Kawan dah kahwin ada anak comel kiut miut, kau masih bujang menghitung hari.

Kawan dapat kerja best gaji besar, kau dapat kerja susah gaji pula ciput.

Dan macam-macam lagi lah. Cuma nya macam mana kau handle dengan perasaan kau tu, be it negative or positive.

Tapi kadang-kadang benda macam ni lah yang jadi nanah dalam apa yang kau panggil 'persahabatan' tu, yang akhirnya menjerumuskan kepada kes-kes tikam belakang. Cuba kaji, berapa banyak kes tikam belakang datangnya dari kawan baik sendiri?


Once again, blame me. I am a pesimis.


12 April 2011

A princess in the house.

Sebabkan abah budak kecil ni begitu teruja beli Nikon semata-mata nak tangkap gambar anak dia ni.













Budak kecil yang kau takkan sampai hati nak cubit walaupun dia buat perangai.

07 April 2011

Perasaan yang mengujakan.

Update blog time tengah kerja memang best.

Perasaan membuat sesuatu yang terlarang, tapi kau buat juga, memang exciting. Teruja. Aku rasa sebab tu ramai je yang sibuk update/comment status facebook in working hours. Kalau bos ada depan mata, lagi lah perasaan tu membuak-buak. Sambil pandang bos, sambil update status. Fuh. Memang mengujakan. Berdebar-debar gitu. Kau nak juga update status, dalam masa yang sama kau kena pastikan yang kau takkan kantoi.

Kadang-kadang, benda yang dilarang tu lah yang kita suka buat. Nak buat macam mana kan. Sebab kadang-kadang memang rasa excited. Seolah-olah menguji kehebatan kita.

Tapi setakat yang ringan-ringan je lah ye. Jangan lah pula kau pergi buat kesalahan yang bodoh semata-mata nak test kehebatan kau tu.

Macam hisap dadah baik punya depan polis.

Atau

Buat seks rilek je sebelah bilik bapak cewek/cowok kau.


Itu memang badigol.

05 April 2011

Jangan tamak, katanya.

Which is better?

Berjawatan rendah tapi bergaji tinggi,

atau

Berjawatan tinggi tapi bergaji rendah.


Tidak boleh pilih mahu kedua-duanya tinggi sebab ini bukan satu pilihan.

Tekanan mak.

Tensi nya bekerja dengan orang tua-tua. Nak senyum pun macam tak jadi. Nak bertepuk tampar apatah lagi. Kenapa semua orang skema ni.

Tensi nya ! Muka aku dah ketat !

04 April 2011

Don't be fooled by just a picture.

Nampaknya kawan aku yang seorang ini memang tak belajar daripada pengalaman lalu.

Aku pun agak confuse sebenarnya.

Adakah dia lebih selesa mengayat secara maya, atau tak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dan seterusnya mengayat seorang perempuan secara realiti, maksudnya secara depan-depan.

Ini adalah kejadian kali kedua.

Aku pun takde masalah sebenarnya kalau kau dah jatuh cinta pada seorang perempuan, hanya dengan melihat gambar profile di Facebook. Dan memulakan sesi bercinta-cintaan selepas itu. Takde masalah. Betul takde masalah. Mungkin lah jodoh kau datang melalui cara itu. Siapa tahu kan?

Tapi, kalau kau jenis yang tak boleh menerima kenyataan, tak boleh menerima dengan seadanya,

Aku nasihatkan baiklah kau berjumpa dengan dia dahulu secara depan-depan, kau tengoklah sendiri bagaimana rupa parasnya adakah seperti yang kau puja-puja, sebelum kau mula melafazkan ayat-ayat cinta keramat dan rindu dendam bagai.

Dengan itu tentu kau pun tak akan mengadu pada aku (sekali lagi) dengan mengatakan yang kau telah diperdayakan (sekali lagi) oleh seorang perempuan hanya dengan sekeping gambar.

Tahukah engkau bahawa gambar boleh menipu?

Yelah aku faham. Bagi orang lelaki ni, cantik yang di pandang dahulu. Yang lain-lain belakang kira. Dan dari situlah juga timbulnya perumpamaan 'dari mata turun ke hati'. Kalau di mata nya dah nampak cantik, terus jatuh cinta.

Aku rasa kan, aku rasalah,

Kadang-kadang sesetengah orang lelaki ni tidak menggunakan otak dalam bercinta/untuk jatuh cinta. Hanya guna mata saje.

Carta aliran dia macam ni;

Mata > Hati.   bukannya Mata > Otak > Hati.

Tapi ada juga sesetengah lelaki yang lebih teruk, yang mana carta alirannya;

Mata > Kemaluan. Tapi kes ni banyak terdapat pada lelaki yang melanggan pelacur lah kan. 

Ok aku rasa aku dah terlebih-lebih.

Aku hanya nak bercerita tentang seorang lelaki yang telah jatuh cinta dan telah bercinta pun (secara maya) dengan seorang perempuan dengan hanya melihat kepada gambar profile nya di Facebook,

dan bagaimanapun kemudiannya mengaku pula telah diperdayakan oleh perempuan itu melalui gambar yang sama yang telah membuat dia jatuh cinta. Bukankah ini ironik.

Adoi.

Lagi sekali. Gambar itu boleh menipu. Gambar yang kau lihat cantik itu tak semestinya memaparkan realiti rupa paras sebenar perempuan yang kau puja-puja itu. Bukankah sekarang zaman teknologi, sayang?

Tak pernah dengar Photoshop? Tak pernah edit gambar? Kau pun tahu apa fungsinya kan. Rupa yang gelap boleh dicerahkan. Pernah dengar teknik lighting? Kau cari je mana-mana tempat terang, kau ambil lah gambar, nescaya muka kau pun boleh jadi secerah Nora Danish dan jerawat pun sudah tidak kelihatan lagi.

Hmm. Aku pun tak tau nak cakap apa. Itu lah. Kau pandang yang cantik saje. Kau nak yang cantik saje. Bila dah jumpa depan-depan, tahu pulak kau cakap perempuan tu menipu.

Cubalah kau fikir. Ada ke perempuan yang nak nampak diri dia buruk, walaupun dalam gambar. Dah dalam gambar je pun dia boleh nampak cantik, bila masa lagi nak berangan kan?

Kau pun fikirlah dulu, jumpa lah dulu sebelum nak feeling-feeling. Entah apa-apa lah.

Lain kali tak payah lah kau senang sangat jatuh cinta. Penat telinga aku dengar kau mengadu. Bukan masalah aku pun.


Lagi sekali lah aku nak pesan,

Don't be fooled by a picture, especially if it comes from a girl.

Trust me, because i'm a girl too.

29 March 2011

Cautions.

You will never find a perfect partner as you wish for.

I think its the way you adapt to the imperfections, as you might see the flaws as one's unique traits. That will makes the relationship works.

After all, love is blind - as they say.

21 March 2011

Indah bukan hanya di mata.



Ungkapan laut di langit hitam
Bintang dilihat dalam lautan
Sangkutnya jala berukir hati
Bagaikan cinta ku harap disisi

Jaringan bibir bagaikan sesikat
Nyiur dihanyut seimbas ombak
Pohon ibu dilepas bayu
Bagaikan hati menggisir batu

Disinilah cinta menyerang aku
Disinilah aku diserang kamu.



-Bernice Chauly-

15 March 2011

Konon.

Aku tau aku bajet macam blog aku ada ramai readers, sampai nak taruk iklan Nuffnang bagai. Hehe. Tapi peduli apa aku. Sekali sekala bagi aku perasan apa salahnya kan. Hihihi.

Ok, kau boleh menyampah sekarang.

Things we forget.

To say thank you,

to the list of inspirational people that make your life more than meaningful,
who always stay by your side even when the whole world are against you,
who always spread their love to you with no conditions.


To say i love you,

to the people who you really care about,
that they bring the best out of you and never give up on you.
The special ones that mean everything for you, that taught you the true meaning of love.


To say i need you,

to the people you love so much,
that you`cannot live without and the world will just be meaningless and dull,
because you need their hand to hold, and to wipe the tears off your face.



Let me start by saying thank you to you.

14 March 2011

Dah lanjut usia nya.

Banyak sebab orang perempuan ni kahwin lewat. Kadang-kadang bukan jodoh tu takde, tapi sebab nya datang dari diri juga. ( Tak boleh blah. Stail cakap macam diri sendiri tu dah kahwin.)

Ni cuma beberapa pendapat aku. Pemerhatian dan pendengaran. (Yang sebab ketentuan Tuhan jodoh tak sampai lagi tu, lain cerita lah ya).


Satu (1) , menunggu.

Menunggu orang yang tak sepatutnya. Ok lah kalau orang yang kau tunggu tu tahu yang kau tunggu dia, dan memang meminta kau untuk tunggu dia. Tapi macam mana kalau orang tu tak tahu langsung tentang perasaan kau terhadap dia, atau orang yang kau tunggu tu memang dah ada orang lain?

Masa sembang-sembang dengan kawan sepejabat aku, keluar lah topik pasal perkahwinan ni. Dia berkahwin masa umur dia 34 tahun.  Semua orang tahu kot, usia 34 tu kira agak lewat bagi seorang wanita untuk berkahwin. Dan dia tanya aku, kenapa aku tak kahwin lagi sebab aku dah ada calon Lain lah kalau takde, katanya.Lalu aku pun tanya dia, kenapa dia kahwin pada usia yang agak lewat macam tu. Celupar juga mulut aku tanya soalan tu.

Dia jawab, sebab menunggu. Orang yang dia tunggu tu dia kenal sejak zaman sekolah lagi. Diorang memang berkawan, cumanya lelaki tu boleh kata kan cuma anggap dia sebagai kawan biasa. Tapi dia tetap tunggu juga, mana tahu satu hari nanti mungkin hati lelaki tu akan terbuka untuk terima dia. Penantian dia akhirnya berakhir bila dia dapat tahu lelaki tu sebenarnya dah kahwin, dan dah ada anak pun.

Dia menyesal sebab tak bagi peluang pada diri sendiri dan lelaki lain yang cuba nak rapat dengan dia selama ni. Itu lah kan. Sesetengah penantian itu memang berbaloi, sesetengah yang lain pula hanya akan makan usia kita.



Dua (2), mencari yang sempurna.

Ini kes yang paling banyak terjadi. Segalanya mesti sempurna. Perangai, rupa paras, status mestilah seiring dan sejalan. Memang payah. Sebab, lagi kau mencari yang sempurna, lagi banyak kekurangan yang kau akan jumpa. Berapa banyak lelaki yang dibiarkan berlalu hanya sebab tak menepati standard piawaian.

Jika kau tak memiliki apa yang kau sukai, sukailah apa yang kau miliki saat ini. Sempurna nya seseorang itu adalah apabila kita tahu cara untuk menghargainya. (Aku quote je ni)

Kita tidak mencari kesempurnaan seseorang tetapi kita menyempurnakan seseorang itu dengan kemurnian hatinya. (Ni pun quote juga)

Sebelum kita mencari yang sempurna, renung dulu diri sendiri. Kalau rupa paras kau pun jauh panggang dari api, tak payah lah demand sangat. Kalau kau cantik pun, tiada orang untuk menikmati dan menghargainya, apalah guna nya. Lagipun, cantik itu lahirnya dari dalam hati, bukan nya dengan mekap tiga inci. (Aku dah start ke laut)

Aku cuma mahukan orang yang sayang aku, dan terima aku seadanya. (Gila cliche ayat.)


Tiga (3), masih mengharap kekasih lama.

Kes macam ni bukan hanya terjadi pada orang lelaki saje ya. Yelah, kita tahu kan, lelaki sukar nak melupakan kekasih lama diorang yang tip top, lagi-lagi cinta pertama. Memang kenang sampai mati lah.

Perempuan yang masih mengharap bekas kekasih ni selalunya hidup dalam dunia sendiri. Dia tak kisah pun orang lain nak cakap apa. Bagilah nasihat macam macam, lempang lah sedas dua, yang lama juga lah yang diorang kenang-kenangkan. Bagi diorang bekas kekasih tu lah lelaki paling perfect.

Kalau nak cari pengganti pun mesti nak ada ciri-ciri yang sama dengan bekas kekasih dulu. Kalau boleh stail korek hidung pun mesti sama. Serius ada tau, perempuan macam ni. Apa yang perlu di ingat adalah, there are reasons kenapa dia 'buang' kau dulu. Tak kisah lah sebab apa pun, bagi aku kalau dia dah pernah tolak kau, maknanya dia tak menghargai kehadiran kau di sisi dia. Memang dia dah tak nak. Kalau pun dia nak datang balik, peluang tu amat tipis dan selalunya sebab dia menyesal lah tu. Hmm. Tak perlu lah. Move on with your life. Kalau dia datang merayu-rayu, nyanyikan dia lagu Karma - Alicia Keys tu.

Yang berlalu, biarkan berlalu. Kita sudah tidak boleh nak buat apa untuk mengubahnya, tapi kita masih boleh mengubah kebahagiaan masa depan dengan memulakan usaha pada hari ini. Nak merasa bahagia cinta, lupakan kisah cinta yang lama supaya ia memberi ruang pada kisah cinta yang baru dalam sanubari anda. (Quote)



Empat (4), fobia/takut pada komitmen.

Selalunya kes macam ni terjadi sebab pengalaman sama ada diri sendiri atau orang lain. Macam-macam kes rumahtangga sekarang yang buat orang perempuan fobia untuk berkomitmen. Serius. Walaupun orang kata nasib manusia lain-lain, tapi bila tengok perkara-perkara yang terjadi terutama dekat orang sekeliling/teman rapat buat kita jadi takut.

Sesetengah wanita, memang dah ada kekasih, tapi untuk melangkah ke step yang seterusnya, masih belum ada keyakinan. Mereka lebih suka kekal sebagai pasangan kekasih, sebab lagi happy dan tak perlu nak fikir/hadapi apa-apa masalah bila dah berkahwin nanti. Takut, segalanya akan berubah selepas berkahwin.(Masalahnya nak tunggu sampai bila kan? Umur makin hari makin meningkat). Bila mereka dah ada keberanian, nothing will stop them. Jadi untuk lelaki yang ada kekasih macam ni, jika masih boleh bersabar, sila bersabar. Untuk wanita seperti ini, apa yang mereka perlukan hanyalah masa dan keyakinan.

Kadang-kadang, ada sesetengah wanita yang bukan takut pada institusi perkahwinan, atau tak yakin pada pasangan. Sebenarnya mereka tak yakin pada diri sendiri. So just let them overcome themselves.

Ada juga wanita yang fobia pada komitmen ni yang mengalihkan fokus hidup pada kareer, sebab pada mereka perkahwinan ini bukan lah satu agenda utama. Menikmati zaman bujang tanpa ada kekangan adalah lebih bagus. Bebas. Dah ada kareer yang bagus, boleh beli apa yang dihajati, boleh pergi sini sana, enjoy life dan lain-lain.



Sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa wanita zaman sekarang lambat berkahwin. Kena tanya tuan yang empunya badan lah. Jangan lah menjadi masyarakat yang hanya pandai menilai, menghukum dan mengata yang bukan-bukan. Sikit-sikit bila lambat kahwin cop anak dara tua, memilih dan macam-macam lagi lah.

Apa-apa pun, pengakhirannya adalah ketentuan Tuhan.

10 March 2011

Wordless.

Sebab kan aku memang takde kerja atau dengan kata lain dasar pemalas, aku buat jela temuramah ni ye. Anggap je la aku ni makhluk perasan.


HAVE YOU EVER :

  1. Dated someone twice :  Maksudnya apa ni? Pernah putus lepas tu sambung balik ke? 
  2. Been cheated on : Never. Akan datang tak tau lah pula. Ehem ehem.
  3. Lost someone special : Ya. Nenek. Dulu masa kecil-kecil kalau gaduh dengan mak ayah, lari rumah nenek. Hmm.
  4. Been depressed : Ada lah juga.
  5. Been drunk and threw up : Apa jadah.

LIST THREE FAVORITE COLOURS :

  1. Merah membara semangat waja.
  2. Orange bunga-bunga matahari.
  3. Biru perpaduan kami semua.


THIS YEAR HAVE YOU :

  1. Made a new friend : Tahun ni ek. Tahun ni kurang sikit lah.Saya dah jadi makhluk yang tidak berapa pandai bersosial.
  2. Fallen in of love : Setiap hari. Boleh macam tu?
  3. Laughed until you cried : Yes !!. 
  4. Met someone who changed you : No. I met that special someone in 2008.
  5. Found out who your true friends were : Yes. Definitely.
  6. Found out someone was talking about you : Tak tau lah pula.
  7. Kissed anyone on your friend's list : Friends list mana ni? 
  8. How many people on your friends list do you know in real life : Semua. I don't approve/add those yang i tak kenal.
  9. How many kids do you want? : Rezeki Tuhan nak bagi. Terima je. Boleh?
  10. Do you have any pets : Ada. Banyak.
  11. Do you want to change your name : Can't imagine myself with other name.
  12. What did you do for your last birthday : Entahlah. Melangut je kot.
  13. What time did you wake up today : 5.45. Sekarang tak tau kenapa, sama ada tak boleh tidur atau terjaga awal. Tadi jaga awal sebab mimpi ngeri. 
  14. What were you doing at midnight last night : On the phone, dengan demok.
  15. Name something you CANNOT wait for : Anak sendiri. Boleh? Kahwin pun tak lagi.
  16. Last time you saw your Mother : Hari-hari jumpa.
  17. What is one thing you wish you could change about your life : Perangai tak semenggah. Kesian pada orang sekeliling. 
  18. What are you listening to right now : Azan Asar.
  19. Have you ever talked to a person named Tom : Tom? Tom Cruise? Pernah dulu dia minta couple, tapi i reject. Terus dia mengorat Katie. 
  20. What's getting on your nerves right now : My job.
  21. Most visited webpage : Oih banyak. I kan jenis takde kerja.
  22. Whats your real name : Rahsia!
  23. Nicknames: Yatt, angah.
  24. Relationship Status : Relationship yang mana?
  25. Zodiac sign : Leo the singa.
  26. Male or female? : Wanita Melayu terakhir. Bajet.
  27. Primary School? : KGV sekolah ku.
  28. Secondary School? : Indah permai Seri Ampangan.
  29. High school/college? : KMM, UteM.
  30. Hair colour : Blonde. Boleh?
  31. Height: 163 cm.
  32. Do you have a crush on someone? : Ada. Mestilah.
  33. What do you like about yourself? : Because i'm myself.
  34. Piercings : Ada.  
  35. Tattoos : Parut kena gigit nyamuk kira tak?
  36. Righty or lefty : Righty. Dulu wish lefty sebab orang kata kidal ni pandai, tapi lepas tu dengar pula orang kidal ni selalu kena sakit jantung. Kensel la. Tapi dua-dua pun ada keistimewaan sendiri. Apa de hal.

FIRSTS :

  1. First surgery : Takde. Kalau ada aku lari dulu. Penakut.
  2. First piercing : Masa umur berapa tak ingat. Tindik telinga. Sakit nak mampuih. 
  3. First best friend : Emm.
  4. First sport you joined : Hoki. Masa sekolah rendah.
  5. First vacation : Lama dah. Hmm.
  6. First pair of trainers : Trainers? Tracksuit?

RIGHT NOW :

  1. Eating : Tak makan apa.
  2. Drinking : Air kosong je.
  3. I'm about to : Rasa macam nak terberak lah!
  4. Listening to : Zara menangis.
  5. Waiting on : Tunggu apa ni?

YOUR FUTURE :

  1. Want kids? : Kau tak nak ke?
  2. Get Married? : InshaAllah (Maher Zain, 2010)
  3. Career? : Is looking forward for a better one.

WHICH IS BETTER : 

  1. Lips or eyes : Dua-dua boleh?
  2. Hugs or kisses : Nak dua-dua juga.
  3. Shorter or taller : Taller la
  4. Older or Younger : Older but better.
  5. Romantic or spontaneous : Dua-dua pun saya mahu.
  6. Nice stomach or nice arms : Nice stomach. Hahaha.
  7. Sensitive or loud : Loud yaw !!
  8. Hook-up or relationship : Hmm.
  9. Trouble maker or hesitant : Trouble maker.

HAVE YOU EVER : 
 
  1. Kissed a stranger : A stranger? No and never.
  2. Drank hard liquor : No. Dijauhkan lah.
  3. Lost glasses/contacts : Takde. Tak pakai pun. Sebab belum rabun lagi.
  4. Sex on first date : Wak lu.
  5. Broken someone's heart : Yes, and i'm sorry.
  6. Been arrested : Never.
  7. Turned someone down : Yes
  8. Cried when someone died : .........
  9. Fallen for a friend? : Hmm. Is he considered my friend? I don't know.

DO YOU BELIEVE IN: 

  1. Yourself : Agak mencabar juga soalan ni.
  2. Miracles : Yes. Miracles come from God.
  3. Love at first sight : No. Ada ke? I always believes that we need times to fall for someone.
  4. Heaven : Mestilah.
  5. Santa Claus : Apa jadah?
  6. Kiss on the first date : Huh. Takde maknanya.
  7. Angels : Pasti.


ANSWER TRUTHFULLY : 

  1. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time? : No lah. I'm old enough nak buat kerja tak matang tu. Jangan tamak. 
  2. Did you sing today? :Hari-hari pun aku memekak.
  3. Ever cheated on somebody? : Takde lah. 
  4. If you could go back in time, how far would you go? : Entah lah. Can't think right now.
  5. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be? : Ya Allah susahnya nak fikir.
  6. Are you afraid of falling in love? : Was once.

E.M.P.A.T

4 things that scares me.

1) Serangga .Yang kecil kecil tu lagi lah takut. Kalau masuk dalam telinga boleh mati. Takmo takmo.
2) Binatang berbisa.
3) Hilang orang-orang tersayang. Semua orang pun sama kot.
4) Tak dapat fikir lagi. Blur.


4 people that makes me laugh.

1) Mere appa. Cakap nya selamba je, boleh buat orang gelak, tapi selalunya menusuk.
2) Him.
3) Myself. Kadang-kadang kelakar dengar diri sendiri bercakap. Merepek.
4) Little stars of mine, Zara Dayini dan Damia Umairah.


4 things that i love.

1) Mak ayah. Walaupun aku selalu derhaka, tapi hilang diorang boleh buat aku mati.
2) Adik beradik. Selalu gaduh-gaduh, kadang tak sebulu, tapi the bonding takkan putus. Apa-apa pun mesti akan ingat satu sama lain.
3) Myself. Mesti.
4) Him.



4 things that i hate.

1) Tukang tikam.
2) Orang yang ingat dunia ni berputar kat keliling dia. Apa-apa mesti dia je. Tolonglah.
3) Terima arahan. Paling tak suka kena arah-arah ni. Ada harapan kena pecat.
4) Aku benci bila aku sebenarnya tak nak senyum, tapi terpaksa senyum. Memang sah-sah nampak tak real.
5) Aku tak suka kena tipu. Lagi-lagi oleh orang yang aku percaya, atau orang yang gelar diri dia sebagai kawan aku.No need to lie, bebeh. Just tell me the truth, and i'll understand. Simple.

Terlebih satu. Hehe. Peduli apa aku.


4 things i want to do before i die.

1) Taubat nasuha lah. Semua orang kalau tau bila nak mati, confirm tak boleh bernafas. Dok terbayang dosa satu-satu.
2) Kalau boleh aku nak mati dulu, sebelum orang-orang yang aku sayang.
3) Untuk ada kehidupan. To experience life, love, hate, anger, happiness, berlaki, beranak, bercucu bla bla bla. Tu pun kalau umur panjang.
4) Mati dalam iman. Boleh macam tu? Haha.


4 things that describe my personality.

1) Perahsia. I don't lie, i just keep secrets.
2) Baran. Ayah cakap 'Kau ni kerja nak menampar je'. Kadang-kadang datang sewel dengan kucing pun ajak bergaduh.
3) Terlalu banyak berfikir. Sampai ke laut.
4) I can always make you smile, cry pun boleh.


4 things i'm doing right now.

1) Menaip.
2) Garu kepala.
3) Topang kepala pakai tangan kiri.
4) Kelip mata.




Aku takde kerja ni sebenarnya.

08 March 2011

Sedetik lebih.

Jiwang sikit takpe kan. (Kang ada pula orang call/ym, lepas tu gelak-gelak, ejek-ejek, ulang baca balik apa yang aku tulis. Geram betul. Sekeh kang tau la). Tapi aku rasa lagu ni memang best.


OST Hikayat Merong Mahawangsa. Ummi Nazeera memang cun gila ah. Dah lama dah jatuh cinta dengan dia.


For my precious.

07 March 2011

Mata lebam.

Tak boleh tidur.

Sebab mata tak mahu dengar kata, dah habiskan dua buku yang baru beli tadi. 'Twenties Girl' dan 'What Got You Here, Won't Get You There' . Hebat! Macam orang yang dahagakan ilmu sungguh. Padahal.. 

Dua tiga hari lagi buat peel macam ni, confirm jadi mata panda. Sekarang pun sebenarnya dah macam mak lampir.

Hari tu si Bojan tegur Nazri, 'wah Angah sekarang dah macam Waheeda. Pakai mascara(which i think he meant eye liner).'

Wak lu. Jadah apa pergi kedai runcit je pun nak mascara bagai. Dia tak tau mata aku ni memang dah hitam. Entah terlebih tidur ke terkurang. Rasanya terlebih lah kot. Haha.

Mak lampir, ada baik nya kau tidur sekarang !

21 February 2011

Menyerah lah untuk menang.

Kadang-kadang,

Bila aku perlu kata kata untuk menenangkan hati, tapi bukan yang datangnya dari orang sekeliling,

Aku pilih untuk dengar lagu ini.



Yes, we do have our own way to recover.


 (Ya. Lagu Maher Zain pun boleh (=_=)'' )

20 February 2011

Falling.

Aku jumpa dia,

Dan aku telah jatuh.



 

17 February 2011

Tak paham vol. 2

Sambungan dari kisah merapu yang ini. Sabar je lah.


Why, oh, why, can’t you create a single, central location for your hair ties and bobby pins?!? And why is there one on the handle of the microwave?

A : Supaya senang dapat dicapai dan dipakai di mana mana, bila bila masa yang diperlukan. Itu pun nak hairan ke? Satu ada dalam bilik mandi, satu dalam handbag, satu dalam bilik, satu dalam kereta. Kelakar jugak orang perempuan ni. Getah rambut je boleh siap buat koleksi. Tu belum cerita yang lain lagi. Muflis.


I don’t understand their attitudes! Everything is good for, like, the first three months, but after that, it’s a whole different ball game!
 
A :  Rasa boring la tu. Kalau jadi macam ni, mungkin saja nak have fun sikit. Gaduh gaduh manja. Pandai pandai la cari idea. Tapi kalau dah setiap hari setiap masa peel nya dok lagu tu gak, tu tanda korang bakal kena tinggal. Bai bai.


“I don’t get why getting married so soon is so important to most women. Is love not enough?” 

A :  Ha soalan ni paling best. Apa yang kau tak paham sangat tak tau la. Cinta tu cinta la jugak. Abih tu kalau kau asyik nak bercinta je, tak nak kahwin, bila masa pulak nak proses anak. Kau ingat orang perempuan ni macam kau ke umur 70 pun boleh dapat anak lagi? Anak tu penting bagi orang perempuan. Dah ada anak takde laki pun takpe. Pergh statement. Memang nak mati. Lagipun, kalau dah kahwin tu rasa terjamin dan selamat la sikit, walaupun zaman sekarang ni semua takde jaminan. Gitu.




Merepek.

06 February 2011

Rasa yang dipinjamkan Tuhan.

Soal 'rasa' dalam hati ni bukan dalam kawalan kita. Sekelipan mata saja kalau Tuhan nak ia dialihkan pada orang lain, maka kita tak mampu nak halang. Bukankah rasa itu pun hanya pinjaman dari Tuhan?

Sebab itu kita kena hargainya, selama rasa itu masih bersama dengan kita. Kerana bila tiba masa ia pergi, walau kau minta ia untuk terus setia bersama kau, tetap kau tak mampu untuk menghalang.

Soal hati tidak boleh dipaksa, bukan dalam kawalan kita makhlukNya.

Mungkin sekadar yang terdaya kau lakukan, hanyalah berpura-pura. Berpura-pura bahawa rasa itu masih ada. Tapi tetap kau tak boleh tipu diri sendiri.

Hargai rasa yang kau miliki saat ini.

04 February 2011

Ilusi optik seorang wanita.



Seorang perempuan mempunyai pelbagai cara untuk mencapai kesempurnaan fizikal, atau dengan kata lain menutup ketidaksempurnaan diri, berbanding dengan lelaki.

Satu, dada yang menggiurkan.

Dada yang leper atau tidak memberangsangkan boleh bertukar menjadi montok dan menjadi daya tumpuan dengan bertukar kepada push-up bra atau padded bra.


Da bomb!! Pandai pandailah cari push up/padded bra yang bersesuaian. Sekarang anda tak perlu jealous dengan Rozita Che Wan lagi.

Dua,  bentuk badan.

Bentuk tubuh yang tidak berapa curvy atau terlebih lemak boleh disembunyikan dengan memakai korset, untuk mendapatkan ilusi langsing dan figure berlekuk macam jam pasir. Ya, perempuan memang sanggup sakit untuk nampak cantik. Kepuasan diri, katanya.

Jam pasir yang seksi.
Figure 36-24-36 boleh dicapai dengan bantuan korset. Sakit sikit kena tahan la. Nak cantik kan.

Tiga, mata menggoda.

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa, atau dari mata turun ke hati. Mata yang besar dan bersinar sinar memang boleh memukau sesiapa yang memandang. Bila kita bercakap dengan seseorang pun kita akan pandang pada mata nya dulu kan (bukan terus pada buah dadanya). Mata yang bewarna selain coklat kehitaman adalah satu bonus.


Pemakaian contact lenses banyak membantu. Pilih saja ukuran diameter dan warna yang berkenan. Faktor rabun bukan lagi satu alasan utama untuk memakainya. Malangnya aku ni penakut.


Perempuan comel mata besar macam ni siapa tak nak oh.




Empat, wajah jelitawan.

Tak susah, dengan bantuan pelbagai jenis alat mekap dari pelbagai jenama. Segala kekurangan atau cela pada wajah dapat disembunyikan. Yang kurang dapat dilebihkan. Mata sepet boleh jadi besar, bibir nipis boleh jadi tebal, kulit gelap boleh jadi cerah, kulit kasar boleh jadi halus.

Muka sebelah pakai mekap, sebelah lagi tak pakai.
OMG !! Jurumekap ini adalah sangat power. Baiklah, nak pergi belajar mekap sekarang.

Anything is possible, bebeh !!

Lima, ketinggian.


Ketinggian juga boleh menjadi satu dilema pada perempuan. Habis tu kau ingat kenapa boleh ada tercipta high heels sampai 12 inci? (eh ada ke? Ok yang ini aku main bantai je). Tapi point penting adalah, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menimbulkan ilusi langsing pada perempuan. Kaki nampak panjang gitu. Kalau boyfriend galah, bila pakai heels barulah boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah gitu.
Walaupun terdapat kajian yang mengatakan pemakaian high heels dalam jangka masa yang lama dan kerap boleh menyebabkan kesakitan tulang belakang, tapi peduli apa ye tak. Itu bukan penghalang.

 Merah itu seksi, Mak Ngah !!


Enam, pinggul yang rasa nak tepuk.

Apalah guna dah pakai push-up bra dan dapat dada yang montok serta badan yang menggiurkan, kalau punggung mu leper saja. Haha. Kini bukan lagi masalah, dengan terdapatnya silicone padded butt apa kejadah.
Pakai bendalah ni punggung nampak tebal sikit. Pandai pandailah jangan bagi sesiapa tepuk. Nanti terbongkar rahsia you.

Terlebih besar pun nampak macam cacat lah pulak.

Kim Kardashian pun pakai menatang ni?  Apa lagi pergilah dapatkan sekarang untuk kelihatan bootilicious sepertinya. Grrrr!!


Tujuh, rambut mayang mengurai.

Rambut adalah mahkota wanita. Rambut tak jadi masalah bagi wanita sekarang. Tak suka kerinting, boleh pergi luruskan buat rebonding. Bosan lurus, boleh buat curly wavy sikit. Dah bosan rambut curl, potong pendek pulak. Muak tengok rambut pendek sebab kurang cara nak gayakan, boleh panjangkan balik buat hair extension. Bosan tengok rambut hitam nampak melayu sangat, boleh pergi warnakan perang. Hari ni ungu, esok hijau pon boleh. Dah bosan ada rambut, pergi botak kan. Botak pon fesyen juga. Penat botak, pakai wig. Apa ada hal.




Ok yang ini adalah sampingan. Tahukah anda bahawa perempuan mempunyai pelbagai pose untuk menampakkan dirinya kurus (dalam gambar)?

Contohnya, ambil gambar dari angle atas/condong/45 darjah untuk sembunyikan dagu berlapis/mata nampak besar/muka kiut. (pose ni paling ramai orang buat). Malas nak cari gambar. Cuba godek gambar sendiri. Mesti ada kan?

Pose yang lain, google lah sendiri.



Jadi perempuan ni bertuah, bukan? Apa saja boleh diubah. Ketidaksempurnaan itu boleh dikatakan tidak lagi wujud. (Dari pandangan luaran).


Maka, pada pandangan anda, adakah perempuan ini merupakan makhluk

a)tak pandai bersyukur atau tak puas dengan apa yang ada?

b)kurang keyakinan diri?

c)terlalu mengejar kesempurnaan?

d)tuntutan nampak cantik setiap masa di hadapan semua orang?

e)memang suka nampak cantik?

f)nak pikat lelaki?

g)kesemua di atas.